17 May 2014

Dyana Sofya calon DAP kerusi Teluk Intan...



Dyana Sofya sah calon DAP di Teluk Intan...

Walaupun masih baru dalam dunia politik, Dyana Sofya Mohd Daud dipilih sebagai calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan  pada 31 Mei ini, beberapa hari selepas dikutuk dalam kempen memburuk-burukkan beliau di laman sosial.

Berusia 27 tahun, peguam kelahiran Perak itu terpilih menewaskan calon berpotensi lain termasuk penceramah berpengalaman Hew Kuan Yew, yang lebih dikenali sebagi Superman kerana kegemaran beliau memakai baju dengan motif dan imej adiwira ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu majlis di pusat operasi DAP hari ini.

 Setiausaha politik kepada Lim Kit Siang itu dijangka berdepan dengan calon berpengalaman Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, yang juga presiden Gerakan pada PRK nanti.

Mah memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2004 namun kalah kepada calon DAP, M. Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013, masing-masing dengan majoriti 1,470 dan 7313 undi.

Kematian Seah akibat kanser pada 1 Mei mencetuskan PRK ini.


Dengan meletakkan Dyana, DAP berhasrat untuk mengubah partinya berasaskan Cina bagi menarik pengundi Melayu di kawasan pilihan raya itu, yang membentuk hampir 39% daripada 60,349 pengundi.

Kerusi ini mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).

Pencalonan untuk PRK itu akan dibuat pada 19 Mei dan pengundian awal pada 27 Mei.

Beberapa blog menerbitkan gambar seorang wanita berpakaian bikini merah jambu, mendakwa ia adalah Dyana dan mempersoalkan watak sebagai seorang Muslim, sehari selepas namanya muncul sebagai calon berpotensi untuk kerusi tersebut.

Selepas gambar tersebar di media sosial, sesetengah pengguna berkata ia bukan Dyana, tetapi pelakon Filipina, Pauleen Luna.

Beberapa pemimpin DAP dan penganalisis politik menyelar serangan itu dan mengandaikan pihak yang bertanggungjawab di sebalik itu ialah cybertrooper BN.

Mereka berkata individu yang cuba mencemarkan nama Dyana tidak dapat memahami hakikat bahawa Melayu yang mahu mengaitkan diri dengan parti pembangkang Cina seperti DAP.


Bagaimanapun, Dyana menolak serangan itu dengan menyifatkannya sebagai serangan peribadi.

“Kepada pengkritik, saya ingin mengulangi lagu Katy Perry. Anda akan mendengar saya...mengaum!” katanya, meminjam sebahagian lirik lagu terbaru penyanyi pop terkenal itu bertajuk “Roar”.

DAP pertama kali memenangi kerusi itu, yang ketika itu dikenali sebagai Teluk Anson, dalam PRU 1969 apabila Chan Fu King mengalahkan Menteri Kesihatan dari MCA, Dr Ng Kam Poh.

Bagaimanapun, sejak persempadanan semula kawasan pilihan raya parlimen pada 1974, 1984 dan 1993, kawasan Parlimen Teluk Anson berubah komposisi dan pengundinya yang menyebabkan calon-calon Gerakan hanya memenangi kerusi itu mulai PRU 1974.

Calon DAP, M. Kula Segaran memecahkan tradisi itu apabila menang kerusi itu pada 1995. – tmi


Dyana for Teluk Intan 'to break racial barriers'...

Twenty-seven-year-old lawyer and UiTM graduate Dyana Sofya Mohd Daud was today unveiled as DAP's candidate for the Teluk Intan parliamentary by-election.

DAP secretary-general Lim Guan Eng announced the decision at the DAP by-election operations centre in Bandar Baru Teluk Intan today, saying the decision was made as proof of DAP's ethnic diversity as a party.

In her speech, Dyana, who has served as DAP supremo Lim Kit Siang's political secretary for the past year, spoke about breaking racial and religious barriers, and finding the perfect formula for a Malaysian "teh tarik, which is loved by all."

She explained all Malaysians love teh tarik regardless of race or religion and similarly, Malaysians need to find a common identity that would appeal as much across the board as the tea drink does.

At a press conference later, Dyana said she is unfazed by the rounds of attempts to tarnish her reputation that has already begun among some bloggers.

"They thought since I am a woman, I will quit politics (after the attacks).

"But sorry, I am here to stay," said Dyana, who had fake pictures of her in a bikini published in some blogs even before today's announcement.

During the press conference, there was a mad scramble by press photographers to take shoots of the spunky contestant.

Dyana joined DAP in mid-2011 and hails from a family of Umno supporters.

Petaling Jaya Utara MP Tony Pua will serve as the DAP's election director for the by-election.
 - mk

Born to an UMNO family, but now a DAP rising star


air-syabas_MB1
3 syarikat konsesi air setuju Selangor ambil alih...

Usaha pengambilalihan industri air Selangor melihatkan perkembangan positif apabila dua lagi syarikat konsesi air bersetuju dengan tawaran pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti air oleh Kerajaan Selangor.

Dua syarikat itu, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang dimiliki oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) dan persetujuan ini tertakluk kepada persetujuan rasmi pemegang saham kedua-dua syarikat itu setelah EGM diadakan kelak.

Keputusan ini dibuat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili , setelah mendapat maklum balas daripada Kerajaan Selangor dalam satu mesyuarat di antara beliau dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, keputusan yang dicapai oleh kedua-dua pihak ini adalah langkah pertama ke arah peningkatan pemantapan industri perkhidmatan air di Selangor dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ini bermakna tiga daripada empat buah syarikat konsesi air di Negeri Selangor setakat hari ini telah menerima tawaran pengambilalihan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini pemegang saham ABASS bersetuju kepada tawaran untuk pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti air yang telah dipersetujui oleh pemegang saham ABASS pada harga RM990 juta.

“Perlu ditegaskan bahawa jumlah penjualan ekuiti, aset dan liabiliti air bagi PNSB, SYABAS dan ABASS yang berjumlah RM6.57 bilion adalah selari dengan jumlah yang telah dipersetujui di dalam Memorandum Persefahaman bertarikh 26 Februari 2014 di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan untuk mengambil alih empat buah syarikat konsesi air di Selangor yang dipersetujui di dalam Memorandum Persefahaman tersebut yang seterusnya ditawarkan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kepada pemegang saham konsesi air di Selangor pada hari yang sama ialah sebanyak RM9.65 bilion,

Dengan perkembangan ini, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menangguh penguatkuasaan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) ketika ini oleh kerana tiada keperluan untuk menggunakannya dan keputusan ini juga telah disokong oleh Kerajaan Selangor.

Mengikut persetujuan itu, PNHB menerima tawaran Kerajaan Selangor untuk mengambil alih segala ekuiti, aset dan liabiliti PNSB dan SYABAS masing-masing berjumlah RM2.47bilion dan RM3.11 bilion.

Dalam pada itu, persetujuan telah dicapai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor supaya bayaran bekalan air pukal Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) disemak semula bagi mendapatkan harga yang munasabah oleh kerana pemegang saham masih tidak bersetuju dengan tawaran Kerajaan Selangor.

Sungguhpun demikian, Kerajaan Selangor masih bersedia untuk meneruskan pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti SPLASH sekiranya pemegang saham memberi persetujuan kepada harga yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri pada 26 Februari 2014.

“Dengan penerimaan tawaran oleh PNSB, SYABAS dan ABASS, Kerajaan Selangor bersetuju untuk meneruskan penstrukturan perkhidmatan air Selangor dengan perbincangan ke arah menandatangani perjanjian jual beli saham di antara KDEB dan pemegang saham kepada ketiga-tiga syarikat konsesi yang disebut di atas.

“Kerajaan Selangor juga akan meneruskan perbincangan untuk menandatangani perjanjian penjualan dan pajak semula aset air dengan Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“Penjualan aset air Kerajaan Negeri Selangor kepada PAAB berjumlah RM2 bilion ini akan membantu Kerajaan Negeri menampung keperluan membayar sebahagian daripada RM9.65 bilion bagi tujuan pengambilalihan 4 buah syarikat konsesi air seperti ditawarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan dan perjalanan jawatankuasa yang akan memantau dan memastikan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (Skim LRAL2) dapat dilaksanakan mengikut jadual sesuai dengan keperluan operasi dan perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dengan perkembangan ini juga, semua keperluan dan kelulusan berkaitan tanah dan permit untuk menyiapkan Skim LRAL2 akan segera dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor, sepertimana terkandung di dalam MoU yang telah ditandatangani serta Heads of Agreement yang akan disempurnakan bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor.- selangorku

Puncak Niaga, Syabas accept S'gor takeover offer...

The Selangor government has decided not to use the Water Services Industry Act (WSIA) after two water concessionaires, Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak Niaga) and Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), accepted the state's takeover terms.

Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim (right), in a joint statement today with Energy, Green Technology and Water Minister Maximus Ongkili, said they made the joint decision after receiving the confirmation from Puncak Niaga and Syabas.

"Puncak Niaga and Syabas have agreed to the takeover by the Selangor government, pending approval from their shareholders at their respective extraordinary general meetings (EGM)," the statement said.

According to the agreement, Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) accepted the Selangor government offer for the takeover of the equity, liability and assets of Puncak Niaga and Syabas at a value of RM2.47 billion and RM3.11 billion each, the statement from the Menteri Besar's Office said.

With this, three out of four water concessionaires have accepted the state government's offer after Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) shareholders earlier agreed to the takeover worth RM990 million.

Only Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) is yet to agree to the offer.

The Selangor government emphasised that the takeover over of the equities, assets and liabilities of Puncak Niaga, Syabas and Abass, costing RM6.57 billion, was in line with the amount agreed to in the memorandum of understanding signed between the state and federal governments on Feb 26, 2014.

State-owned Kumpulan Darul Ehsan Bhd made a total offer of RM9.65 billion to takeover the four concessionaires.

Selangor willing to takeover Splash

As Splash is yet to agree with the Selangor government's offer, the statement said, an agreement has been reached between the federal and the state for the payment of raw water from that water concessionaire to be reviewed to get a proper price.

"Selangor is prepared to takeover the Splash equity, assets and liabiliies if Splash shareholders agree to the price offered by the state on Feb 26," the statement said.

With the takeover of the three water concessionaires - Puncak Niaga, Syabas and Abass - the state will continue with its water restructuring exercise by holding discussions on signing an agreement for the purchase and selling of KDEB shares, with the shareholders of the three companies.

Selangor will continue to hold discussions with the federal government and Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), with the view of signing an agreement to sell and lease water assets.

The sale of water assets by the state to PAAB will total RM2 billion and this will help the state government pay a portion of the total RM9.65 billion for the takeover of the four companies.

Following this, the federal and state governments have also agreed to speed up the formation of a committee to supervise the construction of the Langat 2 water treatment plant.

The two governments believe the agreement on the water restructuring exercise achieved today is the first step towards increasing the water service industry in Selangor, Putrajaya and Kuala Lumpur.- mk




Baca sini dan sini

lawak politik rasuah umno


Pasai apa Rosmah tak hadir kenduri anak Mat Said...


LIVE or LIVE



cheers.

No comments: