07 December 2011

SPR akan guna dakwat kekal dalam PRU 13...

Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberi kelulusan kepada penggunaan dakwat kekal sebelum ini, cuma apabila kita beli nanti, apabila tiba bekalan nanti, kita kena beri kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk ujian kandangan dalam dakwat kekal supaya ia tidak meragukan umat Islam,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.- malaysian insider

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal bagi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Menurutnya, dengan pelbagai isu yang berlaku yang menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia seperti pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan, kad pengenalan bertindih atau klon, pengundi dari kalangan warganegara asing, pengundi yang tidak dapat dikesan dalam Jabatan Pendaftaran Negara tetapi wujud di SPR, pengundi yang sudah mati kembali turun mengundi serta lain-lain lagi, nampaknya SPR tidak boleh berdalih lagi untuk mengelakkan dari menggunakan dakwat kekal.


Bagi DPPWP, katanya SPR tidak perlu berlengah masa untuk melaksanakan sistem itu kerana ia tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

EC ready to use indelible ink for GE13

The Election Commission (EC) has agreed to use the indelible ink for the 13th general election. EC deputy chairperson Wan Ahmad Wan Omar told Berita Harian that the commission has agreed to accept this recommendation from the parliamentary select committee (PSC) on electoral reform.

“We will take all the necessary steps to implement it with the cooperation of the Attorney-General’s Chambers to prevent any problems.

“The indelible ink will be used in the 13th general election. That is the EC’s intention and we respect the PSC’s recommendation, but there are still some things which need to be done as it require an amendment to the Election (Conduct of Elections) Regulations 1981,” he told the daily.

The use of indelible ink was one of the recommendations by the PSC, and the EC had said it is prepared to use it subject to recommendations from the National Fatwa Council.

It was also reported that the fatwa council had approved the use of the indelible ink in 2007.

source:malaysiakini

SPR sahkan dakwat kekal diguna pada PRU-13

Kelulusan Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia oleh Majlis Fatwa

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Tapi aku masih tak yakin,kerana pada saat2 terakhir,tiba2 IGP akan kata dakwat yang nak digunakan itu,sudah dibeli oleh pembangkang!!!

Anonymous said...

Jangan dok percaya sangat kat SPR ini kerana mereka ini 'raja'putar belit,putaq alam dan suka berdolak dalih!!!

Anonymous said...

SPR ini dah terkenal dengan sifat menipu dan menjadi barua UMNO. Ingat senang2 SPR nak pakai dakwat kekal ini. Ingat SPR nak tengok tuan depa tersungkok?? Bila tersungkok depa ini tak ada kerja. Tentu sekali depa mau lihat tuan mereka menang dengan apa cara pun.