15 June 2011

Kartun Utusan Meloya menghina Islam...


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam. “Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi. Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi. Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!” Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-Umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."



Begitu jahil


Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.

source:malaysiakini

Utusan comic strip insulted Islam, say Muslim scholars

Ini spesis otak letak kat juboq....

cheers.

10 comments:

TenangSudey said...

PENJELASAN Isu Kartun UTUSAN Kekeliruan Kes Rogol dan Hudud .

Anonymous said...

Hello, I think your site might be having
browser compatibility issues. When I look at your blog in
Safari, it looks fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping.
I just wanted to give you a quick heads up! Other then
that, very good blog!

my web page - weeknight Bicycle
my web page: wireless

Anonymous said...

Hi there your web page url: http://www.blogger.com/comment.

g?blogID=1624275106440922314&postID=4485011834385629938 appears to be redirecting to a completely different webpage when I click the homepage button.
You might want to have this checked.

Also visit my blog lethal
Feel free to visit my web site ... derrick

Anonymous said...

I'm not sure why but this website is loading extremely slow for me. Is anyone else having this issue or is it a problem on my end? I'll check back later on and see if the problem still exists.



Here is my web site clothesaid.co.uk

Anonymous said...

Wow! I'm genuinely enjoying the layout of your site. Are you using a custom made template or is this readily available to all users? If you don't want to say the
name of it out in the general public, please be sure to email
me at: karol_woodbury@gmail.com. I'd really enjoy to get my hands on this theme! Many thanks.

Review my blog post: Action

Anonymous said...

Howdy just came upon your website via Bing after I typed in, "Blogger: tumpang sekole...?" or perhaps something
similar (can't quite remember exactly). Anyways, I'm glad I found it simply because your
subject material is exactly what I'm searching for (writing a university paper) and I hope you don't mind if I gather some information
from here and I will of course credit you as the source.
Thanks for your time.

Feel free to surf to my blog post - chattershots.blinkweb.Com

Anonymous said...

Heya! I realize this is somewhat off-topic however I had to ask.
Does managing a well-established blog such as yours require a massive amount work?
I'm completely new to operating a blog however I do write in my diary everyday. I'd like to start a blog so I can share
my personal experience and thoughts online.

Please let me know if you have any kind of ideas or tips for brand new aspiring bloggers.
Appreciate it!

my homepage removal instructions

Anonymous said...

I was wondering if you ever thought of changing
the structure of your blog? Its very well written; I love what youve
got to say. But maybe you could a little more in the way of
content so people could connect with it better. Youve got an awful
lot of text for only having one or two pictures. Maybe you could space it out better?



Feel free to surf to my blog post :: Sticky21.Jimdo.Com

Anonymous said...

We stumbled over here from a different website and thought I may as well check things out.
I like what I see so now i'm following you. Look forward to checking out your web page yet again.

Here is my blog post: lessonslearned.co.uk

Anonymous said...

I'm really enjoying the theme/design of your site. Do you ever run into any internet browser compatibility issues? A handful of my blog visitors have complained about my blog not working correctly in Explorer but looks great in Safari. Do you have any suggestions to help fix this issue?

Also visit my site Folije