25 August 2008

Bila Imam meminta dia tidak dikaitkan............

Ketika 15 orang pemimpin PKR mengistiharkan keluar parti di hadapan Ezam Md.Noor di Sungai Petani semata-mata kerana Anwar enggan bersumpah berkaitan dengan kes liwatnya, imam yang menyaksikan acara bersumpah laknat Saiful di Mesjid Wilayah Persekutuan hari ini mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ramlang Porigi menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan. Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini.

Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya. Tuan Ibrahim, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya.

"Beliau telah mengakui bahawa cara bersumpah itu tidak betul dan dia telah terpaksa untuk menerima dan berada di dalam majlis sumpah tersebut. Menurutnya sumpah mubahalah itu tidak sah kerana ia tidak dihadiri oleh pihak satu lagi. Menurutnya mubahalah seharusnya dihadiri kedua belah pihak."

Ribuan penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir ketika itu.

Meanwhile,the state government has declared a public holiday on Tuesday “to ensure a full turnout of voters for the critical Permatang Pauh by-election”, CM Lim Guan Eng said.

He said in a statement that Penang had been mulling over the matter since the Elections Commission fixed the day, a working day, as the polling day “in defiance of public opinion that the move will reduce voter turnout.”

“Clearly reducing the voter turnout will affect the election results as it may be seen as favouring one party over the other,” he said.

source: malaysiakini & star



A VOTE FOR ANWAR IS A VOTE FOR HOPE



cheers.

No comments: