05 May 2008

Seorang kakitangan gomen harus nonpartisan.....

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jamry Sury telah diarah bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam oleh MB Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas. Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar.

Ekoran dari kemelut ini Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan,melalui Baginda Raja Muda telah mengarahkan agar arahan tersebut ditarik balik. Dalam kenyataan baginda Raja telah maklumkan bahawa;

"Sebarang perbuatan dan tindakan yang dilakukan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan baginda Sultan dan baginda Raja Muda adalah dianggap telah membelakangkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai ketua agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku yang dipertua MAIAMP."

tetapi,sebaliknya.....

"Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran peraturan dan kesalahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang ada dilakukan oleh yang berbahagia Dato' Jamry Sury, maka Kerajaan diminta mempersembahkan perkara tersebut secara rasmi kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan untuk baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya disusuli sebelum dijatuhkan apa-apa keputusan secara muktamad."

....a valuable lesson learned and as human beings we make mistakes, so there are no winners or losers here.

Daripada insiden ini ada 3 perkara yang kita boleh pelajari;

1. Dalam bab Agama Islam dan Adat Melayu Perak, MB tidak kira sesiapa saja seharus merujuk kepada Sultan sebelum mengambil sesuatu tindakan.

2. Sebagai kakitangan gomen, seseorang Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak hendaklah hormati ketuanya, dalam kes ini MB, tidak kira dari parti mana.

3. Seseorang kakitangan gomen juga seharusnya hendak menunjukkan sikap berkecuali atau 'be non-partisan.'

Apa yang jelas Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) mungkin orang penyokong UMNO atau ahli UMNO dan sudah tentu dia tidak akan bekerjasama dengan seorang MB dari pihak pembangkang. Lazimnya, kakitangan gomen sudah di'doctrinate' dengan budaya kerja ala BN, kerana itu Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) ini begitu liat hendak terima hakikat bahawa dia kini bekerja di bawah seorang bos bukan "from their people".

Sementara itu Bernama melaporkan bahawa MB Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyerahkan watikah memohon ampun secepat mungkin atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran dengan serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).Mohammad Nizar berkata beliau amat menghormati titah Sultan Azlan Shah berhubung perkara itu.

"Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak. Saya akan memohon mengadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin," katanya kepada Bernama menerusi satu kenyataan di sini Sabtu.

Kalau insiden semacam ini berlaku kepada MB daripada UMNO atau seorang Menteri UMNO, you all fikir mereka akan mohon maafkah? Imuniti Raja-raja Melayu sudah UMNO tarik,kuasa Raja-raja Melayu UMNO perlekehkan...hari ini UMNO ada hati nak cakap pasal ketuanan Melayu. Bukankah ketuanan Melayu itu sinonim dengan institusi Sultan dan Raja-raja.....
Pooooorah............

cheers.

4 comments:

Unknown said...

Ali, I was updating my phone software which wiped out my entire phonebook. Cld you please send me a msg, a blank one will do so that I could get your number.

Anonymous said...

Saya kenali Saudara Jamry Sury sejak tahun 1987 ketika itu beliau masih lagi seorg PTD dan selalu lepak di rumah kami ketika masih belajar di Universiti. Beliau adalah Bapa Saudara kpd rakan serumah saya ketika itu.

Pakcik Jamry (panggilan kami kpdnya) dtg dari sebuah keluarga di Bagan Tiang, Pt Buntar. Sejak saya kenali beliau dan keluarga beliau..kesemuanya adalah aktivis kuat PAS bhg Titi Serong termasuk rakan serumah saya itu (anak saudaranya). Mereka itu masih lagi berpegang teguh dgn PAS sehingga PEMILU baru-baru ini..Dato Jamry sebagai Pengarah JAIP "terpaksa" berlaku neutral walaupun dlm hatinya seorg pendokong PAS sejak dari dulu lagi...

Dato Jamry merupakan sekutu kuat Mufti Perak SS Harussani dlm memerangi isu Murtad di Perak seketika dulu..beliau mula rapat dgn Istana semenjak beliau menjadi Pegawai Daerah Kuala Kangsar seblm dilantik menjadi Pengarah JAIP pd tahun 2004. Sikap beliau utk tidak bersuara demi mengelak isu ini dari terus berpanjangan sepatutnya di puji.

Dari sumber yg terdekat "persengketaan" beliau dan MB mula hangat apabila puak-puak PAS Perak (yg low mentaliti mereka kalau di compare dgn PAS Selangor / K'tan) mahu masjid dan surau di Perak membuka program kpd penceramah2x PAS namun AJK Msjid dan Surau yg masih lagi di kokong oleh org2x UMNO sudah "jam" kanniat mereka lalu mengadulah kpd MB. MB meminta Dato Jamry untuk menukar AJK yg sedia ada ini, namun menurut Dato Jamry, beliau tiada kuasa utk berbuat demikian krn kuasa lantikan AJK dibawah MAIPAP yg di pengerusikan oleh Sultan...

Kesimpulan semuanya berpunca dari 2 sebab di bwh:-
a) Pihak UMNO yg cuba sabotaj program PAS di Masjid & Surau.
b) Pihak PAS yg merasakan mereka sudah mempunyai kuasa utk control Masjid dan Surau tanpa memahami bidang kuasa JAIP, MAIPAP & Sultan.

Apa yg sepatutnya dilakukan oleh PAS Perak ialah ikut jer style PAS S'gor dn K'tan yg menggunakan premis K'jaan Negeri untuk program2x anjuran PAS or PR..jgn gelojoh sgt nak tunjuk kuasa nanti org kata "sama jer org PAS dgn UMNO nih" pantang ada kuasa dlm tangan nak tunjuk jaguh..!!

ali allah ditta said...

T.Kasih sdr anonymous atas input sdr.Apa yang jelas pertelagahan begini merugikan semua pihak.Mudah2an isu ini akan selesai dengan baik.

cheers.

ali allah ditta said...

Tapi sdr.anonymous,

Semakan daripada ahliumno.com.my menunjukkan bahawa Sdr.Jamry Sury adalah seperti berikut:-

Jamry bin Sury
K/P : 540825085879
Keahlian UMNO : 03251824
Cawangan: Taman Kerian
DUN: Titi Serong
Bahagian : Parit Buntar.
Negeri: Perak

cheers.