24 November 2011

RUU Perhimpunan Aman - Apakah rakyat nak dijadikan macam lembu2 UMNO...

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan kerajaan tidak ubah seperti melayan rakyat seperti lembu fidlot, kata Pengerusi NGO Jingga 13, Fariz Musa.

“Jingga 13 melihat Rang Undang-undang Himpunan Aman digubal sebagai satu usaha untuk “menjahit mulut, menggari dan memenjarakan rakyat” dan terus menguburkan amalan demokrasi.

“Rakyat bukan “lembu fidlot” yang boleh dicucuk hidung, mengikut telunjuk dan arahan, dikandang dan diikat sesuka hati oleh penguasa,” kata Fariz atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fariz.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuktikan kegagalan kerajaan menerima pakai standard antarabangsa dan melanggar hak asasi manusia, malah menafikan amalan demokrasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membentangkan Rang Undang-undang Himpunan Aman di Parlimen kononnya untuk menjamin kebebasan berhimpun secara aman.

Namun pelbagai pihak mengecam undang-undang berkenaan yang meletakkan syarat yang lebih ketat dan menekan berbanding Akta Polis.

Antara isi kandungan rang undang-undang itu adalah penganjur himpunan perlu memberikan notis kepada polis 30 hari sebelum himpunan berlangsung.

Selain itu, ia juga tidak membenarkan sebarang bentuk himpunan jalanan yang tidak mendapat kelulusan polis.


Penganjur akan didenda RM10 ribu jika didapati tidak memberikan notis awal kepada polis, manakala peserta yang terlibat pula boleh didenda sehingga RM20 ribu.

source:keadilandaily.com

cheers.

No comments: