18 August 2012

Lawak menjelang Hari Raya - Mahathir sokong hudud...

Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Justeru, katanya Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang.
 

Menurutnya, Umno cuba mencari pelampung agama  dan berlagak juara  pembela agama nombor wahid.

Pada hal, katanya sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

“Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri.

“Tiba-tiba Tun Mahathir ajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Mahathir lupa bahawa sahabat Umno, MCA merupakan  penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.

Beliau berkata, kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam.

Katanya lagi, pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum  Islam supaya jangan menyokong PAS.

“Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah MCA yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor,” ujarnya.

Sebab itu, kata Idris kalau pemimpin MCA bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam.

Jelasnya, hampir 40 tahun PAS berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam.

“Jika dulu kita dengar mereka  mengatakan jika laksanakan hukum Islam  akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara.

“Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung,” katanya.

Sekarang, ujar Idris sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada tuduhan hudud PAS.-harakahdaily


Mahathir: Pastikan UMNO bentang Hudud di Parlimen

 
Hudud: Hanya gimik politik Mahathir, kata Pas...

Pas menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan "gimik politik" sedangkan beliau sendiri telah menghalang parti itu daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu.

Selain mendakwa Dr Mahathir tiada autoriti kerana bukan lagi Perdana Menteri, kenyataan dibuat oleh beliau kelmarin memperlihatkan ketidakikhlasannya, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online.

"Beliau tidak ada autoriti kerana beliau bukan Perdana Menteri lagi. Apa yang beliau kata hanya pandangan peribadi, idea beliau sahaja... bukan keputusan Perdana Menteri, bukan keputusan Kabinet," kata beliau sambil merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak memperlihatkan pendiriannya dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

"Sedangkan semasa beliau jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sendiri telah menghantar surat menggugut Pas yang memerintah Kerajaan Negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud, semasa memerintah Terengganu, mereka halang lagi," kata beliau.
 

Justeru katanaya, "mengapa tiba-tiba mengajak kami, Pas menyertai Umno untuk melaksanakan hukum hudud?"

Sehubungan itu, katanya, perkembangan terbaru ini hanya satu lagi gimik politik Dr Mahathir untuk menarik sokongan pengundi-pengundi atas pagar dengan melabel kononnya Pas tidak mahu kerjasama dengan Umno.

"Itu sahaja. Ini gimik menjelang pilihan raya. (Dr Mahathir) Dia tidak ikhlas," kata beliau lagi.
 

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Dr Mahathir antara lain berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata, komponen BN itu amat mengalukan-alukan penyertaan Pas jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

Tuan Ibrahim seterusnya berkata, sekiranya Umno ikhlas, Barisan Nasional (BN) seharusnya memperkenalkan hukum ini sekarang tanpa mempelawa agar Pas menyertai parti itu.

"Umno boleh laksanakan di Johor, sebab sudah ada wakil rakyat Umno, Adun Kemelah di Johor yang mahu hudud dilaksanakan, ramai orang Umno mahu undang-undang ini diperkenalkan.

"Jika tidak, Umno juga boleh laksanakan di Pahang, sebab BN ada kerusi majoriti, cuma ada empat pembangkang di Dun," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.-sinar harian


Kenyataan Mahathir & Pemimpin2 UMNO Berkenaan Dengan Undang2 Hudud.


 Mahathir becomes latest proponent of hudud...

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad, who as prime minister had been at the forefront of ensuring that PAS-led Kelantan could not pass its Hudud bill enactment, has now invited the Islamic party to join hands with UMNO to implement the Islamic penal code.

His condition: that PAS leaves Pakatan Rakyat, the coalition which analysts say is set to give BN a real run in its campaign to retain Putrajaya.

“UMNO will ensure a fully compliant Islamic state if PAS has a big heart to join UMNO. Other Islamic countries are also putting hope on Malaysia, but there are still people wanting to split the Muslims. That’s why our goal is not achieved,” he was quoted as saying by Malay daily Sinar Harian.

The former UMNO strongman had once threatened to impose emergency in the form of 'Mageran' (National Operation Council) on Kelantan if the state went ahead and implemented hudud on Muslims convicted of serious crimes.

Mahathir had also once remarked that if hudud laws were implemented, there would be many Muslims without limbs. He had also labeled the laws as outdated, and said the Islamic laws' requirement for solid evidence and witness meant it could not be applied in modern context.
 

A political analyst told Harakahdaily that Mahathir’s latest remark showed that UMNO was in "serious trouble" in winning the hearts and minds of Muslims.

“Mahathir did not want to see hudud implemented at all cost when he was in power with two third majority for 22 years. Now he says he wants.

"He is just capitalising on the growing anger against DAP’s Karpal Singh to solidify Malay votes for UMNO, which he knows is faced with a historic defeat. The party is in serious trouble," she added.

The UMNO-owned media have been involved in a campaign to portray DAP as anti-Islam following Karpal's remarks opposing PAS's plan to impelement hudud laws on Muslims.

The campaign includes a statement by a little-known Muslim preacher in Kelantan who declared that it is haram for Muslims to vote for DAP. Critics have lashed out at the so-called fatwa, and pointed out that by the same logic, Muslims should also not vote for candidates from MCA and Gerakan which have strongly opposed any form of Islamic laws.-harakahdaily


Show us your hudud, PAS Youth chief dares UMNO

cheers.

No comments: