15 August 2012

Nik Aziz: Lebih baik Nasharudin keluar PAS...

 Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.

“Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.-FMT


Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok...

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.-harakahdaily


 

It's better for Nasha to leave PAS, says Nik Aziz...

Frustrated by Nasharudin Mat Isa’s statement opposing collaboration between PAS and DAP, PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat today showed the door to the former deputy president.

It is better for Nasharuddin to leave PAS rather than to create problems for the party, Bernama quoted Nik Aziz as saying today.

According to the national news agency report, the Kelantan menteri besar would not be surprised if Nasharuddin left the party.

“No need to be surprised... if (Mohd) Asri (Muda), who had been PAS president for years can join Umno, Nasharuddin could do the same,” Nik Aziz is quoted as saying.

According to Utusan Malaysia, TV3's Buletin Utama last night aired a media interview with Nasharuddin in Mecca, in which he demanded that PAS withdraws from Pakatan Rakyat because DAP has rejected the proposal to implement hudud in Malaysia.

Utusan also published a photograph on its front page showing Nasharuddin with Najib in Mecca, where the premier had met several religious scholars from Saudi Arabia during an extraordinary summit of the Organisation of Islamic Cooperation being held there.


In a related development, PAS vice-president Mahfuz Omar said Nasharuddin should have the courage to face the syura council, the party's highest authority, if he has a different view on the relationship between PAS and DAP in Pakatan Rakyat.

"If he has a different view from the syura council, he needs to be brave enough to debate with the other council members.

"The question is whether he is afraid to debate with them. Does he lack the knowledge to face (the other members) in the meeting," the Pokok Sena MP told Malaysiakini.

Earlier, Kelantan PAS Youth had suggested that Nasharuddin resign as Bachok MP.

"If he is no longer interested to be with PAS, it would be appropriate for him to resign as MP instead of continuing to betray the mandate given to him by the people of Bachok,” said state PAS Youth secretary Mohd Nuri Mat Yaacob.

Responding in a statement published by Harakahdaily, Mohd Nuri said Nasharuddin has been repeating the arguments used by Umno leaders, despite the fact that it was the federal government that had stopped the Kelantan government from implementing hudud.
- malaysiakini

 

cheers.

4 comments:

Anonymous said...

Salam.
Nasaruddin membawa Imam mesjid Haram berjumpa Najib kerana ia mahu Imam itu memberitahunNajib kenapa Malaysia perlu melaksanakan hukum HUDUD.

Kenapa hendak marahkan Nasaruddin.Cuba suroh dia confirm.

Anonymous said...

Salam.
Nasaruddin membawa Imam mesjid Haram berjumpa Najib kerana ia mahu Imam itu memberitahunNajib kenapa Malaysia perlu melaksanakan hukum HUDUD.

Kenapa hendak marahkan Nasaruddin.Cuba suroh dia confirm.

Anonymous said...

Tak payah confirm,bukankah imam dan mufti UMNO pun hebat2 belaka tapi tak dak teloq utk komen pasai hudud,kerana dari awal lagi Pak Jib kata,"No hudud in Malaysia"

Jadi kalau imam2 dan mufti2 UMNO ini tentang komen Pak Jib,dah tentu depa miss soruuu....

wonder why said...

Najis, biasa berjudi, bet bermula dengan 5 juta dan akan meningkat.Bebaloilah Nasa.OKB baru HARAM JADAH.