14 December 2011

PRU 13 di adakan setelah Anwar dikurung di Bamboo River...

Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sebaik sahaja kes liwat dihadapinya sekarang berakhir, sambil menegaskan ia sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politik beliau.

Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.

“Ini bukan secara kebetulan, akhir kes ini akan secara kebetulan (selari) dengan pilihan raya (umum),” katanya di pekarangan mahkamah.

Hujah penggulungan masuk hari kedua hari ini. Ini kes liwat kedua membabitkan beliau.

Semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.

Mandat semasa hanya berakhir April 2013.

Menjawab hujah penggulungan pihak pendakwa yang menyerang keputusannya memberi keterangan dari kandang tertuduh, Anwar berkata beliau menggunakan perbicaraan untuk mengetengahkan keadaan sistem perundangan yang cacat.

“Saya mengambil kedudukan menerusi saksi-saksi yang kompeten. Satu-satunya usaha mereka ialah memusnahkan doktor-doktor yang ternama di dunia,” kata beliau lagi.

Perbicaraan akan disambung Khamis ini dengan pasukan pembela akan menjawab hujah pihak pendakwa.

Kemudian Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah akan memutuskan tarikh mengumumkan keputusannya.

As Sodomy II draws to close, Anwar predicts polls soon after

source:malaysian insider

Penasihat Najib dan BN merasakan bahawa tiada Anwar tiada PR, PR akan pecah, lemah dan layu tanpa Anwar bersama mereka. BN lupa bahawa PR sudah memikirkan segala kemungkinan dan persediaan telah dibuat untuk menghadapinya.

Mereka meramalkan bahawa PR akan goyah kerana pada mereka Anwarlah sebenarnya faktor yang menjadi faktor perpaduan dalam PR. Anwarlah yang memantapkan perpaduan antara PAS dan DAP serta PKR. Bagi mereka tanpa Anwar PR akan goyah dan tidak bersatu.

Mereka lupa bahawa PR tetap utuh dan teguh walaupun perkara buruk terjadi kepada Anwar. Malah PR akan bertambah gagah dan mantap jika Anwar dizalimi
.- mutaligat.blogspot


cheers.

3 comments:

batu pelangi/BZ said...

Sekiranya ditakdirkan DSAI dipenjarakan, pemimpin tertinggi PKR
WAJIB membuat TAPISAN YANG KETAT
terhadap bakal calonx yang akan
diketengahkan.Kita tidak mahu sejarah
di PERAK dan ADUN serta MP melompat
berulang.Untuk pengetahuan RAMAI lagi
Ketua Cabang PKR yang masih kuat
JIWA UMNO mereka.Sekali lagi buatlah
TAPISAN YANG KETAT pada calonx yang
akan diketengahkan.HIDUP PR!!!!!

Anonymous said...

setuju!!!

Anonymous said...

The greatest gift to the people of Malaysia will be if YAB Anwar is sent to jail. PKR will benefit from that in the GE 13.