01 August 2012

Bila Rafizi buka mulut,Najib ketaq perut...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam penahanan dan dakwaan mahkamah yang dikenakan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berhubung kes Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) pagi tadi.

Anwar berkata, motif penangkapan itu amat jelas berunsurkan politik semata-mata bertujuan untuk memastikan mulut Rafizi tertutup daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal NFC dan juga George Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit.

“Sejak pendedahan NFC akhir tahun lalu sehinggalah kini dan beberapa lagi skandal penyelewengan, beliau telah mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan menggunakan apa saja cara untuk mendiamkannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Umum PKR itu berkata, dakwaan terhadap Rafizi juga menggambarkan politik dendam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh.

Katanya, ini hanyalah satu cara bagi mereka untuk terus menakutkan rakyat yang mahu mencari kebenaran disebalik kontrak dan kronisme yang berkaitan dengan pemimpin BN.

“Saya dengan ini memberi sokongan penuh terhadap Rafizi atas semangat dan keberanian beliau dan berharap keluarga beliau akan dapat melalui dugaan ini dan yakin bahawa keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani,” katanya.

Rafizi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989 kerana mendedahkan maklumat rahsia akaun kewangan dan perbankan berkaitan NFC.

Bagaimanapun, bekas ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin RM15,000.

Niat jahat
 
Sebuah NGO guaman, Lawyers for Liberty (LFL) menyifatkan pendakwaan ke atas Rafizi sebagai berniat jahat dan berpunca daripada kelemahan Akta Pelindung Pemberi Maklumat 2010.

Penyelaras Kempen LFL, Fadiah Nadwa Fikri menegaskan bahawa Akta Pelindung Pemberi Maklumat 2010 gagal untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat.

“Pihak berkuasa pula menyifatkan sebagai satu jenayah tindakan memberi maklumat dalam kes rasuah yang melibatkan kerajaan,” katanya.

Tindakan pihak berkuasa menggunakan artikel berkaitan rahsia dalam Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) turut dibidas beliau.

“Kami ingin menegaskan di sini bahawa sebarang rahsia yang dilindungi di bawah Akta BAFIA tidak meliputi tindakan jenayah dan kegiatan rasuah.

“Ini termasuk pelaburan wang haram, kes pecah amanah, jenayah dan amalan rasuah yang melibatkan prosedur perbankan,” kata Fadiah.-FMT

Anwar: Rafizi didakwa untuk sekat pendedahan


 Anwar decries Najib's 'vendetta' against Rafizi...

Opposition Leader Anwar Ibrahim has likened the charge against PKR's director of strategy Rafizi Ramli to a personal vendetta by premier Najib Abdul Razak, in retaliation for the revelations that have been made. 

NONE“By continuously exposing scandals for months, (Rafizi) has (created) powerful enemies and now they are using whatever is at their disposal,” he said in a statement today.
 
“This is Najib's personal vendetta being played out by the various government agencies, (as) a smokescreen to (frighten) Malaysians trying to unearth the truth behind contracts and cronyism involving BN leaders.”

Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said the state is prepared to finance the legal costs that Rafizi and former Public Bank clerk Johari Mohamed will incur in answering their respective charges.

In a press release Khalid said the Selangor government will fight corruption at every level, and that the state will set up a special fund to help finance Rafizi's legal costs.


NONERafizi and Johari were today charged in the Shah Alam Sessions Court with exposing details of four financial accounts held by Public Bank in relation to the National Feedlot Corporation (NFC).

The accounts were identified as the customer profiles of NFC, Meatworks and Livestocks Sdn Bhd, Agroscience Sdn Bhd and Mohd Salleh Ismail, who is NFC chairperson.

PKR deputy president Azmin Ali said it seems that Umno and BN are using various methods to cover up abuse of power.

“It shows that (they) are desperate ... . I believe Malaysians will be united in rejecting corruption and abuse of power. PKR urges the rakyat to (unite in support of) Rafizi and urge that he is given a fair trial,” he added.- malaysiakini





cheers.

No comments: