30 October 2011

Bandingkan urus kerajaan negeri antara Pakatan dengan BN...

Bagaimana Pakatan Rakyat menguruskan kerajaan negeri dan bagaimana pula Barisan Nasional menguruskan kerajaan negeri.

“Cuba bandingkan dengan menggunakan akal yang waras,” tulis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui twitter.


Di negeri Selangor misalnya, hasil pendapatan daripada pasir, pada tahun 2008, Selangor mencatatkan keuntungan sebanyak RM8.17 juta, pada 2009 RM13.76 juta dan sehingga Jun 2010, RM15.30 juta. Sedangkan semasa BN, pada tahun 2005, pendapatan hasil pasir hanya sebanyak RM3.54 juta, pada 2006 RM4.3 juta dan pada 2007 RM4.29 juta.

Di negeri Kedah, hasil pendapatan daripada pembalakan menunjukkan peningkatan amat ketara selepas Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Sewaktu Kedah diperintah oleh BN, pada 2007 hasil pembalakan cuma RM8 juta tetapi selepas diambil alih oleh Pakatan Rakyat, pada tahun 2009, hsil pendapatan dari balak melonjak RM38 juta dan meningkat lagi pada 2010 kepada RM53 juta.

Bagi negeri Pulau Pinang, bagi pendapatan MPSP kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya menukar semua angka-angka kerugian yang dialami semasa kerajaan BN semenjak tahun 2001-2007 kepada keuntungan selepas ditadbir oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008, 2009 dan 2010. Malah bagi tahun 2010 sehinnga Oktober sahaja, pendapatan MPSP sudah menjangkau RM54.59 juta.

Bagi negeri Kelantan perbandingan dilakukan mengenai hasil pendapatan balak selama 4 tahun pemerintahan BN dan 4 tahun di masa PR(PAS). Bagi tempoh 1985-1989 semasa di bawah BN, hasil pendapatan balak hanyalah RM8 juta. Tetapi bagi tempoh 1994-1998 semasa di bawah PR(PAS), hasil pendapatan balak melonjak kepada RM355.85 juta. - kelab greenbloc

source:harakah daily

cheers.

No comments: