03 December 2010

UMNO marah kat Lim Guan Eng lagi....

Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.

“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.

Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam.

source:Bernama

UMNO Pulau Pinang akan melompat macam kera lagi!!! Mungkin depa(UMNO) akan gesa kaki tangan perkhidmatan awam negeri itu supaya jangan terima pemberian khas RM 800 kerana tak tahu dari mana puncanya?

Tunggu jebon2 UMNO Pulau Pinang melalak dan berdemonstrasi serta heret TV12378 ke dalam kemelut tersebut.

Tu pun depa kata Lim Guan Eng tak tolong kaki tangan perkhidmatan awam negeri tersebut.....

Lagi pun UMNO perasan depa saja yang boleh bagi bantuan macam ni, PR tak boleh,Pooooooooooorah....

Read 'Penang woos civil servants with RM6.25m payout' here.

cheers.

No comments: