30 June 2011

Napped for wearing yellow

Police continued with their nationwide crackdown on Bersih 2.0 supporters, arresting those clad in yellow, including two elected representatives from PKR in Perak.

Gopeng MP Dr Lee Boon Chye (centre in photo) and Simpang Pulai state assemblyperson Chan Ming Kai and two PKR members were arrested at the Gunung Rapat morning market in Ipoh while meeting voters this morning, for being in yellow clothes.

Lee claimed that he was detained soon after his arrival at the market around 9am. He was handcuffed and taken to the Ipoh police district headquarters.

"I did not wear a Bersih t-shirt, it was normal yellow cloth. I just arrived at the market and started to shake hands with voters, then they arrested me," he said when contacted, adding that he did not distribute leaflets had a banner at that time.

Police told Lee that he was arrested under the Police Act to prevent an illegal assembly.

Polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.

Ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning.

Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.

"Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,” katanya ketika dihubungi.

Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu.Menurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.

Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.

source:malaysiakini

cheers.

No comments: