01 December 2010

RM Puaka Petronas....

Tan Sri Mohd Hassan Marican(TSHM)(kiri) menyertai Petronas pada 2hb Februari 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan. Dia meninggalkan Petronas pada 10hb Februari 2010 sebagai Presiden dan CEO -- hampir 21 tahun selepas menyumbangkan dedikasi khusus untuk negara. Tan Sri Hassan Marican kini bekerja untuk Kerajaan Singapura -- SembCorp lebih tepat lagi, sebagai Pengarah Bukan Eksekutif. Syarikat ini dibawah kawalan pelaburan Kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

Pengerusi Temasek Holdings ialah seorang lelaki bernama Mr S Dhanabalan. Dia bukan sahaja seorang 'Tuan' yang hidup sederhana tetapi juga seorang keturunan India. Namanya jarang didengar. Hindraf patut turun ke Singapura dan ambil perhatian perkara ini. Jadi kita kehilangan TSHM kepada rakyat Singapura. Ini ialah satu lagi contoh biasa penghijrahan cendekiawan beramai2 yang kerap berlaku. Tapi kali ini mereka berjaya mendapat individu yang memang penting. Mungkin yang paling hebat setakat ini.

Mengapa?

Mengapa perlunya TSHM untuk meletakkan jawatan (atau dipaksa untuk meletakkan jawatan atau disingkirkan atau dipecat atau apa sahaja)? Ia jelas sekali dia masih boleh kerja. Jelas sekali otaknya masih berfungsi dengan baik jika tidak Singapura tidak akan mengambilnya.

Dia menguruskan sebuah syarikat minyak antarabangsa yang sangat dihormati dan dia mengusahakannya dengan terbaik. Disebabkan itu TSHM sangat dihormati di seluruh dunia. Mengapa kita perlu kehilangan sebuah permata yang bersinar, terutama kepada Singapura?
Apa yang telah terjadi?

Biar saya maklum anda.

Begini, terdapat seorang wanita dengan yang huruf awalan RM. Tidak, saya tidak maksudkan Ringgit Malaysia, tetapi ianya perkara yang sama. Anda tahu siapa yang saya maksudkan. Sebaik sahaja RM menjadi Wanita Pertama dia mula menyeluk 'balang biskut'. Sebelum ini dia hanya memasukkan sebelah tangan sahaja. Sekarang suaminya PM dan ia menjadi lebih mudah. Bermacam-macam kontrak semua boleh dapat. Sebut nama suami saja, hei bingo!

Jadi RM telah menghantar PM berjumpa TSHM. PM meminta TSHM menghentikan melabur wang Petronas di luar negara dan mula melabur semua berbilion-bilion itu di Malaysia sahaja. TSHM bukan orang bodoh.

Dia tahu daripada membiarkan berbilion-bilion ringgit ini terus masuk ke dalam saku UMNO dan kroni-kroninya,lebih baik wang ini dilaburkan dengan betul dan telus, supaya sekurang-kurangnya generasi akan datang akan dapat menikmati serdak kemewahan negara daripada dirampas semuanya oleh penyamun-penyamun ini. Jadi TSHM memberitahu PM untuk berambus.

PM memberitahu kepada RM TSHM memberitahunya berambus, jadi RM merasa benci dengan TSHM dan menyuruh PM untuk ke tepi dan dia akan tangani dengan caranya sendiri. Jadi RM, seperti biasa, mula mewujudkan syarikat-syarikat baru dengan konco-konconya di depan dan dia di belakangnya, tetapi kali ini pengkhususannya ialah industri minyak & gas. Apa macam kontrak boleh bikin. Bagi lah kita. Lagipun suami saya PM jadi anda kena bagi sama ada anda suka atau tidak. Tetapi RM memandang rendah prinsip-prinsip TSHM yang dipegang dan tersemat di sanubarinya.

Tiada syarikat boleh mendekati Petronas melainkan ia memenuhi kriteria-kriteria yang ketat seperti termaktub di dalam kontrak. Bukan sahaja anda perlu bijak untuk mendapatkan kontrak Petronas, anda juga perlu menunjukkan sifat2 sangat baik. Syarikat-syarikat RM sedikit pun tidak baik. Mereka pada umumnya hanya baik dalam menyediakan pakaian remaja-remaja yang menyertai kem khidmat negara kerajaan (idea RM juga!) atau memasang permaidani baru di kediaman PM yang baru dibaik pulih.

RM beritahu TSHM jangan risau. Serahkan sahaja kontrak dahulu kemudian kami akan baiki isu2 kriteria kecil yang lain. Permaidani, minyak & gas… benda sama. TSHM berkata 'tidak boleh…pergi berambus'. Kebencian RM semakin meluap-luap. Kamu tidak boleh membuat hal kepada Wanita Pertama seperti itu. Telinga PM dipenuhi dengan leteran si RM apabila dia pulang ke rumah dari kerja pada hari itu. RM mahu TSHM dipecat dan seterusnya adalah sejarah.

PM turuti apa yang RM mahukan dan berkata kepada TSHM…."Maaf brudder apa boleh buat? Isteri I ganas lah. Tetapi tidak mengapa, saya akan melantik anda sebagai 'Penasihat Khas' kepada saya berkaitan isu Gas dan Tenaga'. Ini tidak pernah berlaku. TSHM ialah seorang lelaki bermaruah. Empat bulan kemudian dia dengan gembira bekerja di Singapura dan penduduk Singapura mentertawakan rakyat Malaysia dan menganggap orang Malaysia begitu bodoh dalam jangka masa yang pendek.

Sekarang Dato Shamsul Azhar Abbas ialah Presiden dan CEO PETRONAS. Mari kita lihat jika Petronas mahu melabur lebih banyak di Malaysia mulai sekarang dan biarkan kita lihat sama ada Petronas meminda kriteria-kriterianya yang ketat itu supaya dapat dipenuhi oleh si pembuat-pembuat permaidani atau tukang jahit. Mari kita letakkan harapan agar lelaki ini patuh kepada prinsip-prinsip yang sama seperti TSHM. Kita akan tahu tidak lama lagi jika dia benar seorang yang berkaliber. Jika tidak dia juga akan berakhir di Singapura, dan tahulah anda bahawa dia juga adalah korban sembelihan Yahudi. - Deep Throat Bukit Aman

Read 'The Petronas poltergeist' here.

source:malaysia today

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Sebanar dalang semua ini ialah si idris ak jala. TSHM pun dibuang oleh kepercayaan PM tu...idris jala.selagi dia dlm kerajaan habis siapa menentang nya. Kesian dgn MAS habis harta pusaka simpanan Dato Abd aziz abd rahman di jual oleh sibodoh orang sarawak itu.Ketua Menteri Swak pun tidak percaya dgn dia ini.