03 March 2013

5 anggota keselamatan terkorban dalam serangan hendap di Semporna...

Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

Ismail berkata anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Ismail berkata polis juga sedang menyiasat sama ada kumpulan bersenjata itu mempunyai kaitan dengan lebih 150 orang kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Semporna.

Jumaat lepas, dua anggota polis komando VAT 69, ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabarudin Daud, 46, terkorban dan tiga lagi anggota polis cedera dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini.

Dalam kejadian itu, 12 anggota pasukan penceroboh terbunuh.



Ismail berkata identiti pegawai dan anggota polis yang terkorban di Semporna itu akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, Ismail berkata polis mengesan sekumpulan 10 lelaki dengan tiga daripada mereka bersenjata api di Kampung Lomalong dan Kampung Dasar Lama, Kunak, kira-kira 60 km dari sini, pada pukul 10 malam tadi.

“Sehingga kini polis sedang menjejaki pergerakan dan tujuan kumpulan itu,” katanya.

Ismail berkata polis turut menahan tiga daripada lebih 150 orang kumpulan bersenjata rakyat Selatan Filipina yang menceroboh dan berpangkalan di Kampung Tanduo, di sini sejak 9 Feb lepas.

“Mereka dipercayai cuba keluar daripada kumpulan itu,” katanya yang enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai tangkapan itu. – Bernama

 
Salam takziah kpd keluarga anggota2 keselamatan yang terkorban di Semporna demi mempertahan Negara - tumpang sekole



5 cops killed in Semporna ambush...

Inspector-general of police Ismail Omar today confirmed that five police officers were killed yesterday in an by an armed group in Semporna, Sabah.

"Yesterday evening, we received information there was an armed group in Kampung Sri Jaya Simunul, Sempoerna.

"Based on this information, a police team from the Semporna district police headquarters entered the place but were ambushed when they arrived," he told a press conference in Felda Sabahat Residence, Lahad Datu.


The police managed to kill two gunmen during the firefight. Police have encircled the village, which is on stilts over sea water, to track down remaining gunmen.

The Semporna incident followed the killing of two police personnel on Friday in Lahad Datu, where a shootout with armed intruders loyal to the Sulu Sultanate took place. 

Ismail said the police are trying to determine whether the group in Kampung Sri Jaya Simunul are related to the group involved in the Lahad Datu standoff. 

With a total death toll of seven in two days thus far, this is likely one of the worst assault on Malaysia's security forces since the communist insurgency.-malaysiakini

Five cops, two intruders killed in Semporna

Selingan untuk tenteramkan hati yang sedang bara ini...
 

Semasa perundingan dengan tetamu (bukan pengganas @ militan) bersenjata ketua kumpulan tersebut ditanya...untuk apa kamu datang bersenjata berunding?

Ketua kumpulan tersebut menjawab " KAMI NAK MENDUDUKI SABAH untuk merampas balik tanah2 yang ditakluki Malaysia dahulu"

Kesemua perunding kerajaan termasuk menteri dan ketua pasukan beruniform terus tergelak sampai terguling2... 



Akhirnya Kapten Perunding berjaya mengawal diri, lalu bertanya semula kepada tetamu bersenjata tersebut " NAK TUNTUT SABAH ?...tapi korang hanya 242 orang saje ??

Tetamu bersenjata menjawab ; 'OH KAMI CUMA YANG TERAKHIR !!!! BERJUTA YANG LAIN SUDAH SAMPAI !!!! SIAP ADA IC LAGI !!!!' Berkat ehsan projek M...dari apa nama tu...PM you all yang lalu...Mader...Mahathir...Mahataik...???


P/S : Moral of the story...lu olang pikiaq mai sendiri le!!! - f/b





cheers.

No comments: