10 August 2008

Dr M: Anwar akan menang di Permatang Pauh & I will migrate if he becomes PM.........

Dr Mahathir Mohamad berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon “istimewa” yang mampu menentang Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Menurut Dr.Mahathir, Anwar akan memenangi pilihanraya tersebut kerana ia merupakan kubu kuat beliau di samping BN juga sudah hilang kredibiliti setelah gagal menawan kawasan berkenaan pada beberapa pilihanraya umum lalu.

“Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang. (Tapi) apa yang menarik ialah margin. Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lalu,” katanya ketika ditanya mengenai pandangan beliau berhubung calon yang mampu menentang Anwar dalam pilihanraya tersebut.

Dr Mahathir menyampaikan syarahan di forum bertajuk “Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu” anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.

Mengulas lanjut, Dr.Mahathir berkata jika Anwar memperolehi majoriti yang lebih besar, ia tidak bermakna bahawa bekas DPM itu semakin popular dan mendapat sokongan rakyat.

Sebaliknya, Bernama memetik Dr.Mahathir itu sebagai berkata ini menunjukkan bahawa BN khususnya Umno sudah semakin tidak diterima rakyat.

“Jika majoriti undi yang diperolehi Anwar kurang…Umno boleh terus ke depan (untuk kembali mendapat sokongan rakyat),” katanya.

Meanwhile,Mahathir says he did not want anyone like Anwar Ibrahim "who stabbed him in the back" to be Prime Minister. Dr. Mahathir Mohamad said yesterday he would rather migrate if Anwar succeeds in toppling the BN gomen.

"If he comes Prime Minister, I will get out of the country. Give everything to him," Utusan Malaysia quoted the former prime minister's reply to a question at the Current Challenges for Malays forum here.

However, the acerbic Dr Mahathir was confident that Anwar will not become PM by September 16 although he was sure his former protégé would be victorious in the Permatang Pauh parliamentary by-election this Aug 26.

He said Anwar was greedy enough for support that he would forsake the special privileges for his own race to cooperate with the Hindu Rights Action Force (Hindraf) which is filled with racism.

Another large crowd at Anwar's ceramah last night,read here, and here.

source: malaysia kini & malaysia insider

-------------------------

Why wait for Anwar to become PM,Mahathir can just migrate now and take the much needed rest on his ranch in Argentina, after all Pat Lah's UMNO also wants him out.....

Happy 61st birthday to you Anwar.........

cheers.

3 comments:

me said...

Ya la i will migrate...
Itu maknanya dia takut tu.. che'det
Hang la 1'st dia carik nanti...
Hehe...

Anonymous said...

Sokong lagi Anwar tu, sokong!!Esok semua pun tak payah migrate, sebab nanti Malaysia jadi sebahagian dari US. Semua kena jual dekat sahabat Anwar tu!!Haha

Anonymous said...

Nampaknya Chedet takut pula dengan Anwar..Hey takut dikenakan balik ke pulak Chedet...maklumlah mesti Anwar ni ada juga fail rahsianya mengenai Chedet..