29 November 2011

Mat Maslan - otaknya dipalit tahi lembu...

Orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dakwa Ketua Penerangan Umno hari ini.

Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

Tumpang Sekole(TS) - Mat Maslan,Australia dan Malaysia adalah dua negara yang berbeza,walaupun kedua2nya mengamalkan demokrasi.Di Australia walaupun dalam keadaan "parlimen tergantung" kerajaan Pn.Gillard berusaha untuk bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi memudahkan pengurusan pentadbirannya seharian.

Di Malaysia kalau berlaku "Parlimen tergantung" UMNO/BN akan mula menawarkan berjuta2 ringgit untuk membeli YB2 yang menang atas tiket pembangkang. Malah UMNO/BN akan berusaha memanipulasikan badan kehakiman bagi memastikan agar apa2 keputusan yang dibuat mahkamah akan memihak kepada UMNO/BN.Apa yang berlaku di Perak adalah contoh yang terbaik.


“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Bercakap pada forum “Agenda Melayu pasca pilihan raya”, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja dan juga bahasa kebangsaan.

TS - DAP dan PR tak pernah mempersoalkan pasal kesultanan Melayu,malah mereka tetap mempertahankan insitusi diraja. Bukankah UMNO, pada tahun2 80'an dan 90'an dulu memperkecilkan dan memperlekehkan institusi raja dipelopori oleh Mahathir Mohd.?

Pulau Pinang diperintah oleh PR,kedudukan Bahasa Melayu masih kekal dalam urusan kerajaan. Bukan pemimpin2 DAP tak mahu terima gelaran diraja,tapi pernahkan kerajaan UMNO/BN membuat tawaran tersebut? Sebaliknya, UMNO/BN lebih bangga memberi gelaran diraja kepada penyamun,perompak, kawaq dan jebon,kerana kononnya sumbangan mereka ini sangat berfaedah kepada negera.


“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.

TS - Mat Maslan,tolong mengucap. Dalam perlembagaan Malaysia,Islam adalah ugama rasminya.Kalau nak pinda perlembagaan DAP perlu ada undi 2/3. Tak kan PAS,PKR akan berdiam diri?

“Saya risau mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP (tapi) menentang kerjasama dengan Umno. Bukankah lebih baik jika PAS menyertai BN, dengan itu kita akan ada 160 kerusi persekutuan,” katanya lagi.

PAS dengan gandingan DAP dan PKR memperoleh 82 kerusi Parlimen tiga tahun lalu. Umno berulang kali sejak 2008 menggesa PAS meninggalkan PR dan membentuk kerjasama politik dengan Umno. PAS menegaskan ia akan kekal bersama PR.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata bahawa Umno sentiasa menghulurkan tangan kepada PAS tetapi parti Islam itu sentiasa menolak pelawaan.

TS - Mat Maslan ooi...itulah sebenarnya, masih nak rujuk balik kepada PAS. You ni betul2 gila talak!!!! Janganlah kerana "Islam" semata2 nak membentuk sebuah kerajaan, fikirlah tentang kaum bukan Melayu sama, bukankah bos awak Najib hari2 dok melaungkan 1Malaysia.

Dengan menekankan bahawa ancaman Melayu akan hilang kuasa memang benar akan berlaku, Ahamd mendakwa komuniti Cina secara perlahan-lahan menguasai arena politik dan ekonomi. Ini kerana kaum Cina sedang mendahului proses pendaftaran pemilih.

“Orang muda Cina lebih 21 tahun sudah pun mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana dengan orang Melayu? Sesetengah mereka berusia 31 tahun dan belum mendaftar lagi.

“Kita tidak lagi pegang kuasa. Lihat di Selangor, siapa Exco Kerajaan Negeri? Ronnie Liu, Xavier, Elizabeth, Teresa Kok, ini adalah agenda DAP, Kristianisasi,” katanya lagi.

TS - Mat Maslan,kenapa orang2 Melayu tak mendaftar sebagai pengundi? Rata2 orang Melayu telah lama diperbodohkan oleh propaganda UMNO/BN. Kononnya orang Melayu hidup selesa kalau mereka pilih UMNO/BN selalu. Sebenarnya yang selesa tu adalah pemimpin2 UMNO, saudara mara dan kaum kroni2nya, sedangkan orang Melayu lain masih merempat ditakat yang lama.

Ahmad berkata orang Melayu memerlukan pelan 10 langkah jika mereka perlu kekal dominan. Umno memulakan perhimpunan agung tahunan hari ini, yang dilihat sebagai terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.

TS - Ya, pelan 10 langkah macam mana nak menyamun dan merompak bagi mengayakan lagi kaum kroni dan sanak saudara pemimpin2 UMNO sekarang. Melalui Pelan 10 langkah ini, ia membolehkan Menteri,suami dan anak pinak perolehi grant dan pinjaman seperti grant RM260 juta bagi projek lembu kondo!

Barisan Nasional (BN), yang parti terasnya Umno, kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008.

source:malaysian insider

AHMAD MASLAN – PLEASE WAKE UP!

Ahmad Maslan dan kedangkalan nya.

Malays will lose everything in ‘hung parliament’ scenario, says Umno leader

Pakatan says Umno taking after Hitler

Khairy, Saifuddin stay mum on Ahmad Maslan’s Malay power remarks

cheers.

5 comments:

Anonymous said...

Bukan saja dipalit dengan tahi lembu,mukanya pun macam muka lembu bodoh Sharizat.

Anonymous said...

Bukan dulu UMNO kata kalau PAS perintah, org cina kena potong lancau ker? Skrg, kenapa menjejeh minta PAS join BN skrg...tak takut MCA kena potong lancau ker, Lembu !!

Anonymous said...

Bangsa Melayu harus takut kepada golongan PATI yang diberi MyKad dengan mudah utk membantu mengundi dalam PRU ke-13.

Apakah bangsa Melayu tak terfikir, satu hari nanti mana seorang Wak dari Jawa Timur atau seorang Bangala dari Citagong yg diwarganegarakan
oleh UMNO tiba2 menjadi Perdana Menteri?

Ketika itu,bangsa Melayu menangis air mata darah pun dah tak guna!! Jangan pula pada masa itu ada Menteri2 UMNO salahkan pembangkang pula!!!

Anonymous said...

The issue here is not how the Malays loosing power.

Malays should be more worried about Mykad and the right to vote being given to Indons,Bangla & Myanmar. One day they & their children will claim their right as bumiputras.

Anonymous said...

Najib said,"Only a two third majority can guarantee that he remains in office"

You need not be a rocket scientist to figure it out.

But with Mat Maslan's cow brain, I doubt he will be able to count correctly the number of cows attending the Persidangan Feedlot at PWTC!!!