05 August 2012

TG Nik Aziz - JK Royalti Minyak : Kenapa sekarang...

Walaupun bersyukur dengan keputusan Kerajaan Pusat mahu mengkaji bayaran royalti petroleum untuk Kelantan namun Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Aziz mempersoalkan 'kenapa sekarang'.

Ini kerana, ia sudah lama patut diberikan dan bukannya memberikan janji pula menjelang pilihan raya ini.

"Mengapa Perdana Menteri baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti?" soal beliau kepada media petang semalam.
 

Jumaat lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghantar surat kepada Tuan Guru Nik Aziz meminta beliau menamakan wakil Kelantan untuk membincangkan isu royalti/bayaran tunai kepada negeri itu.

"Kerajaan Pusat sepatutnya telah lama menubuhkan jawatankuasa khas berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Malah menurut Menteri Besar Kelantan, jawatankuasa khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewajarnya selesai membincang dan merunding isu berbangkit itu dalam tiga bulan lalu.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti.

"Jawatankuasa ini patut ditubuhkan sejak dulu lagi.

"Semasa perjanjian di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas dibuat pada 9 Mei 1975, tapi mengapa baru sekarang mahu tubuhkan?” katanya ditemui sebelum pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat dan majlis berbuka puasa di Kompleks Media Karangkraf di sini semalam.

Tengah hari tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan, kata Najib.

Nik Aziz turut membidas keputusan Najib yang mahu kajian menyeluruh dilakukan dalam tempoh enam bulan yang sepatutnya mengambil jangka masa lebih pendek sekurang-kurangnya tiga bulan sahaja.

Beliau  berkata,  pihaknya belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai nama wakil Kelantan yang akan mewakili negeri itu dalam jawatankuasa khas berkenaan.

“Belum ada lagi sebarang perbincangan. Saya sendiri akan mengadap Sultan Kelantan bagi menghantar nama wakil dan hanya pada masa itu akan diumumkan nama wakil bagi negeri Kelantan,” jelas beliau.

Beliau turut bertegas yang Kelantan mempunyai hak sepenuhnya ke atas royalti minyak kerana kedudukan pelantar cari gali minyak berdekatan dengan pesisiran pantai negeri Kelantan.-harakahdaily






JK Royalti: Tindakan undang-undang akan diteruskan


Kelantan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti, kata Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Kita tak akan tarik balik saman terhadap Petronas dan prosidingnya akan didengar Oktober ini," katanya kepada pemberita malam tadi.
 

Beliau mengulas surat yang dihantar Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan bagi memintanya menamakan wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pembayaran khas pembayaran royalti/bayaran tunai kepada Kelantan. Jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad.

Sementara itu ketika berucap dalam majlis malam tadi, Husam berkata, penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai ini disifatkan beliau sebagai masih 'menganaktirikan rakyat Kelantan'.

Husam mempersoal tujuan jawatankuasa tersebut sedangkan Terengganu sudah dibayar dengan bayaran tunai walaupun pengeluaran petroleum di Terengganu juga berada di luar kawasan 3 batu nautikal.

"Kenapa tuntutan Kelantan tidak mengguna pakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja?

"Kenapa dalam kes Kelantan perlu jawatankuasa khas? Ini jelas masih menganaktirikan rakyat Kelantan," kata beliau di Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat KBKK & berbuka puasa bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat di Kompleks Karangkraf Sek 15, dekat sini malam tadi.


Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan itu juga turut mempersoal tempoh jawatankuasa tersebut bersidang yang disifatkan sebagai terlalu lama.

Katanya, pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat dan keputusan daripada jawatankuasa tersebut menimbulkan seribu kemungkinan.

"Pilihan raya dalam tempoh terdekat ini dan keputusan jawatankuasa sudah tentu selepas pilihan raya. Adakah royalti akan tetap dibayar selepas pilihan raya?" soalnya.

Justeru, beliau khuatir jawatankuasa tersebut hanya gimik politik menjelang pilihan raya.

"Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihan raya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan?

"Harapnya BN tidak menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat," katanya.-harakahdaily




Nik Aziz to seek audience with sultan over special panel...

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat said he will be seeking an audience with the sultan of Kelantan to get the sultan’s consent on the state government’s choice to represent Kelantan in the Special Committee on Petroleum Revenue which was announced by Prime Minister Najib Abdul Razak today.

He said the Kelantan government had yet to make a decision as to who would be picked for the committee.

“I myself will be seeking an audience with the sultan of Kelantan to get his consent on our candidate and only after will we announce the name,” he told reporters after attending a ceremony to launch a trust fund for the Kota Baru-Kuala Krai Highway in Shah Alam last tonight.

On the committee, Nik Aziz said it was long overdue.

Najib yesterday announced the setting up of the committee to study in a fair and transparent manner on the issue of cash payment from petroleum revenue to the states in the east coast of peninsular Malaysia.

He said the special committee would be chaired by former chief justice Abdul Hamid Mohamad, and members of the committee would comprise legal experts from within and outside the country, and representatives from the Pahang, Kelantan and Terengganu state governments consented to by the sultan of the respective states.- malaysiakini


 
  
cheers.

1 comment:

mangchikla said...

patut saman tuntut royalti minyak yg bsawak pelari ke siam sekali.