25 September 2014

BN pertahan Pengkalan Kubur...

BN menang di Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar... 

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar selepas Mat Razi Mat Ail mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti 2,635 undi.

Mat Razi memperoleh 9,961 undi di hadapan Wan Rosdi yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya memperoleh 38 undi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor diadakan susulan penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu.

Beliau yang juga bekas timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berjaya memenangi kerusi DUN Pengkalan Kubor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan majoriti 1,736 undi dalam saingan tiga penjuru mengalahkan calon daripada PKR dan Bebas.

PRK Pengkalan Kubor merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas PRU13 lalu, selepas PRK Kuala Besut, Sungai Limau, Kajang, Balingian dan dua lagi di peringkat Parlimen iaitu Bukit Gelugor dan Teluk Intan.

Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pengumuman rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata keputusan PRK kali ini sesuatu yang luar biasa dan mengatasi majoriti Noor Zahidi sebelum ini.

Katanya, kemenangan dalam PRK kali ini membuktikan pengundi di Pengkalan Kubor menyambut baik segala penjelasan dan penerangan yang dibuat BN sebelum ini.

"Kemenangan ini pastinya menunjukkan pengundi di Pengkalan Kubor mempunyai keyakinan tinggi kepada kepimpinan perdana menteri yang menerajui negara dan parti selain menerima baik kempen yang kita jalankan menjelaskan isu penting.

"Saya kira BN sudah menyampaikan penjelasan sebaik mungkin yang meyakinkan pengundi bahawa kita menyatakan yang benar, maka sokongan yang kita terima adalah begitu besar sekali," katanya pada sidang media di SMK Dato Biji Wangsa, Tumpat malam ini.

Beliau berkata dengan sokongan penduduk Pengkalan Kubor, maka bukan sesuatu yang mustahil BN dapat merampas Kelantan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Katanya, PRK kali ini menjadi penanda aras kesedaran rakyat Kelantan mengundi BN yang ternyata lebih berfaedah daripada mengundi PAS.

"Keputusan ini memberi dorongan besar kepada kami bahawa semuanya belum hilang kerana dengan usaha kesungguhan kita, rakyat Kelantan yang bijaksana memberi penilaian baru dan ini memberi harapan baru kepada kita.

"Ini bukan jalan mudah dan bukan tidak ada harapan. Kita akan usahakan dengan kerja keras yakinkan rakyat Kelantan sokong BN lebih berfaedah untuk mereka daripada sokong PAS," katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan Mat Razi agar terus mendekati pengundi walaupun yang berlatarbelakang PAS kerana kelompok itu mampu memberi sokongan kepadanya.

Katanya, selaku wakil rakyat, menjadi tanggungjawabnya untuk memahami hasrat pemgundi dan menyampaikannya kepada pimpinan kerajaan.

"Ini tanggungjawab yang diberikan pengundi dan beliau perlu melaksanakannya dengan baik dan berhemah. Apa yang penting untuk meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat dengan cemerlang menemui pengundi, mengetahui masalah mereka dan menyampaikan kepada pihak atas untuk melaksanakan apa yang diperlukan.


"Saya percaya beliau akan turun ke peringkat akar umbi tanpa mengira latarbelakang pengundi kerana walaupun ada PAS, ada sebahagian yang menyokong beliau," katanya. – tmi


Umno retains P Kubor with higher majority...

 BN has won the by-election in Pengkalan Kubor, one of the few Umno forts in PAS-dominated Kelantan, with a higher majority.

According to Bernama, Umno took the seat with a majority of 2,635 votes - an additional of 899 votes to the majority it garnered at last year's general election.

This despite lower turnout of 73 percent of the 23,929 voters, compared to 80 percent in 2013.

Mat Razi Mat Ali (BN) bagged 9,961 votes, Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) 7,326 votes, and Izat Bukhary (Independent), 38 votes. There were 230 spoilt votes.

Polling at 11 polling centres, which went without incident, closed at 5pm today.

In the last general election, the seat was won by the late Umno representative Noor Zahidi Omar with a 1,736 majority against PKR's Sharun Ibrahim and independent candidate Izat Bukhary Ismail Bukhary.
 
Unofficial results are expected at around 8pm while official results are expected at 9pm.

PAS had done a quiet campaign throughout as it held up a divided party without much help from its Pakatan Rakyat allies, DAP and PKR, amidst the Selangor menteri besar saga.

Since the 13th general election, BN won four by-elections - Kuala Besut, Balingian, Pengkalan Kubor and Teluk Intan, which it wrested from the DAP.

Pakatan Rakyat won Kajang, Sungai Limau and Bukit Gelugor. BN did not contest Bukit Gelugor.- mk


PRK Pengkalan Kubor - Pengundi Hantu Sudah Mali...

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Malaysia menerima aduan daripada petugas pilihanraya PAS di UPU Bendang Pak Yong, Pengkalan Kubor tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan passport Malaysia.

Menurut Pengarahnya, Noorazmir Zakaria, peguam-peguam Juham yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan dan menyoal-siasat pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta passport beliau. 

"Pengundi tersebut asalnya diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pak Yong. Namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut," jelasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, keraguan semakin memuncak apabila ketika disoal peguam Juham, pengundi tersebut langsung tidak tahu berapa nombor Kad Pengenalan (IC dia, berapa umurnya dan di mana alamatnya di Pengkalan Kubor.

"Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama Dun tempat beliau mengundi undi ini dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi," ujarnya lagi

Namun, kata beliau pengundi tersebut mengaku bahawa dia memangkah calon Barisan Nasional.

"Berdasarkan rekod di dalam passport beliau, beliau kerap berulang-alik ke Thailand. 

"Apabila ditanya, beliau mengesahkan keluarga beliau menetap di Thailand dan kali pertama beliau mengundi adalah ketika Pilihan raya Umum ke-13 baru-baru ini," katanya lagi.

Justeru, katanya Juham menyeru kepada semua petugas-petugas pilihan raya untuk lebih berwaspada dan cakna dengan individu-individu yang mencurigakan. 

Beliau berkata, sekiranya wujud individu yang mencurigakan, petugas-petugas diminta untuk segera melaporkan kepada peguam Juham yang bertugas. - harakahdaily

KENYATAAN MEDIA
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA
PEMUDA PAS MALAYSIA

1) JUHAM menerima aduan daripada petugas pilihanraya Pas di UPU Bendang Pa'yong, Pengkalan Kubor tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan passport Malaysia.

2) Peguam-peguam JUHAM yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan dan menyoal-siasat pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta passport beliau. Pengundi tersebut asalnya diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa'yong. Namun setelah menyedari kehadiran peguam JUHAM, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut.

3) Keraguan semakin memuncak apabila ketika disoal peguam JUHAM, pengundi tersebut langsung tidak tahu berapa nombor Kad pengenalan beliau, berapa umur beliau dan di mana alamat beliau di Pengkalan Kubor.

4) Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama Dun tempat beliau mengundi undi ini dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi.

5) Namun, pengundi tersebut mengaku bahawa beliau memangkah calon Barisal Nasional.

6) Berdasarkan rekod di dalam passport beliau, beliau kerap berulang-alik ke Thailand. Apabila ditanya, beliau mengesahkan keluarga beliau menetap di Thailand dan kali pertama beliau mengundi adalah ketika pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini.

7) Justeru JUHAM menyeru kepada semua petugas-petugas pilihanraya untuk lebih berwaspada dan cakna dengan individu-individu yang mencurigakan. Sekiranya wujud individu yang mencurigakan, petugas-petugas diminta untuk segera melaporkan kepada peguam JUHAM yang bertugas.

Noorazmir Zakaria
Pengarah JUHAM

p/s: Taraf kelahiran (luar negara) &; TIADA alamat penuh

PAS Youth nabs suspected 'phantom voter'...

Youth claims to have nabbed a suspected "phantom voter" at the Pengkalan Kubor by-election.
 
In a statement today, its legal and human rights bureau (Juham) director Noorazmir Zakaria said the voter possessed a Malaysian identity card and passport, but it is suspected that he is not a Malaysian citizen.
 
"Suspicions were raised when he was questioned by Juham lawyers. The voter does not know his own IC number, his age, or his address in Pengkalan Kubor.
 
"Stranger still, he does not even know the state constituency that he is voting in or the name of the polling centre he was voting in, although he admitted to voting for the BN candidate," he said.
 
The allegedly dubious voter was caught at the Bendang Pa'yong polling centre by PAS election workers, he said, before the Juham lawyers inspected his IC and questioned him.

Earlier, he was supposedly seen to have been accompanied by a village chief, but he allegedly fled when he realised that Juham’s lawyers were present.

The Pengkalan Kubor constituents go to the polls today.

“Juham urges all election workers to be more vigilant and concerned about suspicious individuals,” said Noorazmir, who urged them to report such persons to the bureau’s lawyers.

He added that based on the voter’s passport, the voter travels frequently between Thailand and Malaysia, and admitted that his family is residing in Thailand.

The voter also supposedly said that the first time he voted was during the 13th general election last year. - mk

Pengkalan Kubor: Tension in one voting area...

The situation in Geting, one of the voting areas in Pengkalan Kubor, is tense, with supporters of Umno and PAS exchanging coarse words.

The police and members of PAS’ Unit Amal are trying to ease the tension, but they appear to be encountering some difficulty with young motorcyclists convoying in a dangerous manner.

The bikers, judging from the clothes they have on and the comments they make, appear to be BN supporters.

Some PAS supporters are trying to diffuse the situation by calling on everyone to pray for victory instead of exchanging abuses.

Nevertheless, there has been no incidence of physical confrontation so far.

Meanwhile, the competing candidates are each conducting a tour covering the 11 polling stations.

The odds in the election are still 50-50, according to pundits.- fmt



Kpg.Ketil, Undi BN dapat microwave...


Calon PAS - Wan Rosdi Wan Ibrahim


cheers.

No comments: