08 December 2010

Dokumen dan laporan - Ling Liong Sik boleh,tapi Anwar tak boleh....

Beberapa dokomen rahsia akan dinyah-rahsiakan dalam kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 hingga 20 Mei tahun depan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata proses berkenaan dijangka memakan masa. “Kami akan bekalkan (kepada pembelaan) lebih 200 dokumen, sesetengahnya adalah rahsia dan memerlukan masa untuk dinyah-rahsiakan,” katanya kepada hakim Datuk Ahmadi Asmadi.

Seramai 16 saksi akan dipanggil memberi keterangan.Hakim menetapkan tarikh itu selepas dipohon oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Ling bagi memberinya peluang meneliti segala dokumen. - Malaysiakini

Read 'The AG and Documents' here.

Apa pasal dalam kes sodomy II pihak pendakwa enggan malah menggunakan segala peruntukan perundangan untuk menghalang peguam Anwar mendapatkan dokumen2 serta akses kepada laporan perubatan?


Pihak pendakwa dengan kerjasama hakim telah menghalang pihak peguam Anwar daripada memperolehi serta mengakses laporan polis,laporan klinikal pihak dan nota2 saksi semasa perbicaraan kes tersebut.

Sebenarnya dokumen dan laporan klinikal kalau mengikut undang2 boleh diakses oleh pihak peguam pembela, macam mana peguam Ling Liong Sik diberi peluang mengakses ratusan dokumen rahsia kerajaan. Malah dokumen itu biasa diberikan kepada pihak pembelaan dalam mana-mana kes-kes serangan seksual yang lain.

Pihak pembelaan Ling Liong Sik ditawarkan lebih 200 dokumen yang antaranya perlu dinyahrahsiakan tanpa perlu memperolehi kebenaran mahkamah.

Tapi apabila hakim bekerjasama dengan pihak pendakwa menafikan Anwar semua dokumen dan laporan klinikal ia mengesahkan lagi persepsi rakyat bahawa sememangnya kes sodomy II ini diselubungi dengan berbagai konspirasi, khusus dari Putrajaya.

Kenapa Jabatan Peguam Negara mengamalkan 'double standard' atau just because Ling Liong Sik bekas Menteri gomen maka perlu diberi segala kemudahan sebaik mungkin.

Bahlol punya undang2 dan peratoran.....

cheers.

2 comments:

IbnAbdHalim said...

Bahlol punya undang2 dan peratoran.....
==============================
Sebenarnya undang2 & peraturan tak bahlol. Yg bahlol ialah rakyat yg mengundi UMNO/BN.

IbnAbdHalim said...
This comment has been removed by the author.