28 March 2013

Lim Kit Siang - Najib takut kalah...

DAP membayangkan Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti memandangkan sokongan yang ditunjukkan rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti gagal memenuhi aspirasi mereka menjadi kerajaan yang telus dan berwibawa malahan terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan amanah negara.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penakut sebab itu rakyat Malaysia berhak memiliki seorang Perdana Menteri yang berwibawa, berani mempertahankan demokrasi, kedaulatan rakyat dan negara.

“Adakah ini bermakna Najib adalah seorang yang ‘takut kalah dan takut mati’? Kita nak Perdana Menteri yang berani lawan dan berani hidup!”

“Kenapa sampai sekarang Najib tidak bubar Parlimen? Negeri Sembilan sepatutnya menjadi negeri pertama pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi tak bubar lagi,” katanya di hadapan ribuan hadirin di Temiang, malam tadi.

Kit Siang anggap Najib penakut kerana mencatat rekod sebagai Perdana Menteri paling lama tidak mendapat mandat rakyat berbanding beberapa Perdana Menteri sebelum ini.

“Najib guna segala helah untuk terus jadi Perdana Menteri, dia gunakan artis, jemput Psy datang ke Pulau Pinang dan Jackie Chan ke Kuantan.




“Kalau di Amerika artis memperkenalkan calon Presiden pilihan mereka tetapi di Malaysia Perdana Menteri memperkenalkan artis. Ini sangat memalukan,” katanya.

Kit Siang juga mengulangi azam PR untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, telus dan adil sesuai dengan semangat dan prinsip berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“PR bukan sahaja mahu menang majoriti dan membentuk kerajaan di Negeri Sembilan tetapi juga membentuk kerajaan di Putrajaya. Jika kita mahu lihat tsunami politik sampai ke tahap tertinggi, ia perlu bermula dari Johor dan merebak ke utara, Sabah dan Sarawak.

“Perubahan yang kita mahu lakukan ini bukan untuk kita semata-mata. Kita ubah demi masa depan anak kita, masa depan anak kepada anak kita,” katanya.-f/bk


 Ceramah LKS di Seremban

 Kit Siang - Pakatan  will win Negeri Sembilan and Perlis too...

DAP parliamentary leader Lim Kit Siang has predicted that Perlis and Negri Sembilan are within Pakatan Rakyat's reach in the 13th general election, thus increasing the number of Pakatan state governments from five in 2008 to seven in 2013.

NONEIn  an exclusive interview with Sin Chew Daily, the Ipoh Timor MP expressed confidence that the coalition can retain its power in Selangor, Penang, Kedah and Kelantan, and recapture Perak.

With Perlis and Negri Sembilan in its bag, he claimed Pakatan's hope to take Putrajaya was very feasible.

However, Lim (left) conceded that the PAS-led Kedah government is in a shaky situation.

Even so, Lim said, the 'political tsunami' in the 2008 general election has yet to reach its peak.

“In the last general election, the anti-establishment wind started from the north and stopped at Negri Sembilan. It was a contained political tsunami, not full tsunami. It has yet to reach its peak.

“The tsunami will only subside when it reaches the peak. I believe there will be a bigger political tsunami in the coming general election that will hit the whole nation,” Sin Chew Daily quotes Lim as saying.

He said a power shift was possible in Perlis as the determination to change is strongly felt by Pakatan in the state.

Pakatan won 15 state seats in Negri Sembilan in the 2008 election, short of four seats to take over the state government.

On Johor, a frontline state for the Pakatan battle, Lim said Umno and MCA would be uprooted if Pakatan wins one-third of the parliamentary and state constituencies there.


“Johor is not only the birthplace of Umno but also the stronghold for both Umno and MCA. If Johor is taken by Pakatan, Umno and MCA will not be able to revive their strength.”

His decision to contest the Gelang Patah parliamentary constituency in Johor, said Lim, was like setting fire in Umno’s backyard as the ruling party was focusing its attention on Selangor.

He did not rule out the possibility that PKR de facto leader Anwar Ibrahim (right) will move from his Permatang Pauh parliamentary seat in Penang to contest in Perak.-malaysiakini









cheers.

No comments: