30 December 2010

UMNO nak jadikan johan piala Suzuki modal politik di Tenang....

Bila Kelantan menjadi juara Piala Malaysia dulu,pasukan Kelantan yang berjaya telah diarak ke Galas sebagai modal politik UMNO semasa PRK Galas tempoh hari.



Semalam pasukan bola sepak remaja Malaysia telah menjuarai Piala AAF Suzuki setelah meggalahkan Indonesia dengan agreget 4-2. Atas kejayaan itu tumpang sekole,tumpang syoik sama....

Pak Najib pun dah isytiharkan bahawa Jumaat ini adalah cuti umum.

Dalam pada itu khabar2 angin bertiup kencang bahawa pasukan Malaysia itu akan diarak ke seluruh pelusuk negara termasuklah di Tenang, di mana satu PRK akan berlangsung tak berapa lama lagi, juga sebagai modal politik UMNO.

Tindakan itu nampaknya tidak begitu senang dengan jurulatih Malaysia,
Rajagopal dan Rajagopal sudah kasi warning awal2 lagi.....


Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.



"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik. Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja."

Dilaporkan, ada usaha pihak tertentu yang ingin meraikan kejayaan skuad negara di Felda untuk Melayu jenis hutan. - Agensi Berita Fakap.

cheers.

3 comments:

Forexx said...

Thanks

http://w99w.net/sh/

http://forex2011-forex2011.blogspot.com/

*_*

Anonymous said...

UMNO sangka semua pemain2 pasukan Malaysia itu adalah ahli pemuda UMNO dan UMNO.

UMNO sangka bahawa Rajagopal itu adalah orang kuat MIC.

UMNO sangka bahawa duit tajaan untuk membawa pasukan Malaysia ke Indon. adalah daripada UMNO.

Maka tak hairanlah UMNO nak tayang kpd. pengundi2 Tenang, bahawa kerana UMNOlah pasukan remaja Malaysia jadi johan AFF Suzuki!!!

Bagi UMNO hidup mati Melayu kerana UMNO sejak dulu,kini dan selama2nya.

Anonymous said...

UMNO bukan tau apa,harap nak balun saja. Asalkan ada peluang balun dia balun tak kira berapa duit.