08 July 2014

Bekas VC UM sahkan Putrajaya selalu bikin kacau...

Putrajaya sering mengganggunya kerana penemuan hasil kajian UMcedel, kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Tan Sri Dr Ghauth Jasmon. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Julai, 2014.
Putrajaya sering mengganggunya kerana penemuan hasil kajian UMcedel, kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Tan Sri Dr Ghauth Jasmon







Putrajaya sering mengganggunya kerana penemuan hasil kajian UMcedel, kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Tan Sri Dr Ghauth Jasmon. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-ditekan-ahli-politik-kerana-kajian-umcedel-kata-bekas-naib-canselor#sthash.8UOgmJkg.dpuf
Putrajaya sering mengganggunya kerana penemuan hasil kajian UMcedel, kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Tan Sri Dr Ghauth Jasmon. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Julai, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-ditekan-ahli-politik-kerana-kajian-umcedel-kata-bekas-naib-canselor#sthash.8UOgmJkg.dpu
Saya ditekan ahli politik kerana kajian UMcedel, kata bekas naib canselor...

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) mendedahkan beliau sering diganggu Putrajaya kerana penemuan pusat kajian universiti tersebut, menguatkan dakwaan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak puas hati dengan hasil kerja mereka.

Profesor Tan Sri Dr Ghauth Jasmon yang sebelum ini memegang jawatan naib canselor universiti awam tersebut dari 2008 hingga 2013 berkata, ahli politik kanan pernah memarahinya kerana tidak mengawal Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, bekas pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

"Sebenarnya, political masters sangat marah dengan saya kerana Profesor Redzuan," kata Ghauth kepada The Malaysian Insider melalui khidmat mesej WhatsApp.

“Saya dimarahi oleh orang politik kerana Redzuan dan UMcedel dan diberikan amaran tentang jawatan (sebagai naib canselor) saya," katanya.

Beliau berkata, sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu beliau menerima amaran daripada seorang pemimpin kanan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang meradang dengannya.

"Saya dimarah teruk dan diberikan amaran sehari selepas hari pilihan raya umum lalu, kira-kira jam 11 pagi.

"Orang itu berkata, sebagai NC (naib canselor) saya perlu mengawal Redzuan dan tidak membenarkannya bercakap sebebas-bebasnya," kata Ghauth tanpa mahu menamakan ‘orang itu’, tetapi mengesahkan beliau adalah orang politik.

Kajian dibuat UMcedel di bawah pimpinan Redzuan sebagai pengasas dan pengarah mengenai politik dan pilihan raya di negara ini tidak disenangi oleh pihak berkuasa Malaysia kerana kebanyakan laporan kajian tidak memihak kepada mereka.

Antaranya, kajian UMcedel menunjukkan populariti Datuk Seri Anwar Ibarahim sebagai ketua pembangkang melebihi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri menjelang PRU13.

Najib menolak hasil kajian tersebut dan mempersoalkan metodologi yang digunakan.

Tetapi BN tetap menang PRU13 dengan majoriti lebih rendah iaitu 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat 89 daripada 222 kerusi.

Bagaimanapun, PR mendapat undi popular yang lebih besar berbanding BN dalam PRU13. 




Ghauth berkata, walaupun beliau ditekan Putrajaya, beliau tetap mempertahankan Redzuan(pix atas).

"UM adalah institusi akademik, bukan institusi politik. Tugas saya sebagai NC adalah mempertahankan kemurnian institusi akademik ini.

"Tanpa mengambil kira jika orang suka atau tidak, kebebasan akademik institusi ini berada di atas segala-galanya,” katanya. 

Ghauth merupakan Naib Canselor ke-10 UM selama 5 tahun sebelum kontraknya berakhir. 

Sebelum itu beliau merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif Universiti Multimedia selama 11 tahun.

UMcedel ditubuhkan semasa zaman beliau sebagai naib canselor. Bermula dengan kelulusan Senat, UMcedel kemudiannya diluluskan penubuhannya secara penuh oleh Lembaga Pengarah UM yang dipengerusikan oleh Tan Sri Arshad Ayub.

UM menamatkan khidmat pengarah UMcedel, Redzuan pada 31 Mac lalu sebelum kontraknya tamat pada 31 Disember 2014.

Redzuan juga tidak disambung perkhidmatannya sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya pada 1 Julai lalu, walaupun dikatakan mendapat undi tertinggi di kalangan calon kakitangan akademik untuk meneruskan jawatan itu.

"Saya amat sedih dengan apa yang berlaku sekarang.

"Tetapi saya masih menaruh harapan," kata Ghauth.

Ghauth berkata, pada awalnya Pengerusi Lembaga Pengarah UM Tan Sri Arshad juga tidak senang dengan kajian Redzuan di UMcedel.

"Ya benar, pada satu waktu itu, dia marah dengan saya kerana UMcedel. Tetapi selepas satu pembentangan yang dibuat Redzuan dalam mesyuarat ALP, pengerusi ALP berubah fikiran dan mengesahkan pembentukan UMcedel, dan saya boleh lihat Arshad sangat baik dengan Redzuan selepas itu.

"Semua ALP gembira selepas pembentangan Redzuan dan mengesahkan UMcedel dalam mesyuarat itu," kata Ghauth yang turut memaklumkan sebelum itu, UMcedel diluluskan oleh Senat UM yang dipengerusikan beliau sebagai naib canselor. 



Ghauth berkata, beliau dan rakan-rakan meletakkan sasaran untuk membawa UM ke dalam senarai 100 universiti terbaik menjelang 2015.

