22 September 2014

Azmin Ali MB Selangor...


Sultan Selangor telah berkenan melantik Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru berkuatkuasa esok.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungi Malaysiakini,  mengesahkan surat pelantikan itu telah dihantar Azmin hari ini.

Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar hari ini.

Petang tadi, Khalid diraikan dalam majlis yang dimeriahkan lebih 200 kakitangan. 

PKR mengadakan mesyuarat petang ini di ibupejabatnya berhubung perkara itu.- mk

Sementara itu, surat daripada istana itu dihantar ke kediaman Azmin di Ampang hari ini dan jawatannya akan berkuatkuasa esok.

"Sehubungan itu, Tuan diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor yang akan diadakan pada 23 September, jam 10.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang," surat itu dipetik.

Pemimpin tertinggi PKR kini sedang bermesyuarat di Ibu Pejabat di Petaling Jaya, dipercayai sama ada mahu 'merestui' pelantikan Azmin sekali gus melupakan hasrat mahu menjadikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

Munir ketika dihubungi mengesahkan surat tersebut dihantar secara terus kepada Azmin, namun menafikan bertanggungjawab menyebarkan kandungan surat tersebut kepada umum.

"Saya hanya bagi surat itu kepada calon itu (Azmin). Orang dia yang sebarkan surat itu, itu bukan hak dan kawalan saya lagi, ikut dialah," katanya.

Azmin mula menjadi Adun Hulu Klang atas tiket PKR sejak 1999 sebelum bertukar ke kerusi Bukit Antarabangsa sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Istana pada mulanya dijangka mengemukakan kenyataan media pada hari ini bagi mengumumkan nama calon yang akan mengangkat sumpah esok, tetapi membatalkannya pada saat akhir selepas dilarang Sultan.

Raptai penuh angkat sumpah dijangka diadakan malam ini di istana.

PKR sebelum ini berkali-kali menyatakan pendirian mereka untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar tidak berubah seperti yang diputuskan dalam mesyuarat.

Parti itu juga memberi alasan Azmin tidak mendapat sokongan majoriti Adun yang akan melayakkannya menjadi menteri besar berbanding Dr Wan Azizah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat pada 17 Ogos lalu mahu mencalonkan nama Azmin dan Dr Wan Azizah, tetapi mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petangnya sebulat suara memutuskan Adun Kajang itu sebagai calon tunggal.

Azmin juga dalam kenyataan terbukanya juga pernah menolak mentah-mentah pencalonan itu atas alasan menghormati Dr Wan Azizah sebagai presiden dan pendirian parti. – tmi

Azmin receives MB appointment letter...

PKR deputy president Azmin Ali has received the appointment letter to be the next menteri besar from the Selangor palace.

The letter was received this evening and the Bukit Antarabangsa assemblyperson is expected to be sworn-in tomorrow morning.

Contacted by Malaysiakini, the Selangor sultan's private secretary Mohamad Munir Bani confirmed this.

Azmin has finished meeting with PKR de facto leader Anwar Ibrahim and party president Dr Wan Azizah Wan Ismail at about 7.30pm at the PKR headquarters today.

Anwar and Wan Azizah have left the headquarters but Azmin is still in the offices and is expected to issue a full statement at 8pm.

Both Anwar and Azmin had remained tight-lipped about the meeting outcome, merely saying that the outcome was “positive enough”.

It remains to be seen if both Anwar and Wan Azizah would endorse Azmin’s appointment and bring the curtain down on the protracted crisis.

However, all three of them smiled for the cameras as they left the meeting venue. - mk

Ujian semula kertas Matematik dan Tamil UPSR pada 9 Okt...


Berikutan 2 lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilaporkan bocor semalam, murid Tahun 6 akan terpaksa menduduki semula kertas peperiksaan mata pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil itu pada 9 Oktober.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan perkara itu pada satu sidang media di Kementerian Pendidikan hari ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata 2 lagi laporan polis dibuat pada Sabtu berhubung kes kebocoran kertas soalan UPSR melibatkan subjek Bahasa Tamil dan Matematik.

Katanya, Lembaga Peperiksaan mengesahkan kertas ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 bocor, sekali gus menyebabkan ia terbatal.

"Tarikh baru bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Oktober 2014 setelah mengambil kira cuti umum Hari Raya Aidiladha dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran)," kata Khair.

Beliau berkata, peperiksaan semula perlu diadakan semula bagi memastikan integriti dan kredibiliti keputusan UPSR itu.

"Peperiksaan ini diadakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut," katanya.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata 2 lagi laporan polis dibuat pada Sabtu berhubung kes kebocoran kertas soalan UPSR melibatkan subjek Bahasa Tamil dan Matematik. – tmi


Resit for UPSR Maths, Tamil language, on Oct. 9,2014...

UPSR candidates are now required to resit their Mathematics papers and Tamil language papers on October 9, after both papers were found to have been leaked, the Education Ministry said today.

Director-general of Education Datuk Dr Khair Mohamad Yusof said pupils in national and vernacular schools would have to resit the Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 papers.

Khair said the Malaysian Examination Syndicate (MES) had confirmed that both papers were leaked on September 21.

“The resit is to ensure that the integrity and credibility of the UPSR exam and results is maintained,” he said.

He said the date was picked after taking into account the logistics and public holidays, such as Hari Raya Aidiladha.

The ministry’s announcement comes after Kuala Lumpur police confirmed on Sunday that MES officers had lodged reports about the leak of the UPSR Tamil and Mathematics papers.

More than 470,000 pupils sat for the Year 6 examinations.

Following an outcry last week over leaks in the English and Science papers, the syndicate announced that pupils will have to resit these papers on September 30.

Police have arrested 14 people in connection with the leaked Science and English test papers in Kuala Lumpur, Perak, Kedah and Negri Sembilan since last week.



All have since been released on police bail.

They have so far have recorded statements from 30 individuals to facilitate investigation into the leaked exam papers.

Police said those who have given statements were eight officers from MES, 19 teachers, an officer from the Education Ministry, an engineer and a journalist.

Police are investigating the case under Section 8 of the Official Secrets Act 1972.

It is learnt that police last week inspected the vaults where the UPSR papers were kept as part of their investigation into the case.

There are only several schools with such vaults nationwide and at least four of them are in Kuala Lumpur.

Following the earlier leaks of the English and Science papers, Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and Education Minister II Datuk Seri Idris Jusoh both issued public apologies for the leaks and postponement of exams.

Bernama reported on September 12 that Muhyiddin announced the suspension of Examinations Syndicate director Dr Na'imah Ishak and deputy director (operations) Dr Wan Ilias Wan Salleh with immediate effect.

However, this has been refuted by the ministry's secretary-general Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Madinah told Bernama yesterday that Na'imah and Wan Ilias were not suspended but had been re-assigned other duties unrelated to the Examinations Syndicate to enable an independent committee to carry out its investigations. – tmi




cheers.

No comments: