19 November 2011

Penjelasan NFC: Muhyiddin kata," Kami tidak akan termakan dengan kelentong pembangkang"...

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terserah kepada publik sama ada mahu menerima penjelasan dikemukakan oleh pengurusan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) kontroversial, yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

(TS) - Sepatutnya NFC membuat penjelasan lebih awal lagi dan Muhyiddin sebagai bekas Mentri Pertanian ketika projek itu diluluskan harus buka mulut bukan membisu saja.

(M) - Projek itu kini disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial polis ekoran aduan pembelian dua unit kondominum menggunakan dana NFC. Pembelian kondominum itu dengan setiap unit RM6.9 juta turut diperakui oleh Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

(TS) - Gomen bagi duit sama ada dalam bentuk pinjaman atau grant untuk projek ternak lembu daging, tapi pasai apa guna duit tu untuk beli kondo secara diam2?

(M) - “Kami akan serah kepada orang ramai untuk memutuskan sama ada mahu menerima penjelasan NFC atau tidak sebab NFC sudah pun menjelaskan isu yang telah timbul,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Unesco di sini hari ini.

(TS) - NFC hanya menjelaskan apa tugas dan peranannya tapi tak pun menafikan tuduhan2 yang dibuat pembangkang. Perbuatan membeli kondo itu adalah salah, walaupun dikatakan satu pelaburan. Ini soal pecah amanah. Lain yang suruh,lain yang buat.

(M) - “Bagi kami, kerajaan, kami tahu kebenaran. Kami tidak akan termakan dengan cerita dibawa pembangkang,” katanya lagi.

(TS) - Memang pun hangpa takkan termakan cerita2 yang dibawa pembangkang, pasai yang terlibat dalam jenayah menipu ini adalah kaum kerabat hangpa, iaitu seorang Menteri dan juga merangkap Ketua Wanita parti hangpa!

Malah bila Mohamad Salleh panggil 'press conference' secara eksklusif, hanya media2 tertentu dijemput,sedangkan pemberita2 dari akhbar Cina dan media pro pembangkan tak dibenarkan hadir. Kenapa takut menghadapi pemberita2 dan media2 pro pembangkang ini, kalau awak di pihak yang benar?

Seperkara lagi,bukan pembangkang yang mendedahkan kegagalan projek NFC ini tapi Ketua Odit Negara. Mohamed Salleh terang2 mengaku dia membeli kondo One Menerung,Bangsar, bukan satu tapi dua!

Adakah Anwar, Lim Guan Eng atau Hadi Awang yang menerima RM26,000 untuk menampung tambang perjalanan kaum keluarga pergi bercuti?


Sebaliknya NFC telah membayar RM26,000 sebagai tambang perjalanan percutian Sharizat Jalil, seorang Menteri Kabinet Najib dan merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia! Mohamed Salleh tak menafikan langsung dalam sidang akhbarnya dan Sharizat Jalil diam saja.


Pelik betul si Muhyiddin ini, jenayah salahurus terang2 berlaku di depan matanya dia tak nampak,tambah pula didedah oleh Ketua Odit Negara dan bukan pembangkang. Tetapi dia masih menuduh kononnya pembangkang membawa cerita2 dongeng. Nak kata biol dia TPM...


(M) - Muhyiddin Tassin,TPM
(TS) - Tumpang Sekole

Cattle condo: At discretion of the public, says DPM

Kici-kici lembu jaga,
Sudah besar kondo jaga...

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Now we are wondering whether the RM260 million was a loan or grant???

The former sleeping PM Pak Lah was a party to it. It was under his nose the loan was given out and everyone knows he never makes decisions because most of the time he is sleeps and sleeps.

So, this is where the 4th. floor boys play their role. No wonder, thats why his son-in-law Oxfart KJ is protecting NFC.

Anonymous said...

Btw is NFC also in the property business? If so,then they must be breeding cows in the condos too!!!
like planting padi on rooftop.