29 October 2011

A.Rahman Suliman,Ketua Umno Parit Buntar meninggal dunia...

Ketua Umno Bahagian Parit Buntar Datuk Abdul Raman Suliman, 62, meninggal dunia di Hospital Daerah Parit Buntar, malam tadi. Beliau yang menghidap sakit buah pinggang, disahkan meninggal dunia pada jam 12.20 tengah malam, iaitu kira-kira sejam selepas terjatuh di rumahnya di Kampung Kedah di Parit Buntar.

Pembantunya Mohd Jamil Yahaya ketika ditemui Bernama hari ini, berkata Allahyarham ditemui terbaring di dalam bilik air di rumahnya, oleh isteri Datin Saemah Hussein. Kejadian berlaku sejurus selepas Abdul Raman yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, kembali daripada menghadiri mesyuarat badan perhubungan Umno Perak di Ipoh.

Mohd Jamil berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedah sebelum Zohor hari ini. Allahyarham meningggalkan seorang isteri dan enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan.

Parit Buntar Umno chief Raman Suliman dies

Parit Buntar Umno Division chief Abdul Raman Suliman died early today at Parit Buntar Hospital, his aide Mohd Jamil Yahaya said. He was 62. Abdul Raman, who suffers from a kidney ailment, died at 12.20am, about an hour after he collapsed at his home in Kampung Kedah in Parit Buntar, he added.

Mohd Jamil said Abdul Raman was found lying down in the bathroom by his wife Saemah Hussein and was rushed to the hospital. Abdul Raman, who was a former deputy minister in the Prime Minister’s Department, had returned home at about 11pm yesterday after attending a meeting of the Perak Umno liaison committee in Ipoh.

Mohd Jamil said Abdul Raman would be buried at the Kampung Kedah Muslim cemetery before the Zohor (afternoon) prayers today. Abdul Raman leaves a wife Saemah, and six children, two of them sons.

source:bernama

Saya kenal rapat dengan Allahyarham sejak zaman persekolahan lagi. Secara peribadi Allahyarham adalah seorang yang baik,mudah didampingi dan sering bantu membantu. Dah agak lama saya tak jumpa dengannya. Agak terkejut juga bila menerima berita sedih ini.

Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Dato' Abdul Raman bin Suliman Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al Fatihah...

No comments: