08 March 2013

PRU 13 boleh ditangguh...


Pilihan raya umum ke-13 di kawasan yang terbabit dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu boleh ditangguhkan sekiranya kawasan itu diisytiharkan darurat, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata dari segi undang-undang terdapat peruntukan tertentu untuk membolehkan PRU di bahagian berkenaan ditangguhkan.

"Di bawah undang-undang jika keadaan darurat berlaku, maka SPR akan mengambil pertimbangan sebelum membuat keputusan muktamad tentang pilihan raya umum di kawasan itu," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.


Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan para pemimpin daripada 30 parti politik yang antara lain untuk memperjelas perkara-perkara baharu yang pertama kali akan dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.


Abdul Aziz berkata SPR akan meneliti butiran yang terdapat dalam perintah darurat dan kemudian akan dibawa ke perjumpaan khas sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.


 
 "Tetapi sekarang ini yang terjejas hanya di Lahad Datu dan Semporna, kita yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Apa pun SPR susah bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata setakat pagi tadi sebanyak 4,669 permohonan undi pos luar negara telah diterima SPR dan daripada jumlah itu sebanyak 3,995 yang layak, sementara 674 permohonan lagi telah ditolak.


"Kebanyakan pemohonan yang ditolak kerana tidak mendaftar sebagai pengundi kerana syarat utama untuk menjadi pengundi pos ialah mesti mendaftar terlebih dahulu," katanya.


Beliau berkata permohonan tertinggi ialah untuk kawasan parlimen Kelana Jaya (195), diikuti dengan kawasan parlimen Petaling Jaya Utara (192), Segambut (156), Subang (123), Gombak (106), Shah Alam (98) dan Serdang (86).


Mengulas pertemuan dengan pemimpin parti politik itu, Abdul Aziz berkata rata-rata yang hadir berpuas hati dengan penjelasan diberikan serta penambahbaikan yang dilakukan SPR.



Beliau berkata antara tumpuan utama dalam pertemuan itu ialah berhubung penggunaan dakwat kekal, tiada khemah khas disediakan pada hari penamaan calon, pemansuhan bantahan terhadap kertas penamaan calon, pengundian awal dan larangan menarik balik pencalonan.

Selain itu, Abdul Aziz turut menerangkan bahawa kertas undi mempunyai nombor siri kerana untuk memastikan tiada kertas undi lain dimasukkan ke dalam peti undi.


"Ia juga bagi memudahkan SPR menjalankan semakan sekiranya berlaku sebarang bantahan. Ini kerana terdapat parti-parti politik tertentu yang menasihatkan pengikut mereka supaya tidak menggunakan kertas undi yang diberikan pegawai SPR sebaliknya minta kertas undi lain," katanya-malaysiakini


Kawasan Keselamatan Khas Pula Di Sabah?


Election may be postponed in areas affected by intrusion...

The upcoming 13th general election can be postponed in areas in Sabah affected by the intrusion of terrorists from Sulu, should an emergency be declared in the said areas, according to Election Commission (EC) chairperson Abdul Aziz Mohd Yusof.

He said there were legal provisions to allow certain areas to postpone elections.

"According to the law, the EC will take this into consideration before making a decision on elections in areas where emergency has been declared," he told reporters in Putrajaya today.


NONEEarlier, he had met with leaders from 30 political parties to clarify new matters to be implemented in the coming general election.

Abdul Aziz (left) said the EC would review details in the emergency order, should it be issued, which will then be brought to a special meeting before a final decision is made.

"Right now only Lahad Datu and Sempora are affected and we are confident this will be resolved soon. The EC is ready to hold elections at any time," he said.

In another development, Abdul Aziz said 4,669 applications for postal voting abroad were received until this morning, of which 3,995 were eligible while 674 applications were rejected.

"Most of the applications were rejected because they had not registered as voters and that is the main requirement for the postal voting facility," he said.

He said the highest number of applications was for Kelana Jaya (195), followed by Petaling Jaya Utara (192), Segambut (156), Subang (123), Gombak (106), Shah Alam (98) and Serdang (86).


Generally satisfied with the EC

Commenting on the meeting with the political party leaders, Abdul Aziz said they were generally satisfied with the explanation given and improvements carried out by the EC.

indelible ink 020607He said among the main focus at the meeting was regarding the use of indelible ink (right), lack of special tents provided for nomination day, removal of the objections facility during nomuination, early voting and prohibition on withdrawing candidates.

Besides that, Abdul Aziz also clarified that ballot papers had serial numbers to ensure no other ballot papers would be inserted in ballot boxes.

"This will also facilitate our checks in case of objections.

“This is because there are political parties which advise their supporters not to use ballot papers provided by the EC, but instead ask for a different ballot paper," he added.-malaysiakini



Program Anwar Sempena Sambutan 5 Pemerintahan PR di Penang
 
8 Mac 2013 (Jumaat ) – PULAU  PINANG

1)    7.00 mlm – Solat Maghrib, Hajat & Tazkirah

Lokasi: Madrasah An Nahdhoh Kubang Semang

2)    8.30 – 12.00 mlm –

3)Ceramah Perdana - Padang Kota Lama, Pulau Pinang
 
Barisan Penceramah:
 
a.YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
b.YAB Lim Guan Eng
c.YB Dato' Mansor Osman
d.YB Prof. Dr. P. Ramasamy
e.YB Chow Kon Yeow
f.YB Dato' Mohd Salleh Man



 

cheers.

No comments: