
Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.
Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman.
Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan ‘simple majority’ di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.

Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan UMNO itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak di berikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk menganggok sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng.
Jika ini cara UMNO memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi.
Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini.

Untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini.
Ingat kepada slogan ABU (Asalkan Bukan UMNO), undilah mana-mana parti yang lain.
Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan.
Rencana sepenuhnya boleh baca di sini.
(Catatan di atas adalah sedutan daripada rencana Aspan Alias yang dimuatkan dalam blognya.)
source:aspan alias blogspot
cheers.
2 comments:
Laut Cina Selatan kurang dalam. Kesot ke depan sikit kat Lautan Pasifik ada Mariana Trench. Yang tu pasti ghuyup terus. Di situlah tempat persemadian abadi untuk UMNO. Kalau ia enggan berubah, kita kena ubah dia.
Tapi aku cadang buang dalam gunung berapi saja biar dia terbakar sampai hangus!!!
Post a Comment