03 September 2014

Ulama PAS akui mau kerjasama dengan UMNO dan angkat Azmin sebagai MB Selangor...

Tindakan dua Adun PAS membelakangkan Majlis Syura Ulama PAS menggagalkan usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider.
Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan UMNO... 

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.

"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.

"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor.

Dalam laporan itu, menurut seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 Adun Umno di Selangor.

Namun Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita itu dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, Umno sedang memancing PAS untuk bekerjasama dengannya di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.

Dua Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam.

Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 6 Ogos 2014 yang mengambil ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan dua Adun tersebut.

"Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua.

"Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai hero atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat," kata Khairudin.

Khairudin berkata, tindakan pimpinan pusat ini menyokong Adun yang bersikap tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura Ulama itu jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS oleh kepimpinan tertinggi parti.

"Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama," katanya.

Sehingga kini, katanya, berpuluh aduan dan usul dikemuka dan diluluskan pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan, muktamar dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak tindakan tegas terhadap mereka.

"Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?" katanya.

Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan berkenaan tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat.

"Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras," katanya.

Katanya, dalam keadaan itu, tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno.

"Kononnya ada institusi tertentu cuba dikuasai 'team' Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?" soal Khairudin yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. 

Dalam kenyataan semalam, Husam mendakwa, beliau tahu ada usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," dakwa Husam dalam tulisan itu.

Dalam tulisannya, Khairudin juga menyerang pimpinan tertinggi PAS apabila mereka berkata kenyataan Hadi parti Islam itu menyokong Khalid sebelum mesyuarat Pusat adalah kenyataan peribadi.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi.

"Walhal presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada Januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR," katanya.

Selepas PKR mengumumkan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, Hadi berkata, PAS tetap akan menyokong Khalid sebagaimana sikap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebelum itu.

Susulan itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, "ia kenyataan pribadi" kerana PAS hanya akan bermesyuarat selepas itu bagi membincangkannya.

Dalam mesyuarat selepas itu iaitu 17 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa PAS memutuskan untuk mencalonkan 2 nama untuk jawatan itu iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin. – tmi


Gabungan dalam Pakatan Rakyat perlu kekal terpelihara jika pembangkang ingin tawan Putrajaya, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Gambar fail The Malaysian Insider.
Untuk kalahkan BN/UMNO, PAS perlu bersama Pakatan, kata Mat Sabu...

Pakatan Rakyat (PR) perlu dijadikan sebagai platform jika PAS berhasrat untuk menawan Putrajaya dan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, sejarah membuktikan PAS meraih kejayaan terbesar bersama PR pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), di mana 5 negeri berjaya dimenangi gabungan pembangkang itu diikuti mendapat undi popular melebihi BN pada PRU13.

“Saya hendak simpulkan di sini, kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau tahalluf siasi atau coalition dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada 'tahalluf', tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti dalam Pakatan.

“Jika PAS dan rakan dalam PR berangan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan lain, melainkan jalan terbaik melalui kerjasama politik antara parti pembangkang dan NGO untuk hadapi pemerintah BN,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu artikel bertajuk "Tahalluf siasi punca utama kejayaan PAS" diterbitkan portal Harakahdaily.

Pada PRU12, buat pertama kalinya majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan merupakan kejayaan paling besar dicapai parti pembangkang sejak Merdeka apabila 5 negeri jatuh ke tangan PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Menerusi PRU12  juga, PAS berjaya memenangi 23 kerusi Parlimen dan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia.

Mohamad berkata, sejarah membuktikan PAS mengalami kekalahan teruk apabila tidak berada dalam gabungan politik menerusi beberapa siri pilihan raya umum yang lepas.

Katanya, PAS berdepan kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2004 apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) dan mereka gagal mempertahankan Terengganu selain mencatatkan penurunan undi di seluruh negara termasuk undi orang Melayu Bumiputera.

“Pada pilihan raya 2004, DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA di atas beberapa perkara yang mereka tidak bersetuju dan tidak bersamaan dengan PAS terutama dalam hal konsep negara Islam.

“Maka pada 2004, PAS mengalami kekalahan yang agak teruk, hilang kerajaan Terengganu, manakala di Kedah, yang tinggal hanyalah satu kerusi di peringkat Parlimen dan 5 kerusi Parlimen di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, sejarah kegemilangan PR bermula pada 1999 ekoran peristiwa yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim maka terbentuklah BA yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR.

Katanya, pada ketika itu PAS berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen iaitu Kedah (8), Kelantan (10), Terengganu (7) dan Perak (2) serta menguasai Kelantan dan Terengganu yang ditawan semula PAS selepas kehilangan 2 negeri itu pada 1962.

“PR dan tahalluf siasi diteruskan menjelang PRU13 di mana sekali lagi PR mencatat kemenangan undi popular lebih 52% dan BN mendapat undi 46% sesudah ditolak undi rosak kira-kira 2%. 

“Walaupun tidak berjaya menawan semula Terengganu, PAS hanya kehilangan 2 kerusi untuk memerintah semula Terengganu. Merosot sedikit undi di Kedah tetapi kejayaan yang besar ialah PAS capai di Selangor iaitu berjaya mencapai kemenangan 15 kerusi DUN,” katanya. – tmi

Photo: KE MANA PAS MAHU DIBAWA ?

Isu 2 Adun PAS yang menyokong  PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua adun tersebut. 

Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 adun UMNO yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.

Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai  "hero" atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.

Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsapp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. Amanahkan mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?

Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?

Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada  perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan diluar jangkauan akal manusia yang waras !

Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan UMNO. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh "team" UMNO. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?

Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS. 

Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan. Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana  ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah??? 

Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.

Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di facebook walaupun oleh mereka  yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?

Kemanakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!!!

Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
2 September 2014
PAS Ulama admits duo’s support for Wan Azizah foiled plan to work with UMNO...

A PAS Ulama council spokesman today admitted that the party's plan to cooperate with Umno in Selangor has been foiled after two of its assemblymen openly declared support for Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail's candidacy for the menteri besar (MB) post.

Its information chief, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, in a Facebook posting yesterday, said the duo's move resulted in Selangor MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim technically losing his right to remain as MB as the majority of the assemblymen were no longer with him.

"PKR and DAP only have the support of 28 assemblymen, but the figure rose to 30 after the two PAS members threw their support for Wan Azizah.

"Technically, Khalid only had the support of 26 assemblymen, including 13 from PAS and 12 from Umno. So he could not be maintained as the menteri besar in this situation.

"This is why the PAS central committee, in its meeting, decided to send two names as the MB candidate to replace Khalid," he wrote.

PAS's Hulu Kelang state assemblyman Saari Sungib and Morib assemblyman Hasnul Baharuddin signed the statutory declaration affirming their support for Dr Wan Azizah's candidacy as Selangor MB.

In his Facebook post yesterday titled, "Ke mana PAS mahu dibawa" (Where does PAS want to be lead), Khairuddin said the actions of the two assemblymen had tested the patience of party members who had followed procedures in the Ulama council’s meeting based on the teachings of Islam.

He said the duo had clearly violated the council’s decision at its meeting on August 6, to retain Khalid as Selangor MB as long as allegations against him for breach of trust were unproven.

"What was annoying is that there were several leaders from the central PAS working committee who openly stated their support for them (Saari and Hasnul).

"Even worse, there were among these PAS central leaders who thought of the two men as heroes because they acted to save Pakatan Rakyat," Khairuddin said.

He blamed the two assemblymen for setting a wrong example to other PAS members, adding that some filed complaints and motions against them calling for action to be taken.

Khairuddin claimed there were several leaders who had openly supported the duo “working behind the scenes” and “backstabbing the president".

Even more shocking, Khairuddin said, were claims that Saari and Hasnul had been directed and given the green light to support Dr Wan Azizah by leaders in the central committee.

"This is very serious," he said.

Khairuddin also claimed that a senior party leader was trying to distract party members from the Selangor MB crisis by raising issues about a PAS-Umno collaboration.

"Apparently, there are certain institutions in PAS that Umno is trying to control. What kind of slander is this?" he said, in an apparent reference to PAS vice-president Datuk Husam Musa.

Husam yesterday claimed that he knew of a planned effort by some in Umno aligned to its deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin to bring their agenda into PAS, so that "PAS will march according to their tune”.

Khairuddin, in his posting, also attacked several top PAS leaders who said that Hadi's support for Khalid as MB prior to the central leadership meeting was his personal opinion.

"It is not surprising that they have said this. When in fact, the president had already stressed as a PAS decision in January that the Selangor MB position would not arise although PKR initiated the 'Kajang Move'," he added.

After PKR announced Dr Wan Azizah as its MB candidate, Hadi had said that PAS would continue to support Khalid.

Following that, at least two PAS leaders, its deputy president Mohamad Sabu and information chief Datuk Mahfuz Omar, said it was Hadi's "personal opinion".

The PAS central committee met on August 17 when it decided to nominate Dr Wan Azizah and PKR deputy president Mohamed Azmin Ali for the MB position. – tmi

Mohamad Sabu, the PAS deputy president, tells his comrades that the party has gained much from Pakatan Rakyat, amid voices calling for PAS to quit the coalition. – The Malaysian Insider file pic, September 3, 2014.
To defeat BN/UMNO, stay in Pakatan, Mat Sabu tells PAS...

PAS deputy president Mohamad Sabu said the party must remain in Pakatan Rakyat (PR) if it wants to defeat Barisan Nasional in the next general election in its quest to take over Putrajaya.

Mohamad, better known as Mat Sabu, said history showed that the Islamist party's biggest successes were due to its cooperation with PKR and DAP in 2008 when the three parties took control of five states, as well as in last year's general election when PR won the popular votes.

"I want to summarise here, PAS's success rate increased when it is in the coalition or tahalluf siyasi (political coalition) and PAS experienced its worst results when it did not have tahalluf or was arguing with its allies in Pakatan.

"If PAS and its partners in Pakatan want to take over Putrajaya through elections and the democratic process, there is no other option than working together with the opposition parties and NGOs to face BN," he said in an article published by the party's online portal, Harakahdaily.

The three-party coalition first denied BN its customary two-thirds parliamentary majority in the 12th general election, and saw the BN losing Kedah, Penang, Perak and Selangor in addition to Kelantan which had been under PAS.

In the same polls, PAS won 23 parliamentary and 82 state seats nationwide.

Mat Sabu said history had proved that PAS usually suffered defeat whenever it was not part of any political coalition, as seen through the past general elections.

One of the examples, he said, was in 2004 when DAP decided to leave Barisan Alternatif (BA) and, as a result, PAS lost Terengganu to Umno and also recorded a significant drop in Malay votes.

"During the 2004 general elections, we lost Terengganu and obtained only a single seat in Kedah and five in Kelantan," he said.

Mat Sabu said the party should go back to what he described as “the golden age of Pakatan” in 1999 when PAS, DAP and PKR formed BA and won 27 parliamentary seats, seizing control of Kelantan and Terengganu.

“PR and tahalluf siasi continued during the last general elections by winning 52% popular votes," he said.

"Although we did not get back Terengganu, PAS only lost two seats there. We did not do any better in Kedah but we did well in Selangor." – tmi



cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Secara teknikalnya kalau dewan ulama itu badan tertinggi sepatutnya dia tempat rujukan terakhir. Bukan kerja dia buat kerja pelaksanaan atau ambil kerja orang bawah
Kalau siapa pun ambil tindakan mrsti melalui proses yang tertib
Saya nampak macam tidak ikut adab dan tertib. Tak taula kot ilmu kita ni tak brapa cukup.

Anonymous said...

Khairudi ckp lain...tmi buat andaian lain...jahat mengalah utusan.