30 July 2010

Bila Ling Liong Sik menipu Mahathir dan kabinetnya......

Sepandai-pandai Mahathir, akhirnya kena tipu juga. Penipuan ini bukan melibatkan ratusan ringgit,tapi berbilion-bilion ringgit. Patutkah Ling Liong Sik seorang saja yang harus kena tangkap? Tak mungkin Ling Liong Sik seorang saja yang merancang penipuan ini? Sudah pasti ada dalang-dalang lain yang memainkan peranan bersama.

Sepatutnya seluruh anggota kabinet Mahathir,ketika itu, diheret ke muka pengadilan, termasuk Mahathir,PatLah,Najib,
Mahyuddin kerana mereka secara kolektif meluluskan peruntukkan PKFZ tersebut. Apakah dalam mahkamah nanti Ling Liong Sik akan mendedahkan nama-nama lain yang turut terelibat dalam penipuan itu?

Bagi aku lihat ini hanyalah mainan politik Najib 1Malaysia, sebagai satu strategi untuk dia mengadakan pilihanraya ke-13 dalam masa terdekat. Dengan tindakan ini, mungkin Najib perasan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang telus dan mahu menentang rasuah dan penipuan dalam kerajaan dan di kalangan pemimpin2 politik BN.

Namun mungkin Najib terlupa,bahawa yang dok menyamun ini bukan saja pemimpin politik daripada MCA/MIC/Gerakan tapi ramai juga daripada UMNO. Terlalu ramai pemimpin2 UMNO Selangor dan UMNO pusat juga terlibat dengan skandal PKFZ ini. Apakah penyamun2 ini akan berdiam diri dan diheret bersama-sama ke mahkamah? Jawapannya tidak.

Semua ini hanyalah satu opera Cina saja untuk menutup isu-isu besar seperti Sime Darby,Felda,Felcra dll. yang kini membelenggui UMNO. Lihat saja apa jadi dengan kes Perwaja Eric Chia,rakan baik Mahathir, yang akhirnya terlepas begitu saja.

Perkara yang sama juga akan berlaku kepada kes Ling Liong Sik, ia akan berlarutan sehingga pilihanraya ke-13 dan apabila BN menang nanti kes ini akan dibuang kerana bukti tak cukup.

Selepas ini siapa pula........

Read 'Don’t stop with Dr Ling, go after all of them' here.



Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang. Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.


Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.


Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama. Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Hakim Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

source:malaysiakini

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Mahathir fikir dialah orang yang paling bijak dalam dunia ini. Dulu ambil Eric Chia,kononnya Eric Chia seorang saja yang boleh urus dengan bijak. Last-last,Eric Chia main punggong Mahathir,gomen rugi berbilion2, bawa ke mahkamah, tapi Eric Cheah terlepas kerana bukti tak cukup.

Kini Ling Liong Sik pula main bontot Mahathir,putar punya putar, berbilion2 wang rakyat hilang, Ling ditangkap tapi sama ada nasibnya sama dengan Eric Cheah tak tau lagi. Namun aku rasa,modus operadi yang sama jugalah - maklum semua orang depa,buat macam mana pun terlepas macam Mr.Correct,
Correct tu!!!