29 August 2012

Pengarah Besar FELDA dipecat dan ditugaskan ke Rome,Italy...

Datuk Dzulkifli Abd Wahab(kiri) hari ini disingkirkan sebagai Pengarah Besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman keputusan menyingkirkan Dzulkifli dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi tadi.

Tempat Dzulkifli akan diganti oleh Faizoull Ahmad berkuatkuasa 1 September depan.

Mazlan turut mendakwa Faizoul merupakan pegawai yang korup dan beliau mempunyai banyak maklumat mengenai Faizoul.

"Faizoull adalah orang kepercayaan Isa Samad, hanya berjawatan gred N54 tiba-tiba dipilih ke jawatan tersebut sedangkan ada orang yang lebih senior dari beliau. Sepatutnya, Faizoul ke gred Jusa C dahulu sebelum naik ke gred Turus 3.

"Isa akan maklumkan perlantikan ini kepada Perdana Menteri. Jika Perdana  Menteri mengikut kehendak Isa, satu lagi tragedi hitam tercatat. CEO yang baik dan berdedikasi diganti dengan calon korup," kata Mazlan dalam satu kenyataan.

November tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap Dzulkifli menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.- harakahdaily


Mengapa Pemimpin Baik Felda Diganti?


Felda DG axed, cold-storaged in Rome...

Dzulkifli Abd Wahab(above) has been sacked as director-general of the Federal Land Development Authority (Felda) and will be transferred to the Agriculture and Agro-Based Industries Ministry. 
 
NONEThe claim was made by Mazlan Aliman (right), who leads PAS-linked NGO Anak.

Speaking to PAS’ party organ Harakah Daily, Mazlan said Dzulkifli will be posted to Rome, Italy.

He will be replaced in Felda by Faizoull Ahmad, who will take over from Sept 1.

Mazlan claimed that Faizoull has close links with Koperasi Permodalan Felda (KPF) chairperson Isa Samad.

Dzulkifli had allegedly opposed Isa’s appointment and the public listing of Felda Global Ventures Holdings, leading him to take study leave for nine months.

Mazlan is expected to call a press conference tomorrow to reveal further details.- malaysiakini
















cheers.

No comments: