08 December 2010

Siapa yang lebih derhaka....


Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah bahawa sebarang suara yang mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di negara ini adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Baginda menegaskan jika perkara itu dilakukan di kalangan orang Melayu sendiri maka mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan dan derhaka kepada bangsanya sendiri.- Malaysiakini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda sedih dan dukacita kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu. Baginda bertitah golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.- Bernama

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mempersoalkan kuasa raja dan mempertikaikan hak serta keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka ini adalah golongan yang cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan. -Perak Today Portal

Sultan Pahang juga bertitah supaya Jangan Bangkitkan lagi Hak dan Kedudukan Melayu.- Utusan Malaysia


Orang Melayu tidak mempertikaikan hak Melayu dan kuasa serta kedaulatan Raja-raja Melayu, malah depa akur dan faham akan hak-hak ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Yang dok putaq belit perkara ini ada jaguh2 Ketuanan Melayu yang begitu fobia akan terhakisnya Ketuanan tersebut. Apakah tidak, bagi golongan ini kalau Ketuanan itu terhakis susahlah nak balun harta negara dan sooru mereka pun akan miss...


Gelaran apa kita nak panggil bagi golongan orang Melayu yang telah berusaha mengurangkan hak keistemewaan dan imuniti Raja-raja Melayu serta memperbodoh2kan orang Melayu?

Bukankah mereka ini juga adalah pengkhianat,penderhaka dan hipokrit....


cheers.

8 comments:

Anonymous said...

Golongan mereka ini, apabila dah tersepit, apabila perbuatan mereka memakan diri sendiri, akan mula menuding jari serta mencari siapa yang boleh dikaitkan bagi menutup kesilapan dan dosa mereka sendiri.Mereka begitu licik didalam perancangan dan menggunakan segala sumber dan cara yang ada agar perhatian dan kebencian umum (termasuk golongan 'berkenaan')tertumpu kepada pihak ketiga. Mereka ini bukan saja hipokrit malahan juga 'GOLONGAN ORANG YANG TAK PUNYA MARUAH DIRI'.....Ptuii!!

BNatang said...

Hak RAKYAT melayu atau hak celaka umNO???

Anonymous said...

Depa ni hanya nak jaga perut masing2,depa peduli apa pasal Melayu lain?

Anonymous said...

Can somebody please also pull out copies of the Straits Times where I remember reading so much of 'dirt' on the Royalty was published for weeks leading up to Mahathir's infamous speech in Parliament before stripping the immunity of the Royalty
By the way I still remember my bewilderment when the non malay subjects of the sultans who tried to speak up for their rulers were told keep off as it did not concern them

IbnAbdHalim said...

Golongan penderhaka yang melucut kuasa raja-raja ini jugalah yang akan sanggup menggadai maruah anak dan bini sendiri demi mempertahankan kuasa. Matlamat menghalalkan cara! Tapi mereka menuding kepada orang lain. Itulah mereka dulu, kini dan selamanya.

Anonymous said...

Sekiranya cina malaysia yang banyak yang beragama Islam di Malaysia dari orang melayu ,adakah Islam atau ketuhanan melayu nak dibesarkan? Adakah dikubur nanti ditanya berapa banyak baju melayu yang anda ada? Fikir fikirkan lah.

Anak Cina Kedah said...

Bila depa nak rampas kuasa, depa panggil sotan "NATANG". Depalah jugak yang "telanjangkan" kuasa2 sotan. Siapa yang lebih derhaka?

Bila depa nak mintak tolong sotan (bukan mintak tolong sebenaqnya, cuma hipokrit, nak tunjukkan yang depa wira melayu), depa pura2 bela sotan pulak dah.

Yang sedihnya, ramai orang kampong masih tak sedaq diri. Berterima kasihlah kepada kawalan mutlak kerajaan hipokrit ini terhadap media.

Melayu mestilah bersatu untuk tumbangkan amno hipokrit dan korap (bukan korap di badan kucing tapi "corrupt", maksud kuat makan rasuah) sekira ingin menjadi bangsa yang bermaruah. Kalau bimbang nak bersatu di bawah DAP pasal kononnya DAP ini penderhaka sepertimana yang diputaq belit amno, pi la bersatu di bawah PAS atau Keadilan. Melayu bukan bangsa yang kurang upaya TAPI TELAH DIKURANGUPAYAKAN OLEH UMNO SELAMA INI...!!!

Amuraria said...

UMNO@APCO MEMANG LAHANAT !DARI DULU KINI & SELAMANYA AKAN KELENTONG,SELEWENG & PELINGKOP NEGARA & AGAMA TAPI SALAK DEPA LA PEMBELA HAK MELAYU & ISLAM !
INILAH AKIBAT MANGKUK-MANGKUK BARUA PECACAI YANG MELANTIK DEPA JADI PEMERINTAH !