14 July 2010

Kalau UMNO kuat, Najib patut suruh Muhyiddin tutup mulut nya......

Datuk Seri Najib Razak berkata Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS. Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini. Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.

"Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden Umno (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telahpun membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan tersebut.

"Saya cuma nak nyatakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS," katanya.

Semalam, Muhyiddin menyatakan komitmen serta kesediaan Umno untuk bertemu dan menjalin kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.

PAS snubs UMNO's offer, read here.

UMNO rules because of non-Malays,read here.

source:bernama

PAS pun tak buloq dengan UMNO!!!!! Tak pasai-pasai Muhyiddin terhegeh-hegeh mai nak usyar PAS semula...gila talak kot?

Lebih baik Pak Jib suruh Muhyiddin tutup mulut celuparnya saja.......

cheers.

No comments: