20 October 2012

Rumah berharga 314,598,000 juta rupiah yang Robengah bikin...

Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 = 314,598,000 rupiah di negara asalnya.

Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.

“Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah,” kata Fariz.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.

“Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja,” kata Fariz.

Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung ‘menyelamatkan’ Rais daripada tuduhan itu.

“Adakah wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuan diperkosa oleh Datuk Seri Rais Yatim?”

“Justeru kami desak Rais dengan jujur dan bertanggungjawab jelaskan sumber kemewahan Robengah sehingga mampu hidup sedemikian rupa,” katanya lagi.

Sementara itu, Jingga 13 akan menghantar satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan di Jalan Raja, Kuala Lumpur  jam 2.30 petang ini.- keadilandaily



 The 314,598,000 rupiah house that Robengah build...

Former maid of Malaysian Minister of Information, Communication and culture, Datuk Seri Rais Yatim is alleged to be having a luxury life by building a luxury home at Banjanegara which is estimated to be worth more than RM100,000 = 314,598,000 rupiah in her native country, Indonesia.

According to Fariz of Jingga 13, it is absurd or unbelievable if Robengah never sent any money to her family in Indonesia during the 8 years she worked for Rais Yatim as a maid BUT all of a sudden she could afford to build such a big house, while her neighbours had claimed that Robengah family previously were very poor. 


 It was further revealed that Robengah was earning RM300 per month and it was later raised to RM500 after a few year's of working for Rais Yatim.

Robengah's husband Sukiman is claimed to be paralysed and unable to work while they have two school-going children named Monica and Tina.

Robengah previously claimed that she was raped by her employer in Malaysia, as the NGO Migrant Care report on July 23, 2007. Nevertheless, she later refuted it in a signed letter dated January 7, 2011, saying she did not face any problems while working in Malaysia. 


Meanwhile, Fariz claims, the letter came after four years after the case occurred, indirectly 'saving' Rais of guilt.

"Is there an element of corruption until Robengah was offered "money" to withdraw her claim that she was RAPED by her employer in Malaysia?"

"So we urge Rais Yatim to explain honestly and responsibly on how this "poor" Robengah could afford this luxury home ," he said.

Meanwhile, Jingga 13 had presented a memorandum on this matter to the Ministry of Information, Communication and culture in Jalan Raja, Kuala Lumpur at 2.30 this afternoon to seek explanation on who had financed the construction of this luxury home. -KD




 

cheers.

No comments: