21 March 2013

Agbimuddin kini sembunyi di selatan Filipina...


Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

“Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan terbaru sebuah blog bahawa Azzimudie Kiram mati ditembak pengawalnya sendiri dan mayatnya dikatakan ditanam di sebuah kubur kecil yang hanya diketahui pengikut elitnya.

Kepada soalan sama ada pasukan keselamatan mengekori dan menjejaki kelibat Azzimudie ke Filipina, Zulkifeli berkata itu di luar bidang kuasa mereka.

Beliau percaya tindakan lanjut boleh diambil melalui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Azzimudie Kiram mengetuai insiden pencerobohan bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina pada 12 Feb lepas yang menyaksikan 63 militan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati pagi semalam manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur. — Bernama


Agbimuddin left Sabah on March 11, says armed forces chief

Seven of eight Filipinos brought to Sabah court in straightjackets


Najib, penceroboh Lahad Datu ada MyKad biru kah...

PAS Sabah meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan rakyat Malaysia dan pernah bertugas sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat.

Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling berkata, kerajaan tidak boleh berdiam diri dan mesti memberi penjelasan mengenai kerakyatan Azzimudie.

"Kalau benar dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan seperti yang didakwa, ertinya dia merupakan rakyat Malaysia yang sah.

"Setahu saya, untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan, seseorang itu mesti warganegara Malaysia. Persoalannya adakah Azzimudie memang dilahirkan di Malaysia atau mendapat kerakyatan melalui 'pintu belakang',? katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam, PKR mendedahkan dokumen menunjukkan Azzimudie yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pernah tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan.

Ia dibuktikan melalui dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.

Aminuddin berkata, kerajaan perlu menjelaskan sama ada Azzimudie antara orang yang terlibat dalam projek IC Sabah pada zaman Tun Dr Mahathir Mohammad dahulu.


Mahathir kata memang dia bagi kad pengenalan tapi ikut undang2...


"Bagaimana Azzimudie boleh terlepas begitu sahaja. Kita tidak persoalkan mereka yang layak dapat IC tapi yang kita persoalkan bagaimana yang baru datang terus diberikan IC? Apakah negara ini tidak undang-undang?" soalnya lagi.-harakahdaily

Photo: 38 pengganas Sulu mahu kes mereka disiasat semula

Kelompok ini mahu mahkamah daerah Tawi-Tawi mengarahkan Jabatan Kehakiman (DOJ) melakukan penyiasatan semula terhadap mereka.
MANILA: Seramai  38 orang yang dituduh pengganas Sulu yang ditahan Tawi-Tawi meminta  Jabatan Kehakiman (DOJ) Filipina melakukan penyiasatan semula terhadap tuduhan jenayah ke atas mereka.
Kelompok pertama 38 pengganas dari Sultan Jamalul Kiram III akan menghadapi tuduhan di Filipina ekoran serangan mereka di Sabah sejak sebulan lalu, lapor Xinhua semalam.
Tertuduh yang kini ditahan di pengkalan angkatan laut di Panglima Sugala, didakwa memiliki senjata api secara haram dan menghasut perang dan mengangkat senjata dalam usaha mereka merebut kembali Sabah dari Malaysia.
Dengan dibantu oleh ketua peguam awam, Persida Rueda-Acosta, kelompok ini mahu mahkamah daerah Tawi-Tawi mengarahkan Jabatan Kehakiman (DOJ) melakukan penyiasatan semula terhadap mereka.
Dalam kenyataan empat halaman, lelaki yang ditangkap mengatakan mereka tidak diberi peluang  yang cukup untuk menyangkal tuduhan yang diajukan oleh Jabatan Kehakiman di mahkamah minggu lalu.
Bayar jaminan


Oleh kerana itu, mereka meminta mahkamah secara khusus memerintahkan Jabatan  Kehakiman  melakukan penyiasatan awal di mana mereka akan diberi kesempatan untuk mengaju balas tuduhan.
Mahkamah Tawi-Tawi juga diminta untuk memungkinkan 38 tertuduh membayar jaminan pembebasan sementara bagi mereka.
Sekitar 200 pengikut Kiram mendarat di Sabah bulan lalu. Sepuluh anggota pasukan keselamatan Malaysia dan lebih berpuluh pengganas bersenjata Sulu terbunuh.
Sementara itu, lebih  100 pengganas Sultan Sulu yang ditahan akan dihadapkan di makamah di Sabah.
“Semua 107 pengikut Sulu itu didakwa atas tuduhan pemilikan senjata, masuk ke Malaysia secara haram dan memiliki dokumen peribadi yang meragukan,” ujar Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.
Sebahagian mereka telah mula dihadapkan di mahkamah di Tawau semalam

Tanya Najib, penceroboh Lahad Datu ada IC biru ke?

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah warga Filipina dalam kejadian pencerobohan Sabah yang merupakan pemegang kad pengenalan Malaysia.

Beliau menuntut penjelasan itu susulan dakwaan yang timbul semalam bahawa Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan warga Malaysia dan pernah bertugas sebagai pembantu pengawai daerah di Kudat, Sabah.


NONE"(Dakwaan) oleh jurucakap kumpulan (berkenaan)... bahawa Agbimudin pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu," kata Rafizi.

"Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru?

"Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?," soalnya yang turut bertanya sekiranya kad pengenalan berkenaan dikeluarkan melalui 'Projek IC'.

Rafizi merujuk kepada satu tulisan yang disiarkan portal berita Filipina, InterAksyson yang memetik kenyataan seorang jurucakap kesultanan Sulu, bahawa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah di Kudat.

Abraham Idjirani mendakwa walau Azzimudie pernah berkhidmat di Kudat, beliau masih merupakan warga Filipina dan tidak pernah diberikan taraf kerakyatan Malaysia.

"Mereka (Azzimudie) kata, 'beri kami kad pengenalan', namun pihak berkuasa Sabah beritahu mereka, 'walaupun kami tidak berikan, anda tetap miliki Sabah," kata Idjirani seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Rafizi ketika dihubungi hari ini bagaimanapun tidak berganjak daripada dakwaannya, bahawa Azzimudie pernah memegang taraf kerakyatan Malaysia, dan mendakwa ia berdasarkan maklumat yang diperolehi parti itu dari penduduk tempatan dan penduduk kampung Sabah yang mengetahui mengenai tempoh perkhdmatan Azzimudie sebagai pembantu pegawai daerah.

"Berdasarkan maklumat inilah kami kemudiannya menjalankan semakan dalam perkhidmatan awam Sabah dan menemui namanya disenaraikan di situ.

"Ramai di kalangan rakyat Filipina yang datang ke sini pada waktu itu memegang dua kerakyatan. Bila mereka di sini, mereka rakyat Malaysia, bila mereka berada di Filipina, mereka rakyat Filipina," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi membuat dakwaan mengenai tempoh perkhidmatan Azzimudie dalam perhidmatan awam Malaysia ketika bercakap dalam satu sidang media semalam, di mana beliau turut menunjukkan dokumen berhubung dakwaan mengenai seorang lelaki bernama Datu Agbimudin Kiram.-malaysiakini


 

 Najib, do Lahad Datu intruders have blue ICs?...

The prime minister should disclose how many of the Filipinos in the Sabah intrusion hold Malaysian ICs, said PKR director of strategy Rafizi Ramli.

This is in the light of yesterday's allegations that the alleged Agbimudin @ Azzimudie Kiram is a Malaysian and was even a former assistant district officer (DO) in Kudat, Sabah.

"Confirmation by a spokesperson for a group ... that Azzimudie Kiram was an officer of the state government continues to raise questions about the real background of the conflict war in Lahad Datu,” said Rafizi in a statement today.

"Is Azzimudie Kiram a Malaysian citizen who had been given a blue IC?


NONE“How many among the armed intruders (in the Lahad Datu incident) possess blue ICs?” he asked.

Yesterday, an article published in a Filipino portal InterAksyson quoted a Sulu sultanate spokesperson as "confirming" that Azzimudie (left) had indeed served as a district officer in Kudat.

Abraham Idjirani claimed that while Azzimudie did serve in Kudat, he was still holding a Filipino citizenship and was never given a Malaysian citizenship.

"They (Azzimudie) said, 'give us identity cards’, but Sabah authorities told them, 'even if we don't give you, you own Sabah anyway’," Idjirani was quoted as saying.


NONEHowever, when contacted today, Rafizi (right) maintained that Azzimudie did hold Malaysian citizenship, saying this was based on the information that the party had obtained from locals and villagers in Sabah who had known of Azzimudie's tenure as an assistant DO.

"It was based on this information that we then conducted a search in the Sabah civil service and found his name was listed there," he said.

"Many of the Filipinos who came in at that time hold dual citizenship. When they are here, they are Malaysians; when they are in the Philippines, they are Filipinos," he told Malaysiakini.

Rafizi made the allegation about Azzimudie's tenure in the Malaysian civil service during a press conference yesterday, after producing a document which revealed that a man named Datu Agbimudin Kiram had acted as a district officer in Kudat in the year 1974.-malaysiakini


Photo



cheers.

No comments: