07 March 2013

Kerana Media Baru, gomen UMNO/BN tak boleh kelentong kita...

Bayangkan jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin  Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini.

Namun bersyukurlah kerana di zaman informasi bebas bergerak ini, ia tidak berlaku.


"Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Dengan ini, katanya, perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal.

Beliau dipercayai mengulas tindakan Umno yang cuba mengaitkan peristiwa di Lahad Datu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun ia gagal kerana media sosial yang bebas bergerak berjaya memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku.

"Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja," kata Idris.

Beliau mempersoalkan, kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. 



Katanya, di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan,  media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya.

Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti  kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com , anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.

Bagi beliau, media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu. 


(Bayangkan kalau kad ini ditemui ketika Lokman ini masih bersama PKR ketika tragedi Lahad Datu ini berlaku)

"Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara," katanya.-harakahdaily


Thank God for new media, thus BN/UMNO government dont bullshit us...


The Lahad Datu incident involving foreign intruders would have been milked and spinned by the BN-controlled traditional media to attack Pakatan Rakyat were it not for the existence of the more popular new media.

PAS Central Committee member Idris Ahmad said the internet  through various online news portals has managed to instantly put to rest accusations by UMNO that PR had a hand in abetting the armed Sulu gunmen who invaded Lahad Datu.

"But even with this open sky, the UMNO media are still spreading lies to accuse the opposition especially Anwar Ibrahim.

"Funny that in the peninsula, they accuse PR of trying to overthrow the monarch, yet in Sabah, they say PR wants to install a monarch!" Idris remarked.

He was responding to several BN media's allegation that opposition leaders had a hand in the intrusion led by a self-styled 'sultan' from the now-defunct Sulu sultanate claiming ownership of Sabah.



Yesterday, Jacel Kiram, daughter of Jamalul Kiram whose men invaded a village in Lahad Datu last month, said her family had no links with the Malaysian opposition.

Earlier, it was revealed that UMNO Youth exco member Lokman Noor Adam had served as advisor to the 'legitimate' Sulu sultan, whose office is based in Shah Alam.

"If Lokman were a PR leader, hell would break loose [in the UMNO media] alleging that PR conspired to kill our policemen," added Idris.-harakahdaily


 
Isu membayar konsultan Amerika bagi menyerang Anwar - kerajaan diam membisu

Dua media kawalan Umno meminta tangguhan jawapan terhadap notis tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dalam tragedi Lahad Datu.

 

 

 cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Hello, Neat post. There's a problem along with your web site in internet explorer, may check this? IE still is the marketplace chief and a good part of other folks will omit your excellent writing because of this problem.

my blog post :: creative group