"Saya letakkan sasaran untuk membawa UM ke dalam Top 100 menjelang 2015.

"Saya secara peribadi yakin perkara ini akan membawa Malaysia di kedudukan bertaraf dunia," katanya.

Ketika ditanya apakah beliau masih yakin sasaran itu akan tercapai menjelang 2015 atau hancur dengan apa yang berlaku sekarang, Ghauth menjawab:"Saya tidak pasti, tetapi saya rasa ia akan menjadi sukar," katanya.

UM menyasarkan untuk memasuki kedudukan Top 100 dalam ranking QS World University Ranking 2015.

Walaupun menjadi universiti terbaik negara, UM berada di tangga 167 untuk penilaian 2013/2014, jatuh dari tangga 156 yang dicapai pada 2012. – tmi 

Saya dipecat sebelum tamat kontrak bukan letak jawatan, kata Prof Redzuan 

I was pressured over UM research centre’s work, says former VC... 

A former Universiti Malaya (UM) vice-chancellor has revealed that he was constantly harassed by Putrajaya over the unflattering findings by the university’s research centre, lending weight to claims that the ruling Barisan Nasional coalition was unhappy with its work.

Tan Sri Professor Dr Ghauth Jasmon‎, who served as vice-chancellor at the public university from 2008 to 2013, said a senior politician had scolded him for not controlling former Centre for Democracy and Elections (UMcedel) director Professor Datuk Dr Redzuan Othman.

"The political masters (from Putrajaya) were angry with me because of Prof Redzuan," Ghauth told The Malaysian Insider via the Whatsapp messaging service.

"I was scolded by a politician because of Redzuan and UMcedel and was warned about my job (as vice-chancellor),” he said.

He said a day after the 13th general election, he had received an earful from a senior member of Datuk Seri Najib Razak’s administration.

"I got a scolding and reminder the day after the general election, around 11am."

"The person told me that as VC, I should control Redzuan and not allow him to speak freely," said Ghauth.

Alhough he refused to reveal the person's identity, Ghauth confirmed it was a well-placed politician.‎

In the run-up to the election, the Barisan Nasional coalition had been rattled by UMcedel's findings which showed the prime minister trailing behind opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

A UMcedel poll showed that more than 60% of voters surveyed favoured Pakatan Rakyat’s (PR) manifesto, compared with just 50% who preferred BN’s election pledges.

It also showed that 43% of respondents believed that Anwar was qualified to be prime minister, pipping Najib by four percentage points.

Najib had rubbished the findings and many BN supporters had questioned the methodology.

UMcedel, in its reply, had noted that Najib had been pleased with earlier surveys after he assumed office which had painted a positive picture of him and the BN.

However, despite the projections, BN won the 13th general election albeit with a reduced majority, capturing 133 parliamentary seats. Pakatan, meanwhile, clinched 89 out of the 222 parliamentary seats.

Ghauth said despite the pressure from Putrajaya, he had defended Redzuan.

"UM is an academic institution, not (a) political institution. My job as VC is to defend the sanctity of the academic institution,” he said.

"Regardless of whether people are happy or not, the academic freedom of the institution is above everything."

Ghauth was the 10th vice-chancellor of UM and served for five years before his contract ended in 2013.‎

Prior to that, he was the founder and chief executive officer of Universiti Multimedia for 11 years.‎

UMcedel was set up during Ghauth's tenure as vice-chancellor. First approved by the university's senate, UMcedel was later endorsed by the UM board of directors chaired by‎ Tan Sri Arshad Ayub.

The university terminated Redzuan's services as UMcedel director on March 31, although his contract only expired on December 31, 2014.‎ 


 Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman

Redzuan's(pix above) tenure as Dean of the Faculty of Arts and Social Sciences was also not renewed on July 1, even though he was said to have received the highest votes from the academic staff‎ to continue heading the faculty.

Ghauth said he was saddened over what happened to Redzuan, but added that he was still hopeful and believed in UM.

He said that Arshad was also initially unhappy with Redzuan's work in UMcedel.

"Yes, at one time he became angry with me because of UMcedel... But after a presentation by Redzuan to the board, Arshad changed his mind and endorsed UMcedel and I could see him becoming friendly with Redzuan.

"The entire UM board was happy with Redzuan’s presentation and endorsed UMcedel at that meeting," said Ghauth, adding that the senate, which he chaired, had already approved its establishment.

Ghauth said he and his peers had planned to steer UM into the list of top 100 universities in the world by 2015.

"I set the target of taking UM into the top 100 by 2015. I personally believed this would bring up Malaysia's standing globally."

But he was doubtful that UM could reach the goal under the current circumstances.

"I  am not sure but I sense that it will be very tough," he said.

UM has announced its goal of entering the QS World University Ranking's top 100 by 2015.

Although it is the top varsity in the country, UM was ranked at 167 in 2013/2014 by QS, a huge drop from its 2012 ranking of 156. – tmi

I did not resign, I was sacked, says UM’s Prof Redzuan 

Ceritanya sini dan sini
\
Ibadah bersedekah di bulan yang mulia ni jauh lebih berdosa dari ibadah pernari tiang di kelab2 malam...ini lah Malaysia dibawah UMNO/BN..

The proposal to impose a levy on these cars, which had been forwarded by Johor to the Federal Government, was reasonable at RM50 (S$20)per vehicle due to Singapore's favourable exchange rate against the Malaysian ringgit. 


cheers.

No comments: