05 July 2010

Anwar atau UMNO punca perpecahan orang Melayu......

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beberapa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini merupakan suatu pengkhianatan kepada bangsa kerana ia telah menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, orang Melayu perlu sedar tentang tindakan ketua umum PKR itu kerana bukti mengenainya adalah amat jelas.

"Buktinya (tindakan Anwar) adalah amat jelas. Rakyat perlu sedar tentang sikap berdolak-dalik dan pembohongan yang dilakukan oleh beliau, yang telah menyebabkan perpecahan dan keretakan di kalangan orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat.

Akhbar Washington Post melaporkan, dalam lawatannya ke Amerika Syarikat, Anwar bertemu dan meminta maaf dari rakan-rakannya di negara itu dan menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis '.

Muhyiddin berkata, bukti mengenai hubungan baik Anwar dengan pemimpin Zionis dan Yahudi di Amerika Syarikat juga adalah jelas untuk dinilai oleh rakyat dan orang Melayu.

source:malaysiakini

Apakah Melayu perlu bersatu semata-mata untuk membolehkan UMNO berkuasa dan membenarkan pemimpin2 UMNO membalun khazanah negara? Muhyiddin ni dah keliru kot!! Adakah rakyat British berpecah kerana ada yang sokong parti Buruh dan ada yang sokong parti Konservatif?

Orang Melayu tak perlu UMNO untuk bersatu. Melayu Kelantan hidup aman damai tanpa UMNO.

Sebenarnya Melayu dah lama berpecah......

a.Bila Mahathir menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman.

b.Bila Hussein Onn pilih Mahathir sebagai timbalannya mengenepikan Tengku Razalaeigh dan Ghaffar Baba.

c.Bila Musa Hitam letak jawatan sebagai timbalan Mahathir kerana tak setuju dengan Mahathir

d.Bila Tengku Razaleigh cabar Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO.

e.Bila Mahathir pecat Anwar sebagai timbalannya.

f.Bila Mahathir penjarakan Anwar kerana kes konspirasi Mahathir - sodomy 1.

g.Bila orang Melayu sedar bahawa ramai pemimpin2 UMNO bukan saja sombong dan bongkak tapi adalah kawaq dan penyamun. PRK 2008 adalah sebagai bukti orang Melayu dah meluat UMNO.

Sebenarnya Melayu yang berpecah ini adalah Melayu UMNO, sebaliknya Anwar berjaya menyatukan bukan saja orang Melayu,malah orang Cina dan India yang selama ini UMNO gagal melakukannya.

Cakap pasal agen Yahudi,bukankah Najib 1Malaysia juga agen Yahudi bila dia lantik dan sanggup bayar RM 76 juta syarikat Yahudi APCO bagi menaikkan imejnya?

Sebaliknya pendirian Anwar terhadap zionist adalah jelas dan konsisten, baca di sini.

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau orang Melayu tinggal UMNO,pemimpin2 UMNO akan mati kelaparan nacam UMNO Pulau Pinang!!

Anonymous said...

Yang melingkopkan orang Melayu adalah pemimpin2 UMNO. Mereka inilah Melayu bertopengkan syaitan.

Perjuangan UMNO pada asasnya baik,tapi apabila sekumpulan pemimpin2nya buat tahi kerana jadi penyamun dan penyanggak lingkop terus UMNO.

Memang UMNO sumbangkan banyak jasa kpd. orang Melayu tetapi atas kadar aku bagi projek 4 juta untuk rakyat,pemimpin balun 400 juta atas nama pembangunan.

Projek berbilion kpd. kontraktor kroni tak sampai setahun bumbung runtuh,tanah reban dsbnya.

Lebih baik UMNO mampauih lebih awal!!!!!