24 August 2012

Mahathir bimbang kerajaan Najib nak tumbang...

Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya negara kucar-kacir jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara membayangkan perubahan besar bakal berlaku pada PRU 13.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Mahathir itu mempamerkan ketakutan dan tekanan yang dihadapi BN pada ketika ini.

"Bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' BN, ini menguatkan lagi hujah betapa Umno BN bakal kehilangan kuasa pada PRU 13.

"Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Menurut Edy, kesemua negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat telah menunjukkan kemampuan pentadbiran mereka masing-masing dan dalam banyak perkara negeri Pakatan Rakyat lebih baik dari negeri yang diperintah BN sendiri.

Ia termasuk soal pengurusan kerajaan negeri, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat seperti yang direkodkan dalam laporan audit negara baru-baru ini.

"Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Tun Mahathir?

"Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini jika servis kerajaan pusat berubah tangan," soalnya lagi.

Mengulas kenyataan Mahathir bahawa "tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan", Edy berkata bekas perdana menteri itu seolah-olah sedang bercakap di depan cermin.

Ini kerana, apa yang disebut itu adalah apa yang sedang dibuat oleh Umno BN ketika ini.

"Nyata sekali kenyataan Tun Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan.

Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN).

"SAMM juga turut mendoakan supaya Tun Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah," katanya.-harakahdaily



 Hanya 'diktator tegar' akan seru sokong 'syaitan yang dikenali'...

MP Subang R Sivarasa berkata kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengungkapkan BN sebagai "syaitan" yang perlu terus diundi mencerminkan gaya seorang diktator.

"Kenyataan Dr Mahathir itu adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

"Ia mencerminkan personaliti dan juga sikapnya terhadap kuasa.

"Ia juga secara asasnya menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi dan tidak menghormati hasrat rakyat," kata Sivarasa.


Beliau mengulas kenyataan Mahathir semalam yang menyeru supaya sokongan terus diberi kepada BN dan bukannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan itu, Mahathir mengungkapkan BN sebagai "syaitan yang anda kenal" dan Pakatan Rakyat pula sebagai "malaikat yang anda tidak kenal".  

"Jelas beliau hanya mahu kerajaan sedia ada terus kekal berkuasa

dengan cara autoritarian seorang diktator," kata Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.-malaysiakini


Sarawak Pula Bakal Terbelah?


Nurul: Dr M effectively called Najib a 'devil'...

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad's recent online rant against his arch-nemesis Anwar Ibrahim was effectively a backhanded comment aimed at Prime Minister Najib Abdul Razak, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar says.
NONECommenting on Mahathir’s recent blog post, where he used “better the devil you know than the angel you don’t know” to deride Anwar, Nurul Izzah said Mahathir had meant that Anwar was the “angel” and Najib was thus the “devil”.

However, she said she could not agree with Mahathir labelling Najib as a “devil”, if it was intended as such, because it was inappropriate to use such a term on anyone.

Nurul Izzah was commenting on Mahathir’s recent blog post in which he criticised Anwar, the PKR de facto leader, for being Malaysia’s version of US President Barrack Obama.

He argued Obama had promised a multitude of changes - such as closing down the Guantanamo Bay detention centre and withdrawing troops from the Middle-East - but was short on delivery.

In comparison, Mahathir said BN had listened to the public and changed many laws of late. He said the onus was on the public to inform BN on what other changes were needed, and not putting hope on the untested opposition.


Authoritarian attitude

Speaking at a press conference at the PKR headquarters in Petaling Jaya today, Nurul Izzah said it was a compliment for Mahathir to compare Anwar with Obama.

“If that is what he has to say, I will take it as a compliment because he could have easily referred any politician from Pakatan with Mitt Romney. That would have been disastrous,” said Nurul Izzah, who is Anwar’s eldest daughter and Lembah Pantai MP.

Meanwhile, former PKR vice-president Sivarasa Rasiah said Mahathir’s article reflected the typical comments made by authoritarian rulers, even when they were no longer in power.

“He does not respect democracy and what the people’s wishes are. He does not understand that the most important thing is for people to be able to change the government.

“Mahathir’s comments are that he just wants one government to remain in power, in a typical authoritarian style of a dictator,” Sivarasa explained.- malaysiakini






updates on...... 

Dirty Harry

Dirty Harry pictured moments after photos of his naked Vegas romp

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Kisah macam dirty Harry, kalau di Malaysia mungkin berlaku dak?

Anonymous said...

Mahathir berkata lebeh baik kita menyokong syaitan yang kita kenali dari menyokong malaikat yang idak kita kenali.

Ini satu kenyataan yang somong dan jahil Sewaktu Allah menyuroh Syaitan menyembah Adam,ia menolak dengan sombong dengan menyatakan ianyandi cipta dari api,tapi malaikat menuut perentah Allah dan sujud kapada Adam.

Tun Mahathir tidak dapat bezakan sifat Sytian dan Makaikat.
Dengan kenyataan ini juga Tun mengakui bahawa UMNO/BN/najib merupakan gerombolan Saytan yang rakus yang sanggup buat apa sahaja untok kekal berkuasa.Mereka tidak pedulikan soal moral,rasuah,penindisan dan sabagainya asalkan kuasa itu maseh di tangan mereka.

Ini merupakan kenyataan pemimpin yang sudah desperate.

Anonymous said...

malaikat adalah makhluk yang taat yg tidak melakukan kemungkaran. syaitan sampai kiamat pun akan tetap menjadi pemecah belah ketaatan manusia kepada tuhannya.