16 November 2011

Dapat projek kerana dia Ketua Wanita UMNO...

Senang betul setengah orang berniaga. Ambil pinjaman mudah dari agensi kerajaan, belum pun perniagaan dilakukan sudah membeli kondo One Menerung dengan harga RM 9.8 juta.

Berniaga seperti ini tidak payah bermodal. Modalnya hanya jadi Ketua Wanita UMNO.

UMNO merupakan modal untuk berniaga dan dengan mudah dapat membeli kondo yang berharga sedemikian mahal.


Itu hanya seorang menteri yang di dapati melakukan kerja tidak bermoral. Belum lagi di siasat menteri-menteri yang lain. Nampaknya semua menteri berniaga dengan laris.

Ada menteri yang tidak gemar dengan KSU kementeriannya yang rasuah tetapi tidak lama kemudian menteri ini berkonspirasi untuk bersama-sama melakukan rasuah yang sama.


Apabila seorang menteri melakukan kerja rasuah ini dengan bersekongkol dengan KSUnya yang rasuah maka tidak ada sesiapa boleh mengambil tindakan terhadap KSU yang saya sebutkan tadi. Itulah yang berlaku dan akan terus berlaku.

UMNO sudah menjadi parti tawkey dan kefasihan bercakap tentang perjuangan orang Melayu itu hanyalah sebagai retorik ucapan semasa meresmikan perwakilan bahagian masing-masing serta menjadi konten uacapan dasar Presiden UMNO dalam perhimpunan Agong tahunan parti yang berkuasa ini sahaja.


Harga sesuatu projek itu bergantung kepada berapa banyak komisyen yang mereka yang berkuasa hendak. Kalau banyak komisyen yang mereka hendak maka tinggilah harga projek tersebut.

Mereka tidak kisah dengan harga sesuatu projek itu kerana segala kos akan ditanggung oleh rakyat yang membayar cukai. Kalau rakyat lambat membayar cukai mereka akan disekat untuk keluar negara dengan sekatan yang di lakukan oleh pihak immigresen.

Pendeknya UMNO hanyalah parti yang membina satu kelompok besar ‘commisioners’ sahaja. Yang menanggung segala kos rasuah mereka adalah rakyat jelata yang didera untuk membayar cukai pendapatan dan perniagaan mengikut skala yang telah di sediakan oleh pejabat hasil dalam negeri.

Dalam kes projek lembu ahli-ahli keluarga Sharizat Jalil pembiayaan projek yang begini besar hanya boleh di dapati kerana kedudukan Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Kebaikan kepada mereka ialah mengekalkan kuasa dengan cara apa sekali pun. Malah presiden UMNO pernah berkata ‘we will defend Putrajaya at all costs’. Apa maknanya ‘at all cost’ itu? Sanggup menipu? Sanggup melakukan segala yang tidak baik asalkan dapat mempertahankan kuasa?

Apa bila pemimpin berkata akan mempertahankan ‘at all cost’ itu, ia boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran. Kenapa ‘at all cost’? kenapa tidak menerima sahaja keputusan rakyat? Negara ini bukan UMNO yang punya. Negara ini kepunyaan rakyat. Kenapa begitu takbur? Apa yang hendak di pertahankan ‘at all costs’ itu? - aspan alias

Baca seterusnya di sini.

(Catatan di atas adalah sebahagian daripada article sdr.Aspan Alias bertajuk "Sharizat seorang menteri - She has no business to be in business")

source:aspanaliasnet.blogspot

cheers.

No comments: