24 August 2012

Mansor: Gelaran Guan Eng 'tokong' bukan untuk perlinya...

NONE Ketua PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman(kiri) hari ini berkata laporan berhubung kenyataannya yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai “sombong, angkuh dan tokong” bertujuan "memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP".

Sedangkan, istilah seperti "tokong" itu merupakan "sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang", katanya dalam satu kenyataan hari ini.


"Perkataan seperti sombong, angkuh dan tokong telah dipetik di luar konteks bertujuan untuk memberi gambaran yang buruk tentang hubungan PKR dan DAP.

"Sebagai contoh, perkataan tokong sebenarnya merujuk kepada sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada ketua menteri," katanya.

Mansor mengulas laporan berhubung kenyataannya dalam satu dokumen didakwa minit mesyuarat strategik PKR negeri yang turut dinafikannya.

"Saya ingin menegaskan, tidak ada mesyuarat strategik parti sepertimana yang dilaporkan", katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa satu pertemuan telah diadakan "antara sekumpulan ahli PKR dengan pengerusi perhubungan negeri."

"Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut," katanya, merujuk kepada transkrip yang disiarkan di satu laman blog yang disifatkannya sebagai laman "anti-PKR", gelagatanwar.wordpress.com pada Jun lalu.

Katanya, tindakan merakamkan perjumpaan berkenaan dan menyiarkannya di laman tersebut dilakukan dengan tujuan jahat bagi "merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP."


Mansor membacakan kenyataan itu sepenuhnnya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Lim di Pulau Pinang hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Mansor menafikan bahawa beliau tidak mengeluarkan perkataan "sombong" dan "angkuh", seperti yang dilaporkan.

"Saya tidak fikir...saya telah menyatakan (sombong dan angkuh). Tetapi 'tokong' saya ada sebut dan ia sebenarnya merujuk kepada sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri," katanya kepada pemberita dalam sidang media itu.- malaysiakini

So called minit mesyuarat dipetik daripada blog pro-UMNO gelagatanwar.wordpress...

Minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang 1
 

Minit Mesyuarat Strategik PKR Pulau Pinang 2
 

Minit Mesyuarat Strategik PKR PP 3



 Mansor: Remarks spun to upset PKR-DAP ties...

PKR Penang chief Mansor Othman says the blog posting about a PKR meeting, where Penang Chief Minister Lim Guan Eng was said to have been called arrogant, was deliberately spun to portray poor ties between PKR and DAP.

lim guan eng visit kampung batu uban 210812 lim guan engMansor, who is also deputy chief minister I, denied at a press conference today that a PKR ‘strategic meeting' had taken place as reported in a little-known blog, which also claimed to have posted the minutes that were recorded.

However, he admitted, an unofficial meeting did take place, but the words spoken about the chief minister, such as ‘tokong' (deity) were used in a positive context and were meant to praise Lim (right).

"The discussions was not official, and were centred on party matters and related to preparations for the next general election," Mansor said.

"Words such as ‘cocky', ‘arrogant' and ‘deity' were taken out of context to give a bad image of the relations between PKR and DAP.

"For example, the word ‘tokong' was used in reference to the respect and esteem the people of Penang have for the chief minister," he added.


PKR-DAP ties intact

During a question-answer session later, Mansor further denied that he had ever said that Lim was cocky or arrogant.

“I don’t think I ever said that, I don’t think the CM is cocky and arrogant,” he said.


“I don’t know where those words came from. I only used the word ‘tokong’, and most importantly, that was not done with ill intentions,” he added.

Mansor said the reports nevertheless will not “destroy the good relations” between the two opposition parties.

He added that the party is still trying to find the culprit responsible for the report.

“I think there is a leak, and we are still probing into that as we have yet to know who the culprit is,” he said.

Also at the press conference today were Lim, along with state DAP chief Chow Kon Yeow, state PKR vice-chairperson Abdul Malik Abul Kassim, Penang Islamic Religious Council president Salleh Man and state DAP Youth chief Ng Wei Aik.- malaysiakini


 ‘I don’t think Guan Eng is cocky’
Leaked minutes: Attempt to unsettle state govt





cheers.

No comments: