18 June 2011

Robert Mugabe - What do we get from inviting leaders like him ask KJ...

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar has now turned his guns on controversial Zimbabwean president Robert Mugabe's arrival in the country for an international forum. In a single message on his public Twitter account this afternoon, he also called for a halt to the function.

"Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni," he wrote in Bahasa Malaysia.

In English, it reads: "Robert Mugabe has arrived in Malaysia. What do we get from inviting leaders like him? It has been a while... this kind of dialogue should be stopped."


However, it is unclear what Khairy meant when he said that "it has been a while". The Youth chief also refused to respond when Malaysiakini sought clarification from him. Mugabe arrived at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) this morning to attend the Ninth Langkawi International Dialogue in Putrajaya.

The 87-year-old leader is one of the regulars at the LID forum being held for the first time outside the resort island of Langkawi. A brainchild of former prime minister Dr Mahathir Mohamad since its inauguration in 1995, he is expected to deliver the keynote address at the three-day LID themed 'Enhancing Smart Partnership for Socio-Economic Transformation'.

Leaders or representatives from 16 countries will attend the LID hosted by Prime Minister Najib Abdul Razak. While Mugabe's arrival in Malaysia did little to stir international criticism, much could not be said for his Sudanese counterpart Omar al-Bashir who had to cancel his trip at the eleventh hour amidst protests in his country.
------------------

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menjadikan presiden kontroversial Zimbabwe Robert Mugabe yang tiba di negara ini untuk menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi Kesembilan (LID) di Putrajaya sebagai sasaran bidasannya.

Dalam mesej di akaun Twitter, beliau juha mahu dialog antarabangsa yang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya dihentikan.

"Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni," tulisnya.

Bagaimanapun tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh Khairy dengan "dah lama dah...”. Ketua Pemuda Umno itu enggan memberikan sebarang respon apabila dihubungi oleh Malaysiakini.

Mugabe tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini. Pemimpin berusia 87 tahun itu adalah antara pemimpin yang sentiasa menghadiri forum LID yang pertama kali diadakan di luar Langkawi. LID dimulakan pada tahun 1995 dan merupakan ilham mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu memperkukuhkan kerjasama di kalangan negara selatan-selatan.

Mahathir yang juga sahabat karib Mugabe, akan menyampaikan ucapan dasar di mesyuarat berkenaan. Inflasi di Zimbabwe berada pada paras 7 peratus pada 1980, tetapi mencatatkan 231,150,888.87 peratus pada 2008. Satu dolar Zimbabwea (ZWD) bernilai US$1.25 pada satu ketika dulu tetapi hari ini ia hanya bernilai 361 ZWD bagi setiap US$1.

Sebelum ini, seorang lagi pemimpin, iaitu Presiden Sudan Omar al-Bashir - yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) juga sepatutnya tiba tetapi membatalkan lawatannya itu. Bashir berdepan dengan waran tangkap ICC berhubung tuduhan penghapusan kaum, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di kawasan barat Sudan - Darfur.

source:malaysiakini

Apa persamaan antara Mahathir,Mugabe dan Khairy?...faham2 mailah.....

cheers.

1 comment:

maie1958 said...

my advise to u kj,if u want to fight, be like Anwar not neither here nor there..ther is no time for u to play safe if against mahathir...all out bro!