22 October 2011

Heret Mahathir dan pemimpin2 UMNO ke muka pengadilan bukan Aziz Bari...

UMNO dan BN sudah beraja di hati dan bersultan di mata. Aziz Bari tidak mengkritik Sultan tetapi beliau di tuduh berbuat demikian.

Mereka berkuasa dan mempengaruhi pentadbiran UIA untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari.

Kata-kata Aziz Bari di interpretasikan sebagai menderhaka kepada Sultan.


Entah bila UMNO ini sayang pada Raja saya pun tak tahu.

Setahu saya UMNOlah yang menderhaka kepada Raja pada 1993 dahulu.
UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu dalam krisis perlembagaan itu. Ramai pemimpin UMNO yang membuat kenyataan mengkritik Raja sebagai institusi yang kononnya sudah tiada relevannya lagi.

Malahan ada ahli Parlimen bercakap begitu bongkak dengan mencadangkan Raja-Raja Melayu di ikat dan dirotan dan sebagainya.
Lebih menyedihkan lagi Almarhum Tuanku Jaafar telah dituduh menyewakan tanah untuk membela babi di Bukit Pelandok.

Utusan Malaysia lah yang mengetuai serangan terhadap Raja Melayu semasa itu.


Kenapa sekarang UMNO dan pemimpin-pemimpin yang menghina secara direct semasa itu tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan perlembagaan negara sebelum dipinda semasa itu telah dengan terang menyatakan yang Raja tidak boleh di sentuh samada di dalam atau di luar parlimen.


Kenapa Dr Mahathir, dan ramai di antara pemimpin UMNO semasa itu tidak di kemukakan kepada pengadilan sedangkan Aziz Bari yang hanya membawa pandangan akademik itu dengan pantas di perlakukan dengan tidak adil.

Sekarang ini bekas Presiden UMNO itu pula yang mengkritik Aziz Bari dengan mengatakan Aziz Bari bersifat kurang ajar terhadap Raja Melayu.

Jika pun Aziz Bari hendak di ambil tindakan, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin politik negara yang terang-terang telah melacurkan institusi Raja pada tahun 1993 dahulu.

Ambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin negara yang telah melanggar institusi Raja-Raja dahulu kemuka pengadilan dahulu sebelum berfikir untuk melakukan sesuatu terhadap Aziz Bari. - aspan alias


Berikut adalah sebahagian petikan daripada tulisan Aspan Alias dalam blognya. Artikal penuh baca di sini.

source:aspanaliasnet.blogspot.com

The reason Malays don't respect Sultans

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Orang yang buat salah terhadap raja2 Melayu kini adalah pemerintah negara. Mana depa ada teloq untuk ambil tindakan?

armouris said...

lagi info tentang Dr. Mahathir di SIHAT SELALU - Rahsia Muda Dr. Mahathir