11 March 2013

Jeneral Penceroboh Sulu yang terkorban dikenali sebagai Komander Musa...



Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

“Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut. 

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi. — Bernama



Pengganas Sulu Amal Sihir, Tangkal Konon Untuk Jadi Kebal...

Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 53 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu.

Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.

Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.

“Pengganas berkenaan percaya pemakaian tangkal berkenaan menjadikan mereka kebal dan dapat mengalahkan pasukan keselamatan. ~ Metro




KETUA PESURUHJAYA RELA GUNA IC PALSU?

Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah terus mengalami kemelut setelah ada pihak mendakwa Pengarahnya, Samasudin Lawe dan ramai ahlinya termasuk Peer Mohd Bin Kadeer adalah pemegang mykad projek; malah terkini Ketua Pesuruhjaya Ahli Kehormat Rela Sabah, Datuk Jerry Ambuting Bin Mohd Said(atas) turut menggunakan kad pengenalan palsu?

Jerry dikesan menggunakan Mykad PALSU bernombor 660509-12-5543 dalam Notis Kebankrapan daripada Jabatan Insolvensi yang disiarkan media tempatan pada 2009.
Menurut notis berkenaan, Jerry yang beralamat di No 25, Lorong 17, Taman King Fisher, Likas, Kota Kinabalu, Sabah; dijatuhi hukuman Muflis oleh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu pada 9 Julai 2009 melalui Petisyen K29-406 Tahun 2008 oleh Electronis Electrical (S) Sabah Sdn.Bhd (169291-H).

Semakan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara mendapati Mykad bernombor 660509-12-5543 tidak wujud di dalam sistem JPN. Begitu juga dengan rekod Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Baca seterusnya di sini.


Projek IC menjadi Duri dalam daging sistem keselamatan Negara.


Sulu 'general' believed to be ex-MNLF commander...

The Sulu ‘general’ whom the security forces killed few days ago is believed to be former Moro National Liberal Front (MNLF) commander Haji Musa, said Sabah police commissioner Hamza Taib.

“We believe it’s him, we had found his clothes, but when he was shot, he was not wearing uniform,” he told a press conference at Felda Sahabat Beach Resort, Lahat Datu today.

He was responding to a question on whether one the 22 corpses of the self-styled ‘Sulu royal army’ members, currently placed at the Tawau and Lahat Datu hospitals for post-mortem, has been identified as Haji Musa.


NONEHowever, Hamza (right) was unable to give further confirmation as more evidence is needed to conclude this matter.

“I can’t say whether he’s Haji Musa, as it only can be proven when the investigation is completed.

“When the corpses were recovered from Tanjung Batu, I had seen the status of the dead body, but I can’t confirm positively.

“Because when I would like to confirm it positively, I must have solid evidence, such as documentation and an identity card,” he added.

He said that the Forensics Department had yet to reply to him over this matter.


It is reported that a ‘general’ of the armed intruders was killed in a firefight in Tanjung Batu last Thursday.

However, inspector-general of police Ismail Omar said on the following day that it was not Azzimuddie Kiram, the leader of the intruders and brother of Sulu sultan Jamarul Kiram III.

‘We didn’t kill teenager in panic’

Meanwhile, Hamza also denied that the security forces had killed an unidentified teenager yesterday as they were tense and had panicked.

He said that the security forces had undergone training and are acting professional on the ground.

NONE“If (you) want to say that we are tense, I think it’s impossible because the police and army have been well-trained.

“We are professional, so we are well-prepared to face any kind of situation,” he added.

When asked whether there is a possibility that the authorities had made such a mistake, he replied, “Maybe this assumption is correct”.

He also stressed that the police will detain suspected intruders under Section 130(c) of the Penal Code and the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma).

Hamza said that there was no gunfight with the intruders today and the situation in Lahat Datu and Semporna town has returned to normal.

A teenage boy was shot dead yesterday morning at Kampung Sungai Bilis while security forces were tracking intruders near the red zone.

The Criminal Investigation Department is carrying out checks on his identity.-malaysiakini

 Photo: Apabila budak sekolah takut ke sekolah ekoran kejadian pencerobohan yang berlaku di Sabah..
 Apabila budak sekolah takut ke sekolah ekoran kejadian pencerobohan yang berlaku di Sabah..





cheers.

No comments: