29 October 2011

Najib nak pulih imej,upah orang asing adalah sia-sia...

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan tidak adil.

"Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat
untuk kepentingan peribadi dan partinya," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sarawak Report sebelum ini melaporkan, Campbell kini menasihati Najib untuk memastikan kemenangan Umno Barisan Nasional (BN) dalam pilihan
raya akan datang.

"Mana pergi pakar-pakar tempatan yang hebat-hebat untuk menaikkan imej Najib setelah imej Umno BN jatuh merudum terutama di kalangan pengundi bukan Melayu?

"Kita difahamkan ada pakar dari stesen TV terkenal diambil untuk menaikkan imej imej Najib dan partinya. Adakah pakar itu gagal menaikkan imej Najib dan memperbaiki imej (isteri Najib, Datin Seri) Rosmah (Mansor)?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.


Beliau berkata, Najib tidak perlu mengkaji pergi jauh-jauh dan mengikis wang negara mengupah konsultan luar untuk menyedari tahap penerimaan rakyat terhadap beliau dan kerajaannya.


source:harakah daily

Working for Najib? Bull****, says Campbell

Former British premier Tony Blair’s communications chief Alastair Campbell has strongly denied involvement with Malaysian Premier Najib Abdul Razak.

Campbell wrote twice on
Twitter over the past 16 hours that such allegations were “Bull****”, in reply to three Twitter users, who appear to be Malaysians.

Campbell wrote on
Twitter that he had never been to Malaysia nor was he working for Najib. “I see I have been spotted in Malaysia.

Therefore I must be advising the govt. Must have a double. Not been. Not advising.
Fin d'histoire (sic) [End of story],” he wrote.

Campbell was alleged to be the latest to join a growing stable of foreign public relations consultants engaged by the Najib administration.


Kerja untuk Najib? Karut, kata Campbell


Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British Tony Blair - Alastair Campbell keras menafikan dakwaan penglibatannya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.


Campbell menulis dua kali di Twitter dalam tempoh 16 jam bahawa dakwaan itu adalah “
Bull****” (mengarut), sebagai menjawab soalan tiga pengguna, dipercayai rakyat Malaysia.

Memetik sumber, portal itu melaporkan beliau sebagai orang di sebalik Najib sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib
Cool'.

Semalam, Campbell menulis di Twitter berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia atau bekerja untuk Najib.


Tulisan itu ekoran dakwaan pengguna Twitter bahawa beliau bekerja untuk kerajaan yang "korup".


Campbell pernah menerajui kempen ‘Cool Britannia’ untuk Blair pada sekitar 1990an.


source:malaysiakini

cheers.

No comments: