22 December 2010

Betulkah Najib pencipta 1Malaysia yang ori.....

Najib Tun Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain."Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

Najib tuduh Anwar pembohong bila mengatakan dia meniru konsep 1Israel atas nasihat Apco yang dibayar sebanyak RM77 juta oleh kerajaan Malaysia sebagai perunding. Menurut Wikipedia, 1 Israel dicipta pada tahun 1999. Baca di sini.

Kalau 1 Israel dicipta pada tahun 1999,Najib jadi PM pada tahun 2009, maka tak logik pula kalau nak tuduh Isreal tiru konsep 1Isreal daripada Malaysia?

Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti 1 Israel dan 1 Malaysia iaitu 1Indonesia.

Lambang dan slogan konsep 1 Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1Malaysia yang digunakan di Malaysia. Jika di Malaysia slogan 1Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" slogan 1 Indonesia juga hampir mirip kita,iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan"

Persoalannya adakah gomen Indonesia atau gomen Malaysia yang meniru antara satu sama lain kerana kedua2 negara menggunakan khidmat firma perunding Yahudi APCO yang mencipta 1Israel.


Apa yang nyata konsep 1... ini adalah idea gomen Isreal dan Najib ciplak idea itu, dan menghasilkan 1Malaysia,konon2nya konsep itu adalah ideanya sendiri,
sedangkan Najib dah lupa siapa penasihatnya bila mana Najib sanggup habiskan RM77 juta pada APCO kerana nak naikkan imejnya.


Tahukah bahawa pada tahun 1989 Singapura juga ada program "1People, 1Nation, 1Singapore" dan firma perunding Singapura ketika itu hingga kini juga terdiri daripada orang2 Yahudi.

Kerana mahu menggaku yang dialah pencipta ori 1Malaysia,gomen Najib telah menggunakan khidmat Speaker Dewan Rakyat untuk menghalang Anwar daripada memberi penjelasan daripada bukti yang ada.


Pokoknya konsep 1Malaysia ini ada slogan kosong saja digunakan sebagai topeng supaya penyamun2 ini boleh membalun harta negara dengan sebanyak mana yang dapat.....

cheers.

3 comments:

mosabit said...

bini rosmah ni tak pandai menipu nak menipu...

maklumat sekarang di hujung jari...
dia ingat dia idup di zaman bapak dia kot?....

kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

I beleive what it meant " 1Israel"or 1Malaysia.
to defend the leader of each country needed.amount of each currency.Take care your oil field and others.
sorry to say.

Anonymous said...

apa pnya bodo la..taw ckp ja..barisan pn kuat tipu ,pakatan kuat bohong..sama ja ekor nih..bangsa C*** syok ja tgk..pndai2 la pkir...barisan+pakatan=c*** punya...hahahah