26 March 2013

Pemberian permit teksi bukti program Pakatan Rakyat lebih baik...

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 1,000 permit teksi akan diberikan kepada pemandu-pemandu teksi terpilih mengesahkan beberapa perkara.

Pertama, ia pengakuan terbuka Umno/Barisan Nasional bahawa dasar dan program ekonomi yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat (melalui Dasar Bersama, Buku Jingga dan Manifesto Rakyat) benar-benar memenuhi citarasa dan tuntutan rakyat.

Kedua, ia mengesahkan bahawa program-program ini mampu dilaksanakan dan tidak mengundang kesan kewangan yang buruk, seperti yang dituduh oleh Umno/Barisan Nasional.

Ketiga, ia membuktikan terdesaknya Najib sehinggakan beliau tidak lagi mempunyai perasaan malu untuk menciplak idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Pun begitu, saya mengkritik sekerasnya kenyataan Najib yang cuba mengumpan pemandu teksi untuk mengundi Barisan Nasional.

Ucapan beliau berbaur ugutan politik apabila beliau menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah “bai’ah” (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan.

Setakat ini, Umno/Barisan Nasional terus gagal untuk mengumumkan manifesto mereka sendiri. Sebaliknya, Najib menciplak idea dasar Pakatan Rakyat dan mengumpan rakyat dengan berjanji akan melaksanakan program-program Pakatan Rakyat itu sekiranya Barisan Nasional menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Oleh sebab itu, saya tidak hairan lagi kenapa Najib tidak berani berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar-dasar dan program ekonomi. Beliau nampaknya tidak mempunyai idea dan kepakaran ekonomi kerana sering terpaksa bergantung kepada idea orang lain, termasuklah idea Pakatan Rakyat sendiri.

Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Najib hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini. Penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini.-f/bk


 

Taxi permit awards a copycat move by PM, says PKR...

PKR has accused the prime minister of ripping off Pakatan Rakyat’s policies and using it to lure taxi drivers into voting for BN in the coming general election.

NONEPKR director of strategy Rafizi Ramli (right) said this was proven by Najib Abdul Razak’s announcement yesterday on the distribution of 1,000 individual taxi permits.

The former said Najib’s action was tantamount to an “open admission” that the economic programmes announced by Pakatan Rakyat, through its Buku Jingga, Manifesto Rakyat and Common Policy, meets the demands of the people.

Rafizi said this also meant that Pakatan’s policies were feasible, contradicting claims by Umno that they would only bring about financial doom for the country, and reflected the desperate state the premier was in.

“Thirdly, this proves how desperate Najib is that he is not ashamed to copy Pakatan policies and programmes,” he said, in a statement issued today.

In condemning the BN chairperson’s action, Rafizi pointed out that to date, BN has yet to even announce its own manifesto.

“I fully criticise Najib’s statement, that tries to lure taxi drivers into voting for BN.


NONE“His speech was laced with political threats when he stated that taxi drivers must ‘bai’ ah’ (make a binding promise) to vote for BN, should they want more individual permits in the future.”

Nonetheless, he expressed confidence that the taxi driver fraternity were well aware that Najib’s promises are nothing more than a “political gimmick”.

Meanwhile, he said that the long -standing issue of individual taxi permits is one that the opposition has long been championing for.

In its manifesto, Pakatan has promised to abolish the present system of issuing taxi permits to select companies, which then lease the taxis to the drivers.

Instead, the permits would be issued directly to individual taxi drivers to encourage more "taxi entrepreneurs".
- malaysiakini






cheers.

No comments: