01 September 2014

Exco Pulau Pinang ditahan polis...


Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh ditahan polis jam 6.30 petang ini susulan penangkapan seramai 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di George Town pagi tadi.

Phee sebelum ini mengaku bertanggungjawab sepenuhnya ke atas PPS, badan yang ditubuhkan di bawah kerajaan negeri tetapi tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Anggota PPS ditahan sepasukan polis jam 10.15 pagi sebaik sahaja mereka menyertai perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama.

Terdahulu, pada jam 4.30 petang Phee hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk memberi kenyataan diiringi Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran akan menangkap anggota PPS sekiranya meneruskan aktiviti mereka, dan menuduh badan itu terpesong dari matlamat penubuhannya empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat.

Mengulas perkara itu, Phee (gambar,atas) melahirkan kekecewaan terhadap tindakan polis sambil mengaku terdapat dua tuduhan salahlaku melibatkan sebilangan kecil anggota PPS.

Dalam kes pertama, seorang anggota mengaku bersalah dan meminta maaf kerana menyerang seorang wartawan, sementara kes kedua masih dalam siasatan.

"Hanya kerana dua insiden ini, mereka hendak membubarkan PPS," katanya, sambil menambah pasukan itu banyak membantu masyarakat dalam kesusahan dan kecemasan seperti ketika banjir, kebakaran dan kemalangan jalan raya.

Sementara itu, Ketua Polis George Town, ACP Mior Faridalatrash Wahid memberitahu pemberita tahanan berumur lebih 60 tahun dan golongan wanita akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Ditanya sama ada Phee salah seorang dari mereka, Mior menyifatkan dia "special case" (kes khusus) dan masih dalam tahanan.

Katanya, daripada 7 wanita, seorang mengalami gastrik dan diberi rawatan.

Jumlah anggota PPS ditangkap sejak pagi, termasuk Phee, ialah 156 orang, katanya.

Mior mengesahkan mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana menjalankan aktiviti tanpa berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Rayer yang memberi khidmat guaman kepada anggota PPS itu berkata Lim turut memberi kenyataan kepada polis tetapi tidak ditahan.

Difahamkan Lim masih di dalam balai pada ketika berita ini ditulis.

Sementara ityu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba pada jam 9.40 malam memberi sokongan kepada mereka yang berkumpul di luar balai.- tmi

Exco who heads PPS arrested...

The police arrested Penang Voluntary Patrol Unit (PPS) chairperson Phee Boon Poh this evening.

The 62-year-old state exco member was detained when he went to the Northeast district police headquarters to give his statement at around 4.30pm.

Phee, who is also Sungai Puyu assemblyperson, was accompanied by Chief Minister Lim Guan Eng and Seri Delima assemblyperson RSN Rayer.

The exco member (right) also posted about his arrest on Facebook.  

His arrest followed the detention of 154 PPS members after they marched at the Merdeka Parade this morning.

Police arrested the group - which provides voluntary and community service to the public - after deeming it illegal as it is not registered with the Registrar of Societies (ROS).

Following this, inspector-general of police Khalid Abu Bakar warned those behind PPS to turn themselves in or the police will raid their homes

Meanwhile, Northeast district police chief Asst Comm Mior Faridalatrash Wahid said a total of 156 PPS members have been arrested under Section 43 of the Societies Act.

He also denied that the chief minister has been arrested.

Bernama adds that a statement was taken from Lim, as well as from Rayer.

Women, elderly men, to be released

At 8.30pm, police announced that seven female PPS members and males aged about 60 would be released tonight on police bail.

Many family members were waiting outside the police HQ for their relatives' release.

However, Phee will spend the night in the detention.

When asked, the OCPD Mior said "he is a special case".

Meanwhile, a female PPS member was sent to hospital by ambulance around 7.45pm.

According to state exco Lim Hock Seng, she was from Seri Delima patrol unit.

There was also a husband and team‎ also arrested, who hail from Lebuh Presgrave.- mk


PPS activities suspended

Pasukan PPS ditahan polis...





Patut lah rugi. keuntungan MAS semua kongsi dengan kroni.Patutlah Chef Wan kata nasik lemak BOGEL, telor dengan sambal sahaja MAS bayar RM 45.


cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Selagi depa ada kuasa depa akan tranfer wang kerajaan ke poket kroni. Inilah kerja sebahagian orang yang ada kuasa sehingga Malaysia habis kempis dan tinggal hampas. Jenama mereka ialah Melayu, Islam kunun. Kalau kita tak sedar sekarang kita akan sedar kemudian dan pada ketika itu dah nak benkrap. Jangan salah siapa nanti pukul dada dan kepala sendiri sampai berdarah. Yang tu hampa boleh buat kot.