12 July 2010

Anwar atau Najib alat CIA........

Utusan Malaysia hari ini meneruskan serangan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporannya - kali ini akhbar itu memetik tulisan seorang penulis blog - yang mendakwa ketua umum PKR itu adalah "alat" kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Dalam edisi Ahadnya hari ini - Mingguan Malaysia - akhbar harian bahasa Melayu itu memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

Mingguan Malaysia memetik tulisan Elaine yang bertajuk 'CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated (CIA dan Mossad mahu Anwar Ibrahim dibunuh) yang menyebut bahawa Anwar merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara itu di Malaysia.

Belum apa lagi, Hishammuddin dah nak ambil tindakan pula,baca di sini.

source:utusan 'meloya' malaysia

Pada 1998 dulu penyangak2 UMNO tuduh Anwar talibarut Amerika. Kemundian mereka cap pula Anwar agen Yahudi dan kini Anwar dianggap sebagai alat kepada CIA.

Wow!!! hebat betul publisiti yang Anwar terima.

Tapi soalnya kalu Anwar agen CIA, Najib pula yang menggunakan khidmat syarikat Yahudi APCO tentu menjadi alat Isreal?

Upah RM77 juta yang Najib bayar kat APCO itu mugkin digunakan bagi membiayai si penulis blog Elaine Meinel Supkis untuk kutuk Anwar.

Dalam satu posting Elaine menuduh bahawa Ratu Elizabeth England terlibat dengan penipuan dan penyeludupan wang,dan bila peguam bagi pihak Ratu Elizabeth mengirim surat saman fitnah, Elaine menuduh bahawa Ratu Elizabeth sedang memburunya.

Elaine Meinel Supkis ini banyak menulis di blog2,majalah,forum dan laman berita di Amerika bagi mendapatkan upahan yang berpatutan. Entah berapa ribu APCO aka gomen Najib bayar kepada si blogger lanun ini?

Penulis blog yang sasau macam ini pemimpin2 UMNO termasuk menteri2 kita yakin percaya 100%. Sedangkan tulisan blogger RPK dikatakan omong2 kosong........

cheers.

No comments: