13 December 2010

Anwar nafi cerita WikiLeaks dan Najib "oportunis" kata pemimpin2 Singapura....

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menafikan laporan berita luar negara bahawa bahawa perisik Singapura menuduhnya terjebak dalam perangkap sodomi yang dirancang oleh musuh2 politiknya.Anwar telah menyalahkan SB(Special Branch)Malaysia yang merancang plotini untuk mencemarkan kredibilitinya memandangkan PRU mungkin diadakan tahun hadapan.

Source? Polis SB Msia. Bukti tak ada” Anwar disebut berkata ketika respon kepada pertanyaan itu di Twitter oleh portal Malaysian Today. Walaupun dengan penafian itu, portal2 pro UMNO akan tetap menyalak dan menyoal kenapa Anwar berdiam diri terhadap tuduhan tersebut yang disiarkan oleh akhbar Sydney Herald.

"Inilah yang bakal kita jangkakan daripada media2 BN dalam minggu2 akan datang. Mereka mahu menjustifikasikan sebab musabab kenapa Najib hendak melokapkan Anwar,walaupun pertuduhan itu adalah satu fabrikasi yang sengaja diadakan" jelas,Latheefa Koya,Pegawai Penerangan PKR kepada Malaysia Chronicle.

Pada asasnya bagaimana kebocoran maklumat WikiLeaks berlaku terutamanya bila beratus ribu kabel yang bocor diterima Jabatan Negara Amerika. Isi kandungannya adalah berdasarkan kepada maklumat2 yang tak ditapis dan yang tak disahkan diterima oleh para diplomat Amerika Syarikat. Dalam ertikata lain maklumat2 boleh jadi salah atau sengaja direka. Al-Jazeera atau Pfizer pun menafikan apa yang dianggapnya 'dark secrets' WikiLeaks ini sebagai maklumat yang palsu dan bertujuan untuk sabotaj.

Kenapa oportunis, adakah Najib memperolehi sesuatu untuk dirinya? Menurut Latheefa,WikiLeaks memusatkan semua maklumat2nya berdasarkan kepada informasi yang diterima terus melalui kedutaan2 Amerika Syarikat seluruh dunia.

"Apakah Najib,Rosmah merancang pertuduhan sodomi itu? "Perlu dinyatakan di sini bahawa informasi ini masih mentah dan perlu ditapis dan disahkan dan itulah punca gelora besar WikiLeaks seantero dunia",kata Latheefa.

Perdana Menteri Najib Razak juga terpalit dengan gelora besar WikiLeaks. Selain daripada penglibatan namanya dalam kes bunuh dan skandal rasuah yang melibatkan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kapal selam Scorpene,terdapat juga pendedahan yang memeranjatkan bahawa para ahli strategis utama Singapura memdang randah terhadapnya(Najib).

Mereka megecapnya(Najib) sebagai seorang "oportunis" dan seterusnya menuduh Malaysia akan tersungkur kerana tindakan rakus ahli2 politik yang tak cekap.

"Kita sedang menunggu respon daripada Najib? Selepas dia kow-tow kepada Singapura berkaitan dengan isu tanah KTM Tanjong Pagar, rakyat Malaysia mahukan penjelasan daripada kerajaan Singapura dan daripada Najib sendiri kenapa Singapura begitu sangat memandang rendah terhadapnya(Najib)",jelas TianChua kepada Malaysia Chronicle.

"Kenapa perkataan oportunis digunakan? Adakah kerana Najib cuba merundingkan isu tanah itu sendirian ketika itu atau pada masa2 sebelum itu lagi? Ini adalah persoalan2 yang perlu Najib jawab segera atau menjatuhkan imej negara lebih daripada apa yang telah dilakukannya."

Petikan diatas adalah terjemahan daripada teks asal, baca disini.

source:malaysia chronicle.

Apakah nanti kes pembunuh Altantuya juga berada dalam kabel diplomatik WikiLeaks dan pada bila2 masa ia akan terbongkar.Najib dan UMNO tak kecut teloq kah...

Baca '
Bolehkah Dipercayai Pendedahan Wikileaks?' di sini.

Baca '
Dari mana Wikileaks dapat sumber tentang liwat Anwar?' di sini.

Read '
Red-faced Najib unable to answer S'pore's "opportunist" label' here.

Read '
PKR says WikiLeaks’ Anwar expose baseless' here.

Read '
Pakatan demands Singapore come clean on WikiLeaks sex expose' here.

Read '
Malaysia victim of WikiLeaks' here.

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Anwar Ibrahim and PKR lambat buat damage control. Walau apa pun damage has been done dan sepatutnya mereka sepantas kilat melakukan damage control sebelum pagi esok dimana MSM mengeluarkan berita ini secara besar besaran. Aku pun dah tak tau mcm mana nak buat lagi.....ada sapa sapa boleh bagi pandangan

Anonymous said...

Bismillah !
Melayu dan Muslim memang "lambat dan lelmbab" diakibatkan dalam asuhan nialai dan norma sistem warisan politik baru dan lama. Kerusakan itu menerusi kuasa dalam berbagai lembaga kepimpinan terutama bagi orang Melayu sendiri. Kita tidak ada persediaan dalam semua bidang : dari jari
yang luka, rumah tidak tidak berkunci, makanan-minuman tidak ada peruntukan, hujan dan panas yang terdedah, KESELAMATAN yang tidak kemas dan selamat ; negara yang kuntang ; sarjana yang merana dengan gelaran - debat yang kalah dan mengalah ~"Putih mata dan Berbatu ; PKR pun sama tidak menyusun strategi 01-10, berpeluh...dan banayak alasan dan pulasan pertahanan diri !
~Aq 15-12-2010