06 September 2014

PAS dengan politik putarbelitbya/Hadi kata Azizah tak dak kebolehan...

Dengan tindakan dan ‘putar belit’ politik yang berbagai-bagai menampakkan bahawa PAS kini telah ‘meniru’ apa yang pernah dilakukan oleh Bismarck dan Hitler di Germany. Realpolitik. Mungkin ada perbezaan sedikit sebanyak. Tetapi seolah-olah ada pemimpin PAS yang sudah mengkesampingkan nilai-nilai budaya orang Melayu/Islam demi untuk mencapai cita-cita mereka yang terselindung. Apa tidaknya.

Kesanggupan setengah pemimpin tertinggi PAS untuk tidak menyatakan sesuatu yang benar kepada sahabat dalam Pakatan merupakan tindakan yang agak luar biasa. Ramai ahli PAS sudah mula keliru dengan perjuangan PAS yang dikatakan berlandaskan perjuangan Islam sedangkan apa yang diperhatikan dalam kemelut politik di Selangor adalah sebaliknya. Orang tua-tua pernah menyatakan sebagai ‘politik cakap lain, buat lain’ ataupun ‘cakap pagi tak boleh pakai petang’. Maknanya apa yang diperkatakan dan diucapkan tidak boleh dipercayai.

Tentulah agak keterlaluan agaknya aku membuat kesimpulan yang sebegini, terutama kepada pemimpin tertinggi PAS yang terkenal dengan ‘alim’ dan ‘warak’nya dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama. Terus terang aku nyatakan bahawa apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan PAS sehingga kini ( dalam hal kemelut politik di Selangor) amat mengejutkan. Mungkin agaknya ramai lagi yang sependapat dengan aku mengatakan sedemikian. Mungkin…

Tindakan PAS dan ‘putarbelit’ politik yang dilakukan tidak menggambarkan bahawa  ‘a friend in need is a friend indeed’. PAS semacam tidak peka dan simpati dengan keadaan ‘kesusahan’ yang dialami oleh PKR. PAS seolah-olah masih mementingkan diri dan sentiasa menjaga kesejahteraan partinya sahaja. Orang putih kata ‘selfish’. Seolah-olah PAS langsung tidak peka dengan ‘penderitaan’ yang dialami oleh PKR. Berbanding dengan DAP yang sanggup ‘bersusah’ bersama-sama dengan PKR dalam mengharungi kemelut politik di Selangor.

Sejarah telah menunjukkan dan membuktikan bahawa PKR dan DAP telah menunjukkan sikap setiakawan yang sejati apabila berhadapan dengan berbagai kemelut politik yang didepani. DAP dan PKR telah ‘bertungkus lumus’ mempertahankan YB Nizar jamaluddin dari PAS dalam mempertahankan kedudukannya di Perak. Malah PKR dan DAP telah dengan rela hati menyerahkan kerusi MB Perak kepada PAS sedangkan bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Perak adalah berkurangan berbanding dengan kerusi yang dimiliki oleh PKR dan DAP.

Apakah pemimpin tertinggi PAS tidak pernah terlintas untuk memikir dan mengenangkan  episod politik ini. Apakah ‘ pemberian bunga harus dibalas dengan tahi’?

PKR dan DAP tidak pernah pun mempersoalkan tentang siapa yang akan dicalon oleh PAS untuk mengisi jawatan MB di Kelantan dan di Kedah. Malah PKR dan DAP atas semangat setiakawan terus menyokong siapa sahaja yang dikehendaki oleh PAS walaupun ‘terdetik’ di hati masing-masing tentang ketidak- sesuaian calon yang dikemukan oleh PAS. Namun atas semangat hormat menghormati dan semangat setiakawan yang sejati (kononnya!) PKR dan DAP bersetuju dengan calon yang dikemukakan oleh PAS mengetuai kerajaan Kedah yang mana akhirnya kecundang juga.

Melihatkan keadaan sedemikian, mengapakah agaknya pemimpin teritinggi PAS sanggup ‘menyebuk’ untuk menentukan calon Menteri Besar di Selangor yang telah diputuskan seharusnya dari PKR. Tindakan TG Haji Hadi ‘campurtangan’ dalam pelantikan MB di Selangor amat tidak kena, walau ditinjau dari sudut mana sekali pun. Tidak salah menyatakan pandangan mengenai sesuatu isu seperti mana yang disuarakan oleh TG Dato’ Nik Aziz tentang  kedudukan TS Khalid Ibrahim. Kewarasan dan keikhlasan TG Nik Aziz terserlah apabila beliau terus ‘menyepi’ diri setelah dijelaskan rasional dan pertimbangan yang telah dibuat mengapa TS Khalid sepatutnya ditukar dengan calon yang lebih sesuai.

Sebaliknya setengah pemimpin tertinggi PAS telah menunjukkan ‘belang’ mereka yang mereka sebenarnya ‘sedang menangguk di air keruh’ dan ‘ menahan lukah dipergentingan’. Seolah-olah mereka amat ‘licik’ berpolitik menggunakan idea ‘realpolitik’ sepertimana yang dilakukan oleh tokoh-tokoh politik dunia yang berpaut kepada fahaman ini. Seolah-olah pemimpin tertinggi PAS sudah melupakan apa saja nilai-nilai yang diamalkna oleh orang Melayu dalam soal ‘bermasyarakat’ dan ‘bersahabat’. Seolah-olah pemimpin tertinggi PAS akan melakukan apa saja demi mencapai matlamat yang hedak dituju.

Ramai juga yang melihat  pemimpin PAS yang telah menunjukkan ‘belang’ mereka sebenarnya. Sudah ada yang menampakkan begitu ‘garang’ mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang langsung tidak memikirkan hati dan perasaan seorang kawan. Dan yang paling menyedihkan ialah tentang sudah ada cadangan dan hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO demi untuk menerajui pentadbiran negeri Selangor.

Rakyat yang dulunya meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada PAS untuk sama-sama dengan PKR dan DAP demi memperjuangkan sesuatu yang baik kepada Malaysia sudah mula merasa sangsi dengan tindakan yang dilakukan oleh PAS.

Hanya masa dan ketika yang menentukan.- abuhassanadam

Abdul Hadi yang kurang diplomasi


Hadi runs down Azizah, says she can't do MB's job...


PAS president Abdul Hadi Awang belittled PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail's parliamentary performance, tar brushing her as someone incapable of taking on a even bigger task such as Selangor menteri besar.

"If from the start, she does not have the capability to answer or ask questions in Parliament, to ask questions in the state assembly or even to have dialogue with the opposition in the state assembly, how to become a leader?

"It cannot be," he told a briefing to party supporters in Marang, Terengganu yesterday, which was uploaded on YouTube.

Hadi (left)was responding to a question on whether PAS had refused to back Wan Azizah as menteri besar due to her gender but did not mention her by name.

He dismissed the gender argument, stating that there were many conditions to become menteri besar and among them was one's capability.

"These conditions were not fulfilled, if these condition are not fulfilled then they cannot become a leader. It is not because someone is a woman or a man.

"So the fact is, we rejected the candidate in Selangor is because she is not qualified from the beginning, not because she is a woman.

"It cannot be, (she) is not capable of handling the Selangor administration. It requires someone who is strong enough to take care of Selangor," he said.

Missed briefing causes embrassment

Wan Azizah, a trained doctor, served as Permatang Pauh MP from 1999 to 2008.

She won in the Kajang by-election in March to became its state assemblyperson.

In her first session in the state assembly, all questions submitted by Wan Azizah (right) were rejected for not following House procedure.

However, Selangor speaker Hannah Yeoh said Wan Azizah was a newcomer and had missed the briefing on the standing orders which was held before she joined the state assembly.

Nonetheless, it was used by her opponents to attack her capability.

Both PKR and DAP have endorsed Wan Azizah as their sole candidate to replace Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim who has lost majority support in the state assembly.

The PAS central committee, too, has endorsed Wan Azizah but also proposed an alternative candidate, her party deputy Azmin Ali.

However, Hadi's office on Wednesday submitted three names to the Selangor palace for consideration, going against the PAS central committee's omission of Wan Azizah and Azmin's names.- mk

Hadi: Tolak Wan Azizah kerana soal kebolehan




2 comments:

Anonymous said...


Aiaiyooo ,
This imbecile ,the man who lost trenggnau as MB, is talking about ability.
He is an MP but have not him raise any qrs. or answered any in parliment.
I avoided pas before i heard ppl like the progressives talk, then i changed my mind about pas and voted for pas. Shit ! i just got played out by the person who lost trengganu and under his """" leadership""" lost kedah.Did any of the PR partners interfere with Pas held states ? Why this mental guy is giving away selangor to them ?
Can you trust these so called "" ulamaks"" ?
I pity those moderates in pas but will support these moderates where and when i can NOT those serban blinkered guys.

Anonymous said...

WAWI tu sikit punya cekal dengan pelbagai cabaran sejak UMNO/BN perkena teruk-teruk DSAI.


Terus terang andai kata TGHA tu wanita dan menjadi isteri DSAI, sudah pasti dah lama dia minta cerai